Wednesday, March 28, 2012

Adakah ini UFO?

Hahaha... Terlalu awal untuk mengatakan objek yang NASA tangkap ni merupakan objek UFO.




Selalu nyer benda2 yang ada kaitan ngan UFO ni adalah hoax. Begitu juga dengan gambar ini. Mungkin ada kisah laen di sebalik penangkapan gambar objek yang dikatakan menyerupai bentuk kapal angkasa. Maybe it is just another thing floating on the universe and mistaken for spaceship.

Apa pun, image yang korang tengok tu merupakan gambar yang ditangkap semasa berlaku nyer solar flare dan terkena planet Utarid. Pada waktu yang sama, objek yang berhampiran dengan planet tersebut turut terkena solar flare. Maka terhasillah image seperti gambar yang korang tengok tadi.

So, apa pendapat korang? UFO atau bukan? Pada pendapat aku, aku rasa tu bukan UFO la. Macam aku cakap tadi, ada banyak benda yang floating kat alam semesta yang kita masih tak tahu. Or maybe it is just an asteroid that looks like spaceship. Even batu kat Bumi pun kadang2 ada gak yang bentuk pelik.




[Yang ni nampak cam edit pun ada]


Sumber: Yahoo! News


Saturday, March 24, 2012

Korean Drama - Bad Guy

Aku sebenar nyer tak minat nak tengok citer yang penuh ngan revenge atau yang sama waktu dengan nyer. Sebab apa aku tak minat? Sebab tengok citer yang macam ni cuma akan create tension dalam kepala otak aku je. Penat nak geram2 padahal benda tu citer je. Tetapi... Citer Bad Guy ni ntah macam mana laen lak perasaan dia bila tengok citer ni walhal citer dia pun pasal nak balas dendam gak.




Citer ni mengisahkan Shim Gun Wook (lakonan Kim Nam Gil) yang ingin balas dendam terhadap Haeshin Group yang dimiliki oleh keluarga Hong. Sumer nyer bermula apabila Choi Tae Sung (nama sebenar Shim Gun Wook) diterima masuk ke dalam keluarga Hong lepas diorang dapat tahu yang Tae Sung merupakan anak luar nikah President Hong. Meninggalkan ibu bapa yang menjaga dia sejak lahir, nama Choi Tae Sung ditukar kepada Hong Tae Sung.

Tetapi... Pada suatu hari, diorang dapat tahu yang dia bukan anak sebenar President Hong. Maka anak yang sebenar dibawa masuk dan Tae Sung/Gun Wook ditinggalkan begitu sahaja depan rumah diorang dalam keadaan hujan yang turun dengan lebat nyer. Dan ibu bapa dia terlibat dalam kemalangan semasa nak amek dia. So dia percaya yang kehidupan dia musnah disebabkan keluarga Hong dan berniat untuk membalas dendam terhadap Haeshin Group dan keluarga Hong.




Pada pendapat aku la, citer ni menarik. And guess what. Aku tak tension pun tengok citer ni. Mungkin kurang plot yang bole membuatkan korang tension even though citer ni pasal revenge. Atau mungkin juga sebab awal2 plot ni dah buat kita kesian dengan watak utama, so kita tak tension bila dia nak balas dendam. Malahan sokong lak dia balas dendam. Hahaha...

Apa pun, plot citer ni memang menarik. Macam2 kaedah dia buat untuk balas dendam. Bijak gak la pada pendapat aku. And aku confirm, kalo korang tengok pun, blom tentu korang dapat agak plot citer ni macam mana. Ending dia macam mana. Totally unexpected.




OST dia tak menarik sangat. Mungkin ada yang bole tahan tapi tak bape nak catchy pada aku. Hahaha... Tapi aku sker muzik latar citer ni. Aku siap buat ringtone lagi untuk handphone aku.


Rating:




Friday, March 23, 2012

Dr. Seuss' The Lorax

Fuhh... Aku rasa dah lama entri ni terpendam dalam buku hatiku untuk diluahkan ke dalam bentuk penulisan dalam blog aku nih. Maklum la. Dah lama aku tak update blog ngan entri yang panjang. 3 entri terakhir sumer pendek2 je. Ye2. Aku tau korang tak puas baca. Hahaha...

