Sunday, December 5, 2010

Today doesn't make my day

Haaaa... Btol tak ayat untuk title aku tu? Macam tak betul pun ada. Hehehe... Dah lama tak berblogging ni (lama ke?). Aku baru balik dari Kuching, Sarawak semalam. Menghadiri conference ICSSST. Tu akan aku update kemudian la ye. Gambar sumer tak transfer lagi daripada kamera aku.

Ari ni aku cuti, sebab nak ganti cuti Jumaat lepas. Nape aku tulis title aku gitu? Well, aku rasa aku membuang masa tengah hari tadi. And ada benda yang membuatkan aku tak puas hati ari ni. Macam ni citer dia.

Once upon a time... Eh, bukan2. Lepas makan tengah hari tadi, aku ingat kan nak masuk kan la duit ke ASB. Tengok2 bank tak bukak lak. Baru aku tau bank kat Kedah ni tak ikut cuti Kedah. Dia ikut cuti Satu Malaysia. Hahaha... Ok, tu salah aku la kan. Sape sruh aku tak ingat aka tak tau.

Gi pejabat pos lak. Sebab pejabat pos kat Kulim ni memang bukak ari Ahad. Bila aku nak isi borang ASB tu, tengok2 pen takde dakwat. Cuba pen yang laen. Sama. Still takde dakwat. Apa kes? Banyak2 pen korang taruk kat situ, sumer takde dakwat. Baek tak yah bubuh pen. 




Buang terus je la pen2 tu, skali ngan kaunter menulis. Bagi tau customer sruh fill-in borang tu siap2 kat umah. Bengong. Nak tak nak kena gi kat kaunter mintak pen. Lepas isi borang, dah siap amek nombor giliran, tengok2 sistem ASB offline. Tak ke anda rasa nak maki? Penat lelah aku ternyata sia2 dan tak berhasil...

Well, nak wat camne kan. Sistem ASB offline, tak kan nak salah kan POS. Aku pun balik la ngan perasaan kecewa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...