Susulan kepada entri INI.
Baru2 ni aku menghadiri conference Powder Metallurgy Symposium & Exhibition 2011 di Bukit Bintang. Tapi aku malas nak citer banyak pasal conference ni. Even conference Regional Tribology Conference yang aku gi sebelum ni pun aku tak mention dalam blog ni. Jadi aku rasa tak yah la aku citer pasal conference tu kat sini.
Jom sembang pasal Bukit Bintang je. Lebih santai. Aku rasa korang tentu dah pernah menjejakkan kaki kat Bukit Bintang nih. Paling koman pun, tentu korang dah pernah pegi Berjaya Times Square. Tak pun Plaza Low Yat. Tipu la kalo korang cakap korang tak pernah gi.
Berjaya Times Square tu aku dah pernah pegi beberapa kali. Plaza Low Yat aku pernah pegi skali je. Tu pun masa aku still menuntut kat universiti lagi. Masa tu pegi ramai2. Diorang nak beli apa ntah masa tuh. Aku pun dah tak bape nak ingat dah.
[Bila tiba musim Krismas je, mesti ada pokok Krismas ni kat Times Square]
[Gambar close-up pokok Krismas]
Tapi seriously, aku tak pernah amek port pun pasal kedudukan Berjaya Times Square ni kat mana. Plaza Low Yat tu kat mana. Even aku tak tau pun yang Plaza Low Yat ni rupa2 nyer dekat je ngan Berjaya Times Square. Loser tak aku? Hahaha... Ok, dah2. Jangan gelak lebih2. Tampar nak?
Bila dah dapat peluang stay kat Bukit Bintang ni, of course la belah malam aku akan berjalan2 mencari mencari makan. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. Bila dah jalan2 (jalan kaki je ye) sekitar kawasan Bukit Bintang, baru aku tau kedudukan Berjaya Times Square tu kat mana. Plaza Low Yat tu kat mana. Plus, baru aku tau yang Lot 10 ngan Pavillion tu pun kat area2 situ gak.
[Member sruh amek gambar kat sini. Buat kenangan kata nyer]
[Patung beruang depan Pavillion. Kalo Cik Vanilla ada, mesti dia nak bergambar
ngan patung ni]
[Patung hidup]
Apa nama gelaran untuk patung hidup ni? Aku lupa dah. Dlu pernah kuar kat TV kan. Tapi macam biasa, aku tak pernah amek port sangat pun. Tapi dlu macam ada satu je. Tapi skang dah ada 4 lak. Kat setiap penjuru simpang lak tuh...
[Design yang cool...]
Tapi apa yang aku tertarik skali adalah semasa aku ternampak Sephora ni. Gila menarik dia nyer design. Unik... Nampak cam best je mall ni. Tapi sebab time tu member aku nak balik awal sebab esok dia keje, kitorang just lalu je la.
Tapi aku ada 2 benda je yang tak sker pasal Bukit Bintang ni. Traffic jam ngan makanan mahal. Daripada pemerhatian aku, starting kul 3 jalan dah mula jem. Sape yang keje kat area ni, mesti mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kan. Hehehe...
Bab makan lak, member aku cakap payah sket la nak cari yang murah. Sebab takde kedai makan atau restoran kat situ. Yang ada sumer taraf cafe atau pub. Paling koman pun kedai mamak. Tu pun member aku cakap tak sedap. Last day ari tu, aku sanggup menapak sampai ke Berjaya Times Square semata2 nak makan kat foodcourt. Walaupun takde la jimat mana pun kalo nak compare ngan harga makanan kat Kulim ni. Hehehe...
Okay la. Malas la nak citer panjang2. Letih dah ni. Sekian, terima kaseh (mood presentation).
Eh, bro. Tapi ko tak jawab lagi persoalan2 dalam entri ko yang sebelum ni... Apa yang payah? Apa yang mencabar? Apa yang berjawab? Apa yang tak berjawab?
Hehehe... Lupa lak aku. Kepayahan dan cabaran yang aku maksudkan tu, of course la presentation. Banyak giler soalan yang ditujukan kepada aku masa sesi soal jawab. Bak machine gun yang ditembak bertalu2 ke arah musuh. Soalan lak bukan jenis soalan bodoh2. Soalan teknikal lak tuh.
Naseb baek bos aku ada. Mana2 jawapan aku yang diorang tak paham, bos aku yang tolong explain kan ngan lebih detail. Tapi macam yang aku cakap tadi, soalan banyak sangat sampai aku malas nak jawab. Sampai keluar ayat "Bos nak tolong jawabkan ke?" Haaaa... Otai tak aku?
3 comments:
wahh.. brjlan jauh ye die ^^
patung hidup tu ari tu jumpa kt klcc...ehhehehe...nak amek gamba ngn diorg, tp ramai sgt masa tuh...xsempat lerrr
dia watpe kat KLCC??? shopping?
Post a Comment