Sebenar nyer daripada 2 minggu lepas lagi aku nak publish entri ni. Tapi sebab busy ngan keje, entri pun tak bape nak siap. Tapi takpe. Since aku tengok kat wayang still ada tayang lagi muvi ni, jadi review aku blom dikira sebagai obsolete lagi. Masih bole diguna pakai oleh umat manusia sekalian alam.



Citer ni mengisahkan Ted, sorang budak umur 12 tahun yang minat kat sorang awek ni. Nama awek ni Audrey. Untuk pengetahuan korang, kawasan yang diorang duduk ni langsung takde pokok. Yang ada pun cuma pokok plastik. Takde pokok tulen yang menyedut karbon oksida dan membebaskan oksigen. Takde.

Nak dijadikan citer, Audrey ni teringin sangat nak tengok pokok yang sebenar. So, untuk mengorat Audrey, Ted pun mula mencari pokok sebenar di luar kawasan tempat tinggal diorang, yang which is melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Pengembaraan Ted dalam misi mencari pokok tulen membawa dia kepada seorang otai pasal pokok yang digelar "The Once-ler". The Once-ler kemudian menciterkan kepada Ted bagaimana pokok2 tulen bole hilang daripada muka bumi.

Wait2. Tang mana yang Lorax nyer? Ko tak mention pun. Haaaa... Itu korang kena tengok la sendiri. Aku saje je bagi suspension kat korang. Oleh sebab aku baik hati, aku kasik trailer dia untuk korang tengok.




Bagi aku, muvi ni memang menarik. Kelakar pun kelakar. Memang sesuai untuk tontonan umum, especially yang ada anak2 kecil tu. Bole la korang luangkan masa ngan anak2 korang. Budak2 confirm sker tengok citer2 animasi camni.

Muvi ni bukan setakat bagi hiburan je. Banyak pengajaran yang berguna yang kita bole ambil daripada citer animasi The Lorax ni. Especially about environment. Jangan sesuka hati tebang pokok sana sini. At least kalo nak tebang, jangan lupa tanam pokok yang baru supaya pokok tu bole ditebang lagi skali pada masa depan hidup untuk tontonan generasi masa depan dan tak pupus macam tu je.

Jadi apa lagi, ayuh bapak2 dan mamak2 mama2 sekalian. Bawak anak2 korang dan serang panggung wayang yang berhampiran dengan anda.


Funny quote:

You wouldn't hit a woman.

That's a woman????


Rating:




p/s: pasni review drama korea lak. ni pun tertunggak gak.


Thursday, March 22, 2012

Spontaneous Thursday #5

Bukan kena culik.
Lari ikut laki.
Tak pasal2 famous satu Malaysia.
Tak ke haru?


Monday, March 19, 2012

Away from Blogging

Nampak nyer daripada Rabu lepas lagi aku tak tulis apa2. Kalo ikutkan Khamis Jumaat lepas aku bole wat entri. Tetapi memandangkan 2 orang anak buah aku jenis ada kat umah, aku terpaksa batalkan niat aku untuk berblogging pada hari tersebut. Sebab diorang ni jenis yang tak reti duduk diam. Kalo aku online, ada gak yang maen tarik2 kabel internet ngan charger laptop.

Kat ofis, keadaan pun menjadi agak busy untuk sementara ni. Kira nyer datang ofis pagi2 pun tak sempat nak tulis apa2, even entri yang pendek skali pun (tapi hari ni sempat curi masa sket). Apa2 pun, blogwalking masih diteruskan seperti biasa. Cuma maybe lambat ar sket ye.

Harap maklum.


Yang sengaja dibenarkan,

Aswadz ReX


Wednesday, March 14, 2012

Spontaneous Thursday #4

Untuk orang yang berwatak kuning macam korang, tentu korang tahu.
Apa itu twosome, threesome and foursome.

Tetapi...
Bole tak korang kaitkan dengan handsome?
Adakah ia sama dengan apa yang aku sedang aku fikirkan?


p/s: entri ini mungkin berilmiah atau mungkin juga tidak. bergantung kepada orang yang membaca. keh3...

Tuesday, March 13, 2012

Semut dalam Air

Kesinambungan entri Spontaneous Thursday.

Korang biasa jumpa tak semut mati dalam water heater korang? Aku bet mesti sumer orang pernah kan. Kalo korang tak pernah, tu maksud nyer korang tak pernah masak air guna water heater. Hehehe... Kejadian yang menyedihkan puak2 semut ni menyebabkan kepala otak aku timbul dengan pelbagai persoalan. Juga menyebabkan aku berasa pelik dan hairan dengan malapetaka ini.

