Tuesday, December 20, 2011

Sex? Massage?



Tempat kejadian: Bukit Bintang
Waktu kejadian: Malam, 8.00 PM ke atas


Masa tu aku tengah menapak ngan member aku 2 orang. Member aku yang sorang ni dia tinggal kat area situ (apa ntah nama apartment tempat dia sewa tuh). So aku ngan member aku yang lagi sorang ni ajak dia jumpa. Dengan niat nak sruh dia belanja makan malam. Save duit sket. Hehehe...

Tengah2 dok menapak tu, nampak ramai awek cun (yang tak cun pun ada gak). Dressing bak umpama awek biasa je. Takde la seksi macam selebriti. Hanya baju t-shirt ketat ngan seluar jeans. Ada yang pakai baju warna sedondon umpama uniform. Ada yang tak.

Kalo korang nak tau, kat Bukit Bintang ni bersepah ngan pusat urut ngan pub. Tak caye, korang gi la menapak sendiri kat Bukit Bintang ni malam2. So, tak hairan la kalo ada ramai awek2 yang tengah cari pelanggan. Pun tak hairan gak kalo korang terserempak ngan bapuk dressing macam selebriti wanita. Sila jangan terkejut.

Kalo berjalan depan diorang ni, kalo korang tak kena tahan walaupun sekali, memang tak sah. Kalo korang tak kena tahan tu, makna nyer korang tak hensem la tuh. Hehehe... Okay2. Gurau kasar nama nyer tuh. Kalo tak kena panggil, tak kena tahan, memang tak sah. Yela, kalo dah sepanjang jalan rumah urut sampai 6-7 buah, camne tak kena tahan. Tu baru sederet kedai. Tak campur deret kedai seberang jalan dan sebelah simpang sana.


"Massage???" tanya awek depan rumah urut yang pertama.
"Massage???" tanya awek depan rumah urut yang kedua.


Tiba2 tang awek depan rumah urut yang ketiga;


"Sex? Massage???"


Haaaa... Tergamam aku kat situ. Tergugat iman aku yang tak bape nak beriman ni. Pastu aku senyum je la. Baru nampak macho sket. Taapiiii... Kaki aku melangkah makin laju. Takut aku. Hahaha... Kejadian ni membuat aku terfikir, banyak2 rumah urut kat situ, bape banyak yang btol2 rumah urut. Dan bape pulak rumah urut yang menyediakan "side dish".


[Rumah urut yang original]


[Yang ni "side dish"]


Tu satu hal. Aku ada gak terserempak ngan bapak ayam. Ada la dalam 2-3 orang. Tengah2 berjalan tu, kena tanya ngan diorang. "Mau cari amoi ka?"


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...