Saturday, July 17, 2010

Kenape Ahmad Aswad tak bole jadi penyanyi

Tentu korang tertanya2 kenapa tiba2 aku wat entri ni kan. Macam yang anda sumer sedia maklum mahupun yang tak bape nak sedia maklum, hobi aku ni kan menyanyi. Kepakaran aku menyanyi di dalam tandas memang lah tak dapat disangkal lagi. Hehehe... Dasat ayat aku ni. Anyway, time aku drive nak balik ke Kulim, aku try la melalak nyanyi lagu dalam kereta sorang2 kan. Kebetulan aku selsema. Alamat nyer, memang agak kurang merdu la suara aku ni. Tu yang aku mendapat ilham untuk membuat entri ni. Jadi, sila la baca sebab2 Ahmad Aswad tak bole menjadi penyanyi.


1. Selalu selsema dan bersin.

Ni la sebab utama nape aku tak patut menceburi bidang nyanyian. Sebab ni jugak la aku dapat ilham nak wat entri ni kan. Aku ni bole dikatakan mempunyai badan yang cenderung terkena penyakit. Tapi demam dan laen2 tu jarang la. Cuma aku ni selalu kena selsema. Jadi, bole tak korang bayangkan, tengah sedap2 aku menyanyi kat atas pentas, depan peminat2 aku. Tiba2 aku bersin, lalu percikan hingus2 aku terkena la peminat2 aku, especially yang front row la kan. Sebab diorang paling dekat ngan pentas. Tak pasal2 kuar front page paper bertajuk, "Penyanyi Popular Menghembuskan Hingus Ke Arah Peminat." Tak ke haru gitu.

Pastu, tengah sedap2 nyanyi, tiba2 ada lirik "Haaacchooo!!!" ketika sedang menyanyi. Hahaha... Time selsema ni, biasa la. Hidung akan menjadi agak sensitif sket. Kalo aku nyanyi high pitch, hidung aku ni umpama bergetar. Last2 hidung aku akan rasa gatal. Kalo kat tengah pentas idung gatal, mana aku nak cari port nak korek idung kan. Kalo wat depan peminat, orang kata aku ni tak senonoh lak. Oleh itu, aku tak sesuai untuk jadi penyanyi.


2. Pemalas

Aku ni kan memang pemalas sket. Kalo dah bergelar penyanyi, mesti la takde peluang nak rehat2. Memandangkan show nyer schedule padat, waktu nak lepak2, tengok tv, maen game, sumer dah takde. Masalah tu kalo jadi gitu. Nanti sape nak uruskan blog aku. Haaa... Ada sape nak jawab?


3. Pemalu

Aku kan pemalu. Korang tak tau ke? Hehehe... Kalo jadi penyanyi, mana bole malu2. Tak popular la nanti kan. Baek tak yah jadi penyanyi kalo tak popular. Even William Hung yang tak pandai nyanyi tu pun bole glemer. Buat malu je nanti. Tambahan lagi, jadi penyanyi takde privacy. So, aku prefer not to jadi penyanyi.


4. Tak sker kene keliling orang ramai

Aku memang tak sker kena keliling2 ngan orang ni. Siap ari bulan, aku bole naek angin kalo silap gaya nyer. Jadi penyanyi, biasa la kan. Kena kerumun ngan peminat, reporter. Jadi, aku memang tak bole la nak hadapi situasi2 sebegini.


Jadi Ahmad Aswad, kamu tak bole jadi penyanyi.

4 comments:

pepel said...

hikhikhik...jd penyanyi official ida dah la.huhu

aswadz said...

penyanyi lagu birthday ngan lullaby ek...

pepel said...

hehehe..ok la tu kn..i love ur voice ;)

aswadz said...

hehehe... mekaseh sbb puji abg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...