Water heater bukanlah tempat untuk membunuh diri secara beramai2 atau pun tempat untuk melakukan aksi kamikaze. Ternyata dalam water heater tu cuma ada air yang baru dimasak. Tak pernah lak jumpa ada semut pengganas menyorok dalam water heater aku sampai semut2 laen nak berkamikaze dalam tuh.

Persoalan nyer, apa yang menarik sangat tentang water heater sampai diorang sangguh mati beramai2 kat dalam tuh.


Adakah sebab water heater tu nampak menarik?


 [Menarik ke? Menarik ke? Apa yang menarik?]


Adakah sebab air yang dimasak tu sedap diminum. Umpama minum jus tembikai di restoran2 terkemuka seluruh dunia?

Adakah mereka saje je nak test air dalam heater tu dalam ke tak?


Ada gak yang komen water heater aku dah berlumut sampai semut2 tergelincir masuk (Aida Omar). Tapi kalo diorang tak panjat water heater tu, takde la diorang tergelincir. Nak kata aku tak basuh water heater la tuh, macam Ieyla ni cakap. Ada gak yang kata semut tu nak mandi sauna la, air panas la (Lady Sunshine, Aien).


 [Curiosity kill a bunch on ants according to Nanabyte?]


Mungkin jugak semut2 sekalian alam ni ada hobi memancing plankton (yang mungkin ada dalam air paip) tapi disebabkan kudrat diorang yang lemah, masing2 jatuh ke dalam air sebab bertemu plankton yang handal. Ibarat kata2 daripada Ghost Writer, mencari rezeki itu penuh dengan risiko dan merupakan perjuangan untuk hidup. Andai tewas, itu satu pengorbanan.

Walaupun aku rasa sebab utama nyer adalah air aku masak tu sememang nyer sedap (sebab AKU yang masak), sebenar nyer ada banyak lagi persoalan yang bole dibangkitkan. kalo korang ada persoalan2 laen yang nak dikemukan, sila kemukakan di ruang komen.

Moga2 semut tu sumer bergembira sepanjang berada di dalam water heater aku (ni Vanilla yang cakap).


p/s: laen kali aku ikut cadangan Cik Teddy, bubuh gula dalam air supaya diorang dapat merasa gula sebelum mati.


Saturday, March 10, 2012

Delta Lenyap

Sebelum korang meneruskan membaca entri ini, ingin aku jelaskan yang delta yang dimaksudkan tidak ada kena mengena ngan benda2 berunsurkan perkara2 moden dan jelas sekali takde kena mengena ngan game Delta Force. Kalo korang belajar Geografi, mesti korang dapat tangkap. Harap maklum.


Kalo korang datang ke Kuala Kangsar and lalu Jambatan Iskandar, tentu korang perasan satu delta Sungai Perak yang bole tahan besar. Masa kecik2 dlu (Kuala Kangsar tu kampung aku) bila lalu jambatan tu, mesti aku akan pandang delta tu dan berfikir, mesti best kalo duduk kat pulau tuh. Hahaha... Masa aku kecik2 dlu, delta sungai pun aku anggap pulau. Hehehe...


 [Delta sungai macam dalam gambar ni. Tapi lebih besar dan hutan lagi tebal.
By the way, ni gambar jambatan baru Kuala Kangsar]


Seperti aku cakap tadi, delta sungai tu bole tahan besar. Dipenuhi ngan hutan. Pokok pun tinggi2 gak. Berdasarkan kepesatan hutan2 kat atas delta tu, berkemungkinan puak harimau bermastautin kat situ. Hahaha... Gurau2. Tapi kadang2 aku still tertanya2 sama ada delta sungai ni bole dibangunkan atau tidak.

Tapi nampak nyer aku dah tau jawapan nyer skang. Thanx tu hujan yang turun tiap2 hari dengan durasi yang lama. Bila aku lalu jambatan tu semalam, delta sungai tu lenyap completely. Satu trace pun takde. Nampak nyer paras air Sungai Perak naek mendadak. Delta menerima naseb yang sama seperti Kota Atlantis. Lenyap.


p/s: naseb baek takde orang tinggal kat sana.


Thursday, March 8, 2012

Spontaneous Thursday #3

Kepada sape2 yang bole membaca fikiran semut atau yang bole bercakap menggunakan bahasa semut.
Bole tak tolong tanya diorang.

Kenapa diorang sker mati beramai2 dalam water heater aku??

WHY? WHY?


Wednesday, March 7, 2012

Menantikan The Avengers



Aku rasa ramai kot dah tahu kan akan kemunculan muvi The Avengers tahun ni. Salah satu movie yang paling dinantikan tahun 2012 mungkin. Muvi yang berdasarkan komik Marvel oleh Stan Lee ni akan berada di panggung pada 27 April 2012.

Kalo korang nak baca sneak peak pasal The Avengers ni, korang bole visit page Nuffnang atau korang bole direct klik kat SINI. Ada la berjela2 citer sedikit sebanyak tentang The Avengers nih. Siap skali ngan trailer muvi. Baca la. Jangan tak baca.

Aku memang bercadang nak tengok pun muvi ni. Sebab nampak cam best je kan (filem macam ni memang nampak best pun, tapi realiti nyer tak tau la). Ada sape2 nak teman aku pergi tengok nanti tak?


[Aku up kan la trailer dia kat sini. Baek kan aku? Slalu memudahkan korang]


Tuesday, March 6, 2012

This Means War

Baru2 ni aku tengok muvi This Means War lakonan Reese Witherspoon, Chris Pine ngan Tom Hardy. Tapi honestly, aku kenal Reese Witherspoon je. 2 orang mamat ni aku tak kenal. Since masa aku nak tengok wayang, takde citer laen yang nampak menarik, maka This Means War menjadi pilihan.


[Giler muka Witherspoon nampak laen dalam poster ni]


Citer ni mengisahkan FRD (Pine) dan Tuck (Hardy) yang merupakan agen perisik aka spy untuk CIA. Antara spy yang power la dalam team diorang. So diorang ni banyak buat keje undercover bersama2. Kira nyer hubungan diorang ni akrab giler la. BFF kata bebudak zaman pasca millenium nih.

Nak dijadikan citer, bebudak spy 2 ekor ni jatuh cinta kat sorang awek ni. Lauren nama nyer. Since mamat2 ni syok pada awek yang sama, diorang kena berebut la. Berebut hati awek yang sorang ni. Disebabkan diorang ni spy, diorang menyalahgunakan gadget2 dan assistant2 kat dalam CIA tu untuk stalk si Lauren ni. In the end, sape dapat? Itu lu orang kena tengok sendiri la ek. Hehehe...




Citer ni memang terbaek la. Jalan citer dia langsung tak membosankan. Babak aksi, romantik, lawak sumer ada. Aku enjoy tengok citer ni. Even tunang aku pun cakap khusyuk sungguh aku menonton citer ni. Tapi humor dalam citer ni kelakar sungguh la. Berapa kali aku gelak ntah.

Aku rasa muvi ni dah lama tayang kot pawagam. Aku je baru nak tengok. Hahaha... Anyway, kalo korang tak tengok lagi, sila2 la merajinkan diri ke pawagam tengok citer ni. Kalo dah tak tayang dah disaat entri ini ditulis, apa lagi. Donload la muvi ni di sharing site Beli la DVD yang original.


Rating:



Monday, March 5, 2012

Aku Seketul Coklat

Hi. Nama aku err... err... Aku takde nama. Tapi aku tahu aku coklat jenama Miltons. Apa? Korang tak pernah dengar jenama Miltons? #foreveralone... Takpe la. Kalo tak tahu, skang dah tahu kan... There is always a first time for everything. Maafkan aku sebab melalut panjang. Kalo korang nak tahu, berceramah adalah specialty aku. Habes seluruh warga coklat dalam bekas ni aku dah ceramah. Ye. Diorang panggil aku penceramah Miltons. Mungkin pasni aku bole try bagi ceramah kat Paris Hilton lak. Hahaha...

Untuk pengetahuan korang, aku berbentuk bujur. Dan seperti manusia bergelar Melayu, kulit aku agak sawo matang. Ok. Aku tipu. Kulit aku warna coklat gelap. Aku tak pasti dalam kandungan aku adalah hazelnut atau pun kismis. Sebab aku coklat. Bukan tukang buat coklat. Kalo korang nak tahu, gigit la. Rasa sendiri. Yang aku tahu, aku sedap. Mana aku tahu? Dah kena brainwash ngan pengilang before kitorang kena jual kat pasaran.


