Esok cuti, jadi ari ni aku nak tdo lambat. Memandangkan aku nak tdo lambat, so aku berkesempatan untuk update kan blog pasal conference yang aku pegi baru2 ni kat Sarawak. ICSSST atau nama panjang nyer "International Conference of Solid State Science & Technology" yang bertempat di Hotel Hilton, Kuching, Sarawak. Conference ni dianjurkan oleh UniMAS.
Untuk pengetahuan korang, ni kali pertama aku menjejakkan kaki aku di Bumi Kenyalang, jadi sungguh gembira bukan kepalang lagi aku. Hehehe... Ok2, jangan hayunkan palang tiang gol kat aku. Aku tak guna dah perkataan "lang" continuously lagi pasni, supaya tak terbelit lidah korang nak menyebut.
Owh, ada lagi satu fakta yang korang tak tau lagi. Ni gak 1st time aku naek kapal terbang. Hahaha... Ok apa. At least pernah la naek. Korang ada? Ok, aku tau korang pernah naek. Yang tak pernah, jangan risau. Nanti ada rezeki, korang naek ar. Air Asia kan murah...
Gambar kat airport.
Murah2 la. Tapi sempit pun sempit gak. Hehehe... Tapi tak leh nak complain la. Bukan aku bayar pun kan. Company aku gak yang bayar. Tapi tak kesah la. Bukan lama pun duduk dalam kapal terbang tu. Stakat 2 jam je.
Tapi bosan gak rupa nyer naek kapal terbang ni ek. Syok time nak terbang je. Sebab terasa kelajuan dia. Hik3... Tapi bila dah kat udara, korang tak nampak apa2 dah. Nampak awan je la. Bosan tahap gaban dah time ni. Last2 baca majalah yang ada, pastu tdo. Celik2 je, dah nak sampai...
Pas masuk Sarawak. No IC aku dah blur kan supaya korang tak tau information2 yang penting pasal aku.
Ye. Masuk negeri Sarawak kena simpan pas lawatan ni. Kalo hilang, naya. Kamu akan ditangkap dan disumbat di lokap. Hehehe... Bukan2. Aku pun tak tau apa diorang akan wat kat kita kalo hilang pas lawatan ni. Anyone knows? Anyway, aku naek teksi ngan beberapa member sekerja aku. Hotel yang menjadi tempat penginapan aku sepanjang sesi conference adalah hotel Grand Menderita. Eh, bukan. Hotel Margherita.
Hotel Grand Margherita.
Nampak tak hotel Hilton yang sebelah kanan tu?
Hotel Grand Margherita ni best gak la bagi aku. Bilik pun besar. TV dia pun besar. Flat screen lagi. Ke aku rasa bilik dia besar sebab aku duduk sorang2? Hhhmmmm...
Pemandangan daripada bilik aku.
Kalo korang nak tau, malam2 nak gi makan, kitorang akan ke seberang sungai (rujuk gambar atas) sebab kat situ ada banyak pilihan makan dan halal. Kat sekitar hotel tempat aku menginap ni, tak banyak kedai. Kedai fast food banyak la. McD sampai 2 buah. KFC pun ada 2 buah. Dekat2 lak tu.
Suasana menyeberangi sungai pada waktu malam.
Nak seberangi sungai untuk makan malam, kitorang kena naek sampan. Tambang 50 sen sorang. Sekali naek, wahhh... Dekat giler ngan air. Kalo terlebih muatan, air bole masuk ni. Tu tak termasuk lagi kalo sampan ni bergoyang2 time orang nak masuk atau kuar daripada sampan. Tapi, pengalaman yang bermakna tuh.
Gambar aku tengah prasan. Eh, present...
Gambar time conference, aku letak satu ni je la ek. Muak la korang tengok nanti sebab aku dah bubuh banyak gambar dah time conference MMC dlu. Dinner lak, aku letak gambar menu je. Gambar makanan lupa nak amek. Hehehe... Lagi pun, menu lebih kurang je aku tengok. Tukar sket2 je.
Menu dinner ICSSST.
Tarian kebudayaan Sarawak yang dipersembahkan oleh student UniMAS
time kitorang tengah sedap melantak.
Lepas conference, kadang2 kitorang jalan2 kat sepanjang sungai tu. Ada yang gi shopping kat Water Front, tak jauh dari Hotel Hilton. Gambar kat bawah ni adalah gambar kapal cruise yang akan bawak korang tour sepanjang sungai. Ok, bukan sepanjang sungai la. Ada la limit dia sampai mana kan. Harga kalo tak silap RM60, skali ngan makan malam.
Cruise Sarawak.
Gambar yang lebih dekat lagi.
So, takat tu je la citer aku. Mesti korang fikir, tak kan tu je aktiviti aku kat Sarawak. Boring nyer. Haaaaa... Mesti la ada aktiviti laen. Nak tau apa dia? Tunggu....
No comments:
Post a Comment