Thursday, November 29, 2012

AinHaQis' Giveaway

Minggu ni aku agak busy gak. So nak menaip entri panjang2, memang tak sempat. Idea pun tak menjelma sebab otak dah fokus kat tempat laen. Kalo idea datang pun, cuma 2 benda je yang akan berlaku. Sama ada idea tu hilang lepas 5 minit atau pun aku perap idea tu dalam blog post.





Ari ni aku nak join satu GA. Tu pun rasa tertarik nak join lepas baca kat blog CP. Cara nak join pun simple je. Tak perlu buat entri pun. Nak tau camne nak join? Jangan tanya aku. Sila la klik kat banner di atas untuk informasi yang lebih lanjut. Hehehe... Terskema lak ayat.


Mangsa yang kena tag:


p/s: aku maen tag je ni. ada yang nak join tak?


Monday, November 26, 2012

2nd Anniversary Giveaway by SHxoxo



Actually ni first time aku masuk blog tuan empunya giveaway. So maybe tak bole kira sebagai follower la kan. Tapi tak salah kalo nak join kan. Jap2. Baru nak follow nih. Hehehe... Sebagai first timer ke blog beliau, kagum dengan loading blog dia. Laju. Ke internet aku yang laju? Template blog pun simple je. Tak serabut mata tengok. Haaaa... Saya dah kipas baek punya. Sila bagi saya menang. Tak, tak gurau. Saya serius. Sila bagi saya menang. Hehehe...

Kata2 hikmat aku. "The man who stop the time!!!"




Hahaha... Bukan2. Tu Running Man nyer kata2 hikmat. Kata2 hikmat aku untuk giveaway,


"Err tak yah kata2 hikmat bole tak?"


Bila tengok hadiah, banyak lak shawl. Tu yang berminat nak join. Mana la tau kot2 menang. Bole bagi kat wife. Kalo wife tak nak, aku pakai sendiri. Buat lilit kat tengkuk, macam retis Korea lelaki. Kih3... Tak pun lilit kat seluar, biar berjuntai2. Macam budak hip hop lak.

Ok. Aku dah mula melalut ni. Dalam giveaway tu, dia takde sruh melalut macam ni pun. Jadi, jangan segan silu kalo nak join. Klik kat banner atau klik kat SINI untuk tengok peraturan2 yang perlu dipatuhi. Tak patuh, anda kena patuk. Hehehe...


Sunday, November 25, 2012

Nasi Tak Sampai Lagi!!!

Sebenar nyer idea ni datang lepas cuti raya haji ari tuh. 1st hand experience. Biasa la kan. Cuti Aidiladha, sumer orang pun cuti. Tapi aku kena ni lebih kurang seminggu lepas tu kot. Restoran tempat aku tu makan lak, dah tau pekerja tak cukup, tapi gatal gak nak bukak kan. Jadi la macam ni...




In the end, nasik aku tak pernah sampai. Lepas sejam menunggu. Sebab malas dah nak tunggu, aku cabut. Masa nak bayar tu, aku perli2 sket tukang jaga kaunter tuh (tak tau la owner ke bukan). Naseb baek terus dia bagi percuma je air tuh. Tak yah bayar. Last2 aku terus gi makan mamak je. Tak yah tunggu2 order. Amek terus nasi. "Dey mamak, kasi ayam sama itu kobis. Kuah campuuurrrrr..."

Sebenar nyer aku pelik bila tauke kedai kira nak untung je. Kualiti servis tak jaga. Kalo dah tau tak cukup pekerja, tak yah la bukak kedai. Customer yang seksa. Tukang amek order sorang je. Orang yang nak makan ramai. Tukang amek order lak macam nak tak nak je amek order. Aku panggil 2-3 kali pun tak datang2. Nak aku tarik telinga, pastu sebut satu2 kat telinga anda? Begitu kah? Mahu kah? Kah kah kah??? Eh, apsal aku gelak.

Last2, customer lari. Customer regular? Pun lari (aku la tuh). Laen kali nak makan kedai ni, memang usha line dlu. Orang tak ramai, baru singgah. Kalo ramai, sorry der. Sat lagi ada yang tak amek order aku lak. Peringatan kat diri sendiri. Hehehe...


p/s: sedap tu sedap. tapi kalo macam ni la gaya nyer, memang fikir 48 kali nak datang.


Saturday, November 24, 2012

Word Verification

Aku rasa pun sumer blogger2 pun dah aware kan pasal word verification yang muncul masa nak komen entri. Ada blogger yang pakai, ada blogger yang pakai. Macam aku, aku tak pakai. Fungsi word verification ni untuk nak make sure orang yang komen tu sebenar2 nyer seorang manusia. Hantu, zombie apocalypse dan makhluk yang seangkatan dengan nyer tak dibenarkan untuk komen sama sekali. Tapi ada satu masalah nyer dengan penggunaan word verification nih untuk orang2 yang nak komen entri kita.