[Aku sedap. Korang nak rasa?]


Kisah hidupku bermula daripada kilang. Aku tak pasti macam mana aku dihasilkan, tapi aku pasti di mana tempat aku dilahirkan. Mengikut bekas tempat aku bermastautin, tertulis nama kilang Quantum Supplies (M) Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor. Owh, rupa nyer Selangor negeri kelahiran aku. Tapi sedih. Aku tak tau tarikh lahir aku sebab takde lak tulis kat bekas tuh.

Nak dijadikan citer, aku bersama2 dengan rakan aku yang laen (bekas yang sama) ditempatkan di sebuah pasaraya (nama dan tempat pasaraya dirahsiakan untuk mengelak daripada menjadi pusat serbuan orang ramai selepas membaca entri ini). Aku tak pasti berapa lama aku berada di pasaraya tersebut sebab sebagai seketul coklat, aku takde jari untuk membilang hari2 yang berlalu. Dan sah2 aku tak reti mengira sebab tak pernah belajar matematik. Maklum la. Tak pernah sekolah.


 [Gambar hiasan je. Takde kena mengena ngan tempat aku dijual]


Setelah ntah berapa hari berapa minggu berapa bulan aku ditempatkan di pasaraya tersebut, pada suatu hari bekas tempat aku bermastautin dibelek oleh seorang awek cun-comey. Berumur dalam 20-an kalo mengikut pemerhatian aku. Tapi disebabkan aku adalah coklat dan seperti yang korang sedia maklum, coklat takde mata, so pemerhatian aku mungkin salah. Hahaha... Tapi gaya awek tu seolah2 berminat untuk membeli aku dan rakan2 aku.

Telahan aku menjadi kenyataan apabila awek tersebut mencapai bekas aku lalu berjalan ke arah kaunter pembayaran. "Harga sumer sekali adalah RM ***** cik", cakap cik adik kat kaunter pembayaran. Comel gak budak cashier tu. Tapi awek yang beli aku tu lagi comel.

Aku tak tau nama awek yang beli aku. Sebab aku tak bole bercakap untuk bertanyakan nama dia. Kalo aku bole bercakap, aku bukan coklat. Aku manusia. Aku juga tak bole membaca, mendengar begitu juga dengan bercerita. Ntah sape2 yang memandai menulis citer yang korang tengah baca ni pun aku tak tau. Aku stress kan lagi skali. Aku COKLAT. Bukan manusia. Arghhh... Stress aku...

Dalam on da way balik ke rumah awek tu, aku dah berangan2 diri aku bakal dimakan oleh awek yang cun-comey tu. Aku bayangkan diri aku bersentuhan ngan bibir nyer yang menggiurkan (NOTIS: Ini bukan entri lucah). Cair dalam mulut nyer. Mengalir daripada esofagus terus ke perut dan terus tercerna. Tapi sejuta kali sayang, bole pulak awek tu hadiahkan aku kat sorang mamat ni. Hampa aku... Angan2 ku musnah.


[Sempat lak mamat ni snap gambar rumah kitorang]


Berdasarkan pemerhatian aku, aku rasa mamat ni retarded. Apa kes masuk bilik je, terus meloncat2 sambil menyanyi;


Awek ku pulang dari kota,
Awek ku belikan cokelat,
Cokelat kecil warna coklat,
Bole ku telan sampai bolat...
Burp 7x (tanda kekenyangan yang amat sangat)


Siap amek gambar lagi. Come on la. Mamat ni nak makan ke nak jadikan kitorang ni perhiasan? Tapi belum sempat aku menjadi sawan sebab melihat perangai mamat yang hampir retarded ni, mamat ni buka bekas coklat. Satu2 rakan aku diambil dan dimasukkan ke dalam mulut nyer yang mak aihh, besaq sungguh. Mulut yang hanya menjadi besar time nak makan gamak nyer.

Lepas melihat satu demi satu kawan aku syahid di mulut mamat ni, akhir nyer tiba giliran aku lak. Aku terpaksa menutup hidung sebab tak tahan bau mulut mamat ni. Owh, aku lupa. Aku takde hidung untuk ditutup. And aku tak leh menafas. Hahaha... In the end, aku dikunyah2, digigit2 dan ditelan masuk terus ke perut mamat ni. Maka tamatlah riwayat aku sebagai seketul coklat.


p/s: rupa nyer isi aku adalah kacang hazelnut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...