Saturday, March 12, 2011

Tsunami Jepun 2011 - Satu Kemusnahan

Kemusnahan... Devastatation... Tu je perkataan yang bole menggambarkan kejadian gempa bumi 8.9 pada skala Richter yang melanda Jepun, disusuli dengan tsunami yang setinggi 10 meter. Gempa bumi yang berlaku semalam merupakan yang terbesar dan terganas dalam 300 tahun sejarah Jepun.




Susulan dengan tsunami yang berlaku di Jepun, beberapa amaran tsunami juga dikeluarkan di seluruh Pasifik sehingga sejauh Amerika Selatan, Kanada, Alaska dan seluruh pantai barat Amerika Syarikat. Amaran tersebut turut dipaparkan di laman web Google semalam.

Gempa bumi dan tsunami di Jepun menyebabkan beberapa kawasan mengalami kebakaran dan sesetengah bandar ditenggelami air yang diakibatkan oleh tsunami yang melanda kawasan tersebut. Lebih 1000 orang dikhuatiri terbunuh manakala 20 000 orang dipindahkan daripada kawasan Wakayama susulan daripada amaran tsunami yang dikeluarkan.

Selain itu, 3000 orang yang tinggal berdekatan dengan loji nuklear di kawasan Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut. Berkenaan dengan loji nuklear tersebut, kerajaan Jepun menyatakan tiada kebocoran yang berlaku tetapi tahap radiasi semakin meningkat yang menyebabkan penduduk di sekitar kawasan terbabit dipindahkan. Gempa bumi juga dilaporkan membawa kemusnahan besar di bahagian utara Jepun.


[Klip video saat tsunami melanda kawasan perairan Jepun]


[Sebuah bot terperangkap dalam ombak tsunami]


[Tsunami membanjiri kawasan bandar]


Susulan dengan kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun, Maria Ozawa menjadi popular di Twitter (ni orang Indonesia nih) yang concern dengan keselamatan pornstar tersebut. Anda bole baca kat SINI. Untuk berita yang lebih lanjut, korang bole lawat link2 kat bawah ni.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...