Masalah nyer bila word verification tu kuar tahap yang gaban susah. Bila tekan2 pun, alih2 salah. Aku pernah jumpa yang tahap verification dia bole tahan susah. Perkataan panjang. Nombor lak kecik. Salah sekali mungkin orang tak kisah la. Tapi kalo dah 2-3 kali salah, aku sure orang tak komen dah. Diorang terus tutup je blog tuh. Kan rugi satu komen yang membina mahupun komen tak berapa membina.

Tahap kesusahan word verification ni bole adjust ke? Aku tak pernah guna, so tak tahu. Kalo bole adjust, jangan la letak tahap kesusahan yang tinggi. Kalo bole, tak yah letak langsung la. Apa salah nyer kalo hantu ngan zombie pun nak komen blog korang. Makna nyer blog korang famous amos la tuh. Hehehe...


Friday, November 23, 2012

2 Days Break

Akhir nyer sampai gak hari Jumaat. Dapat relax2 sket. Minggu ni agak busy dengan hal2 keje sebab conference pun tinggal lagi 2-3 minggu lagi je nak conference. Sebab tu tak sempat berblogging sangat. Sempat baca blog je. Nak menaip? Memang tak dapat la sebab kepala otak dah penuh ngan hal keje.

Alhamdulillah, buku proceeding untuk conference hampir settle. Rabu lepas dah siap compile sumer dan hantar untuk publishing. Publish mockup buku dlu. Kalo mockup buku ok, baru bole publish, ye tak. Kang kalo terus publish sumer, tengok2 ada yang tak kena lak. Naya dan teraniaya je. Semalam pun still busy wat editing sebab ada je orang yang still register (last minute nyer register nih) ngan ada yang edit2 abstrak la. Minggu depan insyaAllah settle buku proceeding dan start busy wat benda laen lak.

Nak tengok bilik operasi kitorang?


[Masing2 khusyuk wat keje]


[Task sampai tak cukup 1 white board, pakai 2 terus]


Jumaat Sabtu ni nak rehat cukup2. Nak tdo banyak2. Bila datang keje ari Ahad nanti, at least ada cukup energy untuk wat keje tanpa stress. Hehehe... Malam semalam sempat baca blog kejap. Tu pun kepala otak dah tak bole fokus sangat. Blog Puteri Kasih ada buat bloglist untuk 2013 untuk sape2 yang nak join. Sebab aku dah tak bape nak fokus masa baca entri tuh, aku ingatkan semalam tarikh last. Rupa2 nyer ada lagi sebulan. Haishh... Apa pun, nak rehat banyak2. Ok bye.


p/s: jumaat sabtu ni nak try pulun taip entri sampai lebam.


Thursday, November 15, 2012

Silent Hill - Revelation

 

Another review coming up this week. Movie kali ni adalah Silent Hill Revelation. Sebenar nyer aku ingatkan movie ni pasal hantu. Rupa nyer tidak. Ni sekuel Silent Hill yang sebelum2 ni (tak tahu ada bape citer sebelum ni). Yang sebelum2 ni sumer aku tak pernah tengok. So memang tak tahu langsung citer ni pasal apa. Tapi aku tahu ada game nama Silent Hill. Yesza... Muvi ni is based on that game.

Mula2 citer ni start, macam nak seram. Masa tu ingatkan citer pasal hantu ke hape. Laaaa... Rupa nyer citer pasal kuasa jahat. Dah macam citer Resident Evil pun ada. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab watak2 makhluk dia dah macam karakter Resident Evil lak aku tengok.




Ini mungkin pendapat aku je sebab aku tak pernah maen game Silent Hill dan tak pernah tengok filem2 Silent Hill yang sebelum2 ni. Tapi jalan citer dia agak kurang menarik. Mungkin ada sesetengah part tu yang bole tahan la. Tapi secara overall, tak menarik minat aku sangat.

Lagi2 sebab diri rasa tertipu ingatkan citer ni citer hantu, tapi bukan. So mood aku waktu tengok citer ni mungkin dah kureng sket.




Monday, November 12, 2012

Durian Crepe

Durian Crepe atau Crepe Durian, ikut la mana satu yang korang sker nak sebut. Musim durian dah tiba. So ada satu jenis makanan yang tiba2 hangat diperkatakan. Durian Crepe. Aku masa dengar crepe2 nih, aku ingatkan makanan yang ala2 kerepek. Rangup bila dikunyah. Kruk kruk. Tapi bukan rupa nyer.




Terima kasih la kat wife aku sebab orderkan untuk suami dia makan. Kalo tak, sampai bila pun tak tahu yang Durian Crepe ni takde kena mengena dengan kerepek daripada segi rupa mahupun rasa. Hahaha... Durian Crepe ni order kat Kulim je. Senang citer. Tak yah cari jauh2. Order ngan Kulim Cupcake je. Kalo nak check-it-out FB dia, klik kat SINI. Sape2 yang duduk Kulim or yang berdekatan ngan Kulim, boleh la tengok2 blog dia. Dia bukan setakat wat Durian Crepe je. Kek cupcake sumer dia wat kalo tak silap.




Rasa Durian Crepe ni memang sedap tak hengat. Lagi2 aku ni jenis minat makan durian. Kopek sendiri je malas. Hehehe... Sedap memang sedap. Rasa macam nak makan lagi. Tapi nak makan banyak pun susah gak. Sebab bila sendawa, keluar bau durian. So kalo nak makan banyak, elakkan berada di tempat yang ramai orang. Nanti orang laen rasa tak selesa lak.


p/s: fenemone crepe melanda dunia blog. bukak blog ni, citer pasal durian crepe. blog yang tu pun citer pasal benda yang sama.


Sunday, November 11, 2012

Skyfall

My name is Bond. James Bond.

Owh, tu bukan nama aku. Tu nama watak utama dalam muvi kali nih.

Skyfall merupakan filem francais James Bond yang terbaru. Dan orang kata muvi Skyfall ni merupakan "skyfall" di kalangan filem2 James Bond yang laen. Makna nyer, memang sesuai lak nama tuh ngan tahap citer nih. Takpe, kita tunggu next movie lak. Bertambah ke "skyfall" francais James Bond nih.




Pasal apa citer nih diberi nama Skyfall? Yang aku paham, ada 3 la. Pertama, menunjukkan kareer James Bond yang merudum daripada seorang agen yang hebat kepada agen yang tak bape nak hebat. Semua bermula bila dia kena tembak oleh member sendiri semasa scene bergelut kat atas keretapi. Bila dia kembali bertugas, dia tak berada pada prestasi yang memuaskan.

Kedua, reputasi MI6 yang juga merudum bila bangunan diorang kena bom oleh seseorang yang mempunyai dendam terhadap M (heroin James Bond kali ni, hahaha...), ketua MI6. So kira nyer kerajaan London seolah2 macam dah kurang percaya akan kebolehan MI6 untuk menangani masalah terrorism.

Ketiga, of course, venue scene terakhir diadakan. Skyfall, tempat kelahiran James Bond dan merupakan tempat tersemadi nyer ibu bapa James Bond. Ironi tak? Hahaha... Well, tu je 3 maksud yang aku bole fikir? Kalo korang ada apa2 nak tambah, bole share kat ruang komen ye.




Jadi persoalan nyer, nape ramai yang orang cakap muvi Skyfall ni tak best? Umpama skyfall terhadap francais James Bond. Kenapa?

Personally, aku nak cakap yang citer ni tak best pun, tak gak. Bagi aku Skyfall ni ok la. Cuma maybe tak setanding muvi2 James Bond yang laen. Tapi takde la teruk sangat pun. Hampeh lagi citer Snow White and the Huntsman ngan Twilight Breaking Dawn. Nak tahu aku bagi bape point?




Monday, November 5, 2012

First GA by TirahZairi

Hari ni aku amek sket masa untuk join GA yang dibuat oleh salah sorang ahli GBS. Tirah Zairi nama budak nih. Sebab tarikh tutup pun 10 November nih, kalo aku tangguh2, confirm sampai ke sudah aku tak wat. Since ni si Tirah nyer first GA, ingat nak bagi support la sket kan. Lagi pun bukan susah mana pun GA dia nih. Kalo susah, memang aku tak masuk dah. Jenuh aku nak memikiorkan macam mana nak wat entri nanti.

Bila belek2 entri GA nih, aku terpaksa check diri sendiri dlu. Bila aku check2, aku scan2, sah...!!! Aku bukan retis. Tapi nak kata popular tu, mungkin sket2 la. Masa zaman universiti dlu. Keh3... Jadi dengan confirm nyer aku sesuai dengan tema slogan "Bukan.Retis.Fofular". Btol kan fofular tu popular? Masa aku baca perkataan ni, aku ingatkan nama kuih tadi.


[Tirah, ni banner ke bukan? Kalo bukan, hang anggap
aku promo muka hang je la]


Owh, lupa lak. