Monday, December 19, 2011

Kempen Anti Merokok - Katakan Tak Nak

Smoking kills.

Korang tau tak merokok itu bole membunuh?

Sebenar nyer kempen anti merokok ni dah lama berlaku. Sejak dari zaman sekolah lagi. Berbuih dah mulut orang yang bagi ceramah pasal kempen anti merokok ni. Tapi macam tu gak result nyer. Makin bertambah bilangan manusia yang merokok, malahan makin teruk lagi ada la.

Even aku pun pernah ada buat beberapa entri pasal rokok. Antara entri aku pasal rokok termasuklah entri Saman Perokok dan pasal macam mana nak mengelakkan diri daripada perokok tegar.




Ni lak video untuk kempen Tak Nak Merokok yang aku pernah gunakan untuk salah satu entri aku pasal rokok. Entri tersebut korang bole baca kat SINI. Video ni popular la gak dengan gesture anti merokok oleh secondary smoker kepada primary smoker. Gesture yang menunjukkan secondary smoker "Tak Nak" menghidu asap rokok primary smoker.

Yela... Korang tau tak secondary smoker pun bole kena penyakit just daripada menghidu asap rokok korang? Kalo tak tau, pi cari bekas lombong. Pastu terjun. Hehehe...

Dah la. Aku malas la nak citer pasal kesan2 merokok kepada primary dan secondary smoker. Aku rasa korang dah tau kot. Dok beli rokok tiap2 hari, tak kan tak nampak kot gambar2 "dahsyat" kat kotak rokok tu. Nak aku bubuh kan gambar tu kat blog ni ke???


[Nah gambar. Skali ngan info lagi aku bagi]


Selaen daripada korang support kempen anti merokok ni secara directly (dengan memberi ceramah kepada perokok tegar dan mendapat penampar sebagai balasan), apa kata korang turut support kempen anti merokok ni secara indirectly.


 [Daripada korang hisap rokok, baek korang hisap choki2 je. Lagi best]


Cara nyer mudah je. Korang bole join photo contest anjuran Nuffnang. Macam gambar kat atas ni (walaupun macam tak berapa menjadi je). Yela. Kot2 la korang ada luck, dapat duit free. Bole la belanja aku pastu. Aku pun join gak. Tapi takde la mengharap nak menang pun. Gambar pun gambar amatur je. Just nak sker2 join contest and at the same time, support kempen anjuran Nuffnang nih. Korang bole baca lebih lanjut lagi pasal contest ni kat SINI atau korang bole pegi direct ke laman web gayahidupsihat.my.


Cara untuk menyertai photo contest ni mudah je...

1. Korang kena amek gambar bertemakan kempen "Tak Nak" tanpa menggunakan rokok atau kotak rokok sebagai prop.

2. Post kan kat blog korang sebagai satu entri.

3. Korang kena letak key word seperti taknak, photo contest/ duit free dan smoking kills.

4. Letak link gayahidupsihat.my.

5. Pastu submit korang nyer entri link kat SINI.


Tarikh tutup: 26 Disember 2011


Macam aku cakap tadi, ada duit free kan. Aku tau la kalo takde hadiah, mesti korang tak nak join kan. Mata duitan sungguh korang ni. Hehehe... Antara hadiah2 yang ditawarkan adalah;


Grand prize cash: RM 1,000.00
2nd prize cash: RM 700.00
3rd prize cash: RM 500.00
4th prize cash: RM 300.00
5th prize cash: RM 150.00
Consolation prize: voucher bernilai RM 50.00


p/s: amacam? tertarik?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...