Wednesday, April 14, 2010

Kipala puning, kipala pesing

Sori kerana tajuk post kali ini agak tak berapa nak betul ejaan nyer (sapa la yang eja tu agak nyer). Baru je kepala otak aku nak relax2 and slow-mo ngan keje2 research aku, ada lak yang mengganggu keje2 tersebut. Ntah sape usik over temperature controller kat furnace tu, dia pi rendah kan ke 1330 celcius. Padahal aku wat sintering, temperature aku 1450. Dahh... Tak pasal2 aku kena repeat balik dari mula (sebab sampel untuk aku sinter dah takde). Arrgghhh... Jem2... Baru je aku nak start keje wat hardness, dah terbantut keje aku.


Monday, April 12, 2010

Penat tapi berbaloi2...

Yeaa... Hanya itu yang mampu ku ucapkan tentang percutian (atau lebih dikenali sebagai dating) aku ngan Cik Zuraida pada kali ini. Sememang nyer memenatkan, especially hari pertama, tapi sumer nyer berbaloi untuk berjumpa dengan insan tercinta. Aku bertolak ke Temerloh pada Khamis malam. So kira nyer abes keje, terus balik umah bersiap2. Sempat gak layan anime 2 episod sambil kemas2 tuh. Pastu kul 8 lebih terus je bertolak dari umah ke stesen bas.

Sebab bas yang aku naek ni, iaitu Sharmisha, naek kat Butterworth (memang style macam tu), so kena tumpang KPB Ekspress ke Butterworth. Kul 10.30 baru naek Sharmisha. Naek bas tu, aku langsung tak dapat tdo. Ntah kenapa gitu. Mungkin sama ada aku teruja sangat nak jumpa Cik Zuraida atau bas tu yang tak bape nak selesa. Yela, sebab seat dia jenis 2-2, bukan 2-1. So agak sempit sket. Kaki pun ngam2 ngan seat depan. Ada la ruang sket2. Tapi kalo orang depan lower kan seat dia, dah sah2 kena kaki aku. Pastu bila dah kul 1-2 pagi, bas tu jadi sejuk giler. Bukan nyer driver tu nak tutup aircond ke hape. Apa lagi, lagi la aku tak bole nak tdo. Walaupun aku pakai sweater, still rasa sejuk.

Berciter tentang naek bas ni, aku teringat kat satu mak cik cina ni. Dia duduk seat paling hadapan skali. Cian dia aku tengok. Dah la banyak barang mak cik tu pegang. Dia nak tdo pun tak bole sebab kalo tdo, barang yang dia pegang tu nanti jatuh lak. Apatah lagi dalam keadaan sejuk time tu. Aku yang pakai sweater ni pun dah kesejukan, mesti la mak cik tu lagi sejuk dari aku. Aku pun terfikir, nape la anak dia ni bagi emak dia naek bas jalan jauh2. Banyak lak barang dia. Nape tak gi anta je. Haiyaaa... Sendrii mau pikir la...

Ok2, berbalik pada citer aku tadi. Sampai2 je Temerloh, aku tunggu Cik Ida sampai. Cian dia. Sampai tersesat2 nak cari stesen bas tempat aku turun. Last2 aku naek teksi cari dia. Naseb baek jumpa. Hehehe... So, apa lagi. Kami pun terus on da way ke Lipis. Sampai lebih kurang kul 7-8 pagi. Time tu bajet nak check-in hotel la, sebab aku nak tdo jap sementara nak tunggu semayang Jumaat. Tapi tak leh check-in hotel sebab ada yang dah penuh dan tunggu orang check-out petang ni, and ada gak hotel yang bilik dia belum diservis lagi. So nak tak nak, aku kena tunggu gak kul 12 untuk check in.

Jadi sementara menunggu tu, kitorang pun gi la umah Cik Ida, nak amek laptop. Cadang nak online kat mana2, sementara nak menunggu waktu untuk aku check-in. Nak jalan2, tak larat dah. Ngantok. Jadi tu je la yang kami bole wat untuk kill time.


Cik Ida sedang mengeluarkan perkakas2 laptop nyer.


Tengah ari tu check-in je hotel, aku terus tdo. Tak semayang jumaat pun. Sebab dah tak larat dah. Petang tu nak gi mandi-manda lak kat Pulau Chekas. Aku dapat tdo pun dalam 2 jam. Tapi Alhamdulillah, perasaan ngantok tu takde. Mungkin sebab Cik Ida ada kat sebelah, jadi perasaan ngantok aku tu ilang.


Cik Ida sedang control ayu.


Aku pun tak sure nape aku posing camni. Mungkin aku nampak Cik Ida tengah panjat pokok kat atas tu kot. Zuahahaha...


Ari Sabtu tu, kul 6 kitorang dah gerak ke Kuantan. Sebab nak sampai awal. Kalo sampai awal, bole la buat macam2 perkara. Kitorang sampai lebih kurang kul 9 kot. Time tu tak bukak lagi shopping mall. So kitorang sarapan pagi dlu kat Malaytown. Mula2 ingat nak cari la kedai makan yang ada roti canai ke, tosei ke. Tapi nampak nyer takde. Terpaksa makan nasi lemak aje, Cik Ida lak makan nasi impit.


Mula2 ingat nak tengok wayang kat Berjaya Megamall sebab dlu masa mula2 dating kat Kuantan, kitorang tengok muvi kat sana. Tapi mula2 nak ke sana dah tersilap pilih jalan, kitorang pun turn balik ke Malaytown. Pastu aku teringat, kalo tak silap aku, aku ada nampak lambang panggung wayang (GSC kalo tak silap aku) kat East Cosmos, eh silap. East Coast Mall yang sebenar nyer, yang bersebelahan ngan MalayTown tu. Jadi aku suruh la Cik Ida tengok2 kan untuk confirm. Dah sah, memang East Coast Mall tu dah ada cinema (Cik Ida cakap dlu takde). Jadi kitorang layan muvi kat situ je la. Tengok muvi Date Night.




Muvi yang kami tengok pada hari tersebut.


Abes je muvi, kami makan2 kat foodcourt East Coast Mall tu, pastu terus gerak ke Teluk Chempedak. Sebelum ni kami rancang nak gi Cherating, tapi takut jauh n tak sempat. Jadi kami pilih Teluk Chempedak. Naseb baek pilih Teluk Chempedak. Kalo tak, tak tau la sampai kul bape kat Lipis malam tu. Nape aku cakap macam tu? Korang baca la lagi apa yang aku tulis kat bawah ni.


Aku tengah berjalan (mesti la berjalan, takkan merangkak lak kan).


Nape wat muka macam tu???


Gambar tepi pantai...

Lepas dah jalan2 kat TC tu, kami pun dah tak tau nak wat apa. Nak tunggu makan malam, macam lambat lagi. Jadi kami pun amek keputusan untuk pegi Berjaya Megamall untuk berjalan2 for the second time. Pastu kami pun makan malam kat McD, makan kat situ satu, satu lagi take away coz Cik Ida kata dia tak lapar lagi. After that, kami pun bertolak la balik ke Lipis. Kul 11 lebih baru sampai. Memang dah tak larat dah. Aku ngantok, Cik Ida ngantok. Aku siap minum Red Bull lagi supaya ilang ngantuk untuk drive malam tu. Cik Ida lak aku biarkan dia tdo sebab tadi dia dah drive sampai ke Temerloh. So turn aku lak drive.

Keesokan ari nyer, aku pun balik la ke Kulim. Tapi singgah kat KL jap, sebab abang ipar aku akan amek aku kat Pekeliling dan anta aku ke Duta. Tapi sebelum tu aku kena belanja kakak aku ngan abg ipar aku (adik aku pun ada lak join skaki) sebab aku tak belanja diorang pun masa first dapat gaji dlu. Dah lepas makan2 tu, baru la gerak ke Hentian Duta. Dan akhir nyer, aku sampai kat pekan Kulim kul 7 malam. Gitu la citer nyer. Percutian yang menyeronokkan bersama Cik Ida, walaupun letih, tapi its worth it.


p/s: mekaseh kepada sumer yang wish birthday kat aku ari ni.


Mekaseh Cik Ida untuk adiah anda ni. Really appreciate it.



Thursday, April 8, 2010

It's been a busy week for me

Yeahh... Itu la yang aku nak katakan dalam blog aku sejak 2-3 ari ni. Tapi belum ada kesempatan untuk membuat posting, kerana kerja aku yang terlalu banyak. Bukan banyak, tapi jadual kerja dan tugasan yang agak pack. Bila selesai satu keje, kena sambung wat keje laen lak. Jadi tak sempat la aku nak post apa2 kat blog aku ni. Kalo sempat nak online pun, setakat bukak emel yahoo ngan sirim je. Kalo bukak blog pun, setakat baca2 tu sempat la. Tapi kalo nak wat posting2 ni, tak cukup masa. Ni pun dah ari khamis, walaupun still ada keje, tapi aku saje jek curik masa. Yela kan, ari terakhir keje for the week, mesti la take it slow kan. Hahaha..1

Mula2 aku ingat aku nak wat posting 2 ari lepas. Tapi malam tu housemate aku ajak aku maen badminton kat gelanggang AMREC ni. Aku walaupun mula2 rasa malas, tapi lepas pk2, bila lagi kan nak start maen. Jadi aku pun on je la. Dah la kasut sukan ngan raket pun takde. Last2 aku pakai je kasut yang aku slalu guna nak gi keje (aku pakai kasut sport ke tempat keje, bukan kasut itam ek). Lantak hang la nak koyak ke apa ke lepas abes maen nanti. Kalo koyak, beli la baru kan (tapi alhamdulillah, tiada sebarang kekoyakan -bukan koya- pada kasut tersebut). Aku gi maen dengan seluar tracksuit aku, baju futsal penjom yang dlu, ngan topi aku. Wahh... Nampak macam pro lak nanti maen badminton pakai cap. Tapi biasa la, dah lama tak maen kan. Mula2 cam letih, tapi rasa seronok lak maen. Masa mula2 maen tu, maen biasa je. Maen pukul gitu2 je. Tapi bila datang sorang member aku ni (meja sebelah aku je kat opis), dia ajak lawan, maen mata. Dia pair ngan aku. Naseb baek dia ni jenis yang rajin. Kebanyakan bola aku bagi dia amek je. Hakhakhak... Dan itu la punca kemenangan tipis kami.

Gelanggang badminton di tingkat 2 AMREC.


Pastu petang semalam, aku dapat panggilan telefon daripada member aku yang skang ni dia keje di UniMAP, tpon aku. Dia tanya aku, "Ko dah hantar borang BEM tak?" Untuk pengetahuan anda, BEM tu adalah short form for Board of Engineer. Ari tu diorang ada wat perjumpaan pasal akreditasi UniMAP ni kat Kulim Hi-Tech ngan KLCC. Time perjumpaan tu bole la submit borang untuk berdaftar under BEM ni sebagai Jurutera Siswazah. Free of charge sebab ditanggung oleh UniMAP. Yang kat Kulim Hi-Tech ni aku tak gi sebab aku tak tau pun time tu. Bila aku dah tau, dah terlepas dah tarikh dia. Yang KLCC lagi la aku tak gi. Malas dan jauh. Tapi semalam member aku tu call, dia kata aku bole hantar je kat Jabatan Pendaftar UniMAP guna Pos Laju. Sebab paling lewat aku kena submit dalam minggu ni. Member aku ni pun satu. Tpon lambat2. Kan dah terkial2 aku dibuat nyer.

Jadi malam tu pun aku menjadi la busy. Busy nak fotostat sijil ngan IC, nak beli sampul, nak isi borang BEM tu lagi. Pastu aku nak kena packing pakaian untuk bakal percutian aku di Pahang nanti (yang ni aku tak sabar). Ini dia gambar borang BEM yang aku nak kena submit tu.


Borang BEM.


Lepas isi2 sumer, dah lengkap ngan alamat apa sumer, settle... Aku pun mengemas la pakaian2 yang nak aku bawak untuk gi Pahang untuk berjumpa ngan Cik Zuraida... Time tu tak tau nak bawak baju apa. Al-maklum la, baju aku dah lama tak beli yang baru. Jadi sumer baju aku Cik Zuraida dah pernah tengok. Jadi tak sure dah baju mana nak pakai. Last2 aku tibai je mana2 baju yang aku rasa bole pakai.

Ni pagi tadi ni aku cadang nak wat posting ni la. Tengah sedap2 taip, tiba2 bos aku call. Ajak aku pegi melawat student praktikal dia, yang slalu lepak ngan aku kat lab. Kira aku kamceng ngan dia la. Yela, sebab under bos yang sama kan. Jadi keje lebih kurang sama je. Cuma bahan dan application material tu je yang berlainan. Janji nak gerak 9.30. So nak dekat 9.25 tu aku dah stand-by kat lobi dah. Tengah2 tunggu tu, sempat2 lak AMREC ni wat fire drill. Jadi terpaksa la gi berkumpul kat depan AMREC yang menjadi tempat berkumpul kalo ada kebakaran (padahal aku relax2 je dlu sebab dah aku memang ada kat lobi). Terbantut kejap la perancangan nak melawat student tu.


 During fire drill.


Akhir nyer, after fire drill tu, nak dekat kul 10.15 baru gerak kot. Destinasi, pekang Kupang, sebelum Baling. Jenuh gak nak cari simpang masuk umah dia. Walaupun budak2 praktikal yang laen dah siap lukis peta, still tak leh follow. Last2 lepas dah tpon 2-3 kali, jumpa gak simpang masuk umah dia. Dasat gak aku tengok umah2 kat situ. Bukan kemewahan yang aku maksudkan. Tapi kedudukan umah mereka daripada jalan tar. Umah diorang ke bawah sket (bukan sket dah, macam banyak je aku tengok) berbanding ngan jalan tar tu. Jadi kalo nak kuar umah tu, memang naek bukit la. Mesti hebat sape2 yang bawak kereta kat situ. Kuar2 umah je, dah kena bukit yang bukan rendah, mahu gak 30-45 degree bukit dia. Hangpa bayangkan la macam mana.

Dia ni accident Isnin lepas, on da way nak gi keje. Dia kata dia baru kuar 5 minit dari umah, dah accident. Accident kat traffic light. Dia langgar sorang mak cik ni ngan anak dia. Mak cik tu langgar lampu merah, dan dia pun dah gerak. Pomm, berlanggar. Mak cik tu ok, anak dia patah gigi. Budak praktikal ni lak patah tangan (dia kata patah seinci dari pergelangan tangan). Time aku ngan bos aku sampai, singgah kejap jumpa mak dia, bagi buah tangan and mintak izin nak bawak dia kuar. Tak nak menyusahkan mak dia, kata bos aku. Jadi kitorang pun gi ar kedai mamak yang berhampiran sambil berborak2. Bos aku belanja. Hehehe... Pastu, kitorang pun balik la dalam kul 12 macam tu. Aku sampai2 je AMREC, terus kuar balik sebab nak kena anta borang BEM tu guna Pos Laju. Ni balik ni baru la ada kesempatan nak blogging2.

K la. Sampai sini saje posting aku untuk kali ini. Pasni mungkin takde posting baru untuk beberapa ari coz i'm on honeymoon. Eh... Percutian maksud aku. Hahahaha... Lepas Cuti2 Malaysia ni pun, kalo aku bz macam minggu ni, mungkin tak sempat gak la posting2 nih.


p/s: letih bz2 ni, naseb baek ada break, gi bercuti ke Pahang.



Friday, April 2, 2010

Template Ceria

Template ni berjaya aku buat setelah membuat research dari petang tadi. Walaupun design nyer takde la hebat mana (maklum la, tak pandai sangat bab2 design ni), tapi nampak cantik lak bila aku gunakan untuk blog aku yang lagi satu. Tema template ini adalah feel good. Jadi kalo sape2 yang akan guna, semoga anda juga ceria2 slalu.


Contoh template.
Untuk mendapatkan coding template ini, anda bole klik sini atau melawat blog aku yang lagi satu untuk template2 yang laen juga.

Din Beramboi Kembali ke Rahmatullah

Al-Fatihah. Di sini aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi. Semoga roh nyer dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Din Beramboi menghembuskan nafaz nyer yang terakhir pada pukul 12.30 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.


"
Din Beramboi selamat dikebumikan, lebih 500 hadir
02/04/2010 1:06pm

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi, atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, yang meninggal dunia awal pagi ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan
Islam Taman Ehsan, Kepong dekat sini pada pukul 11 pagi ini.
Lebih 500 hadir bagi memberi penghormatan terakhir mereka, termasuk ahli keluarga, rakan-rakan dan para peminat. Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi. Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun. Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak Selasa lalu setelah kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah. Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal. Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era. – Bernama"

Sumber: Utusan Online
Aku mula2 tau pasal ni time housemate aku anta sms kat aku katakan bahawa Din Beramboi dah meninggal dunia. Time tu rasa sedih gak la. Yela, lepas ni dah takde dah la sawancara pagi2 kat era. Maklum la, aku ni bole dikategorikan sebagai peminat setia sawancara, walaupun tak sumer nyer aku dapat dengar. Lepas ni bosan dah la pagi2 sebelum nak gi keje sebab dah takde lawak2 Din Beramboi yang slalu wat aku tergelak. And aku rasa Din Beramboi ni takde pengganti. Even kalo Nabil ganti pun, still aku rasa tak sama sebab obviously lawak diorang tak sama.


p/s: lepas ni dengar sawancara din beramboi yang aku dah download je la nampak gaya nyer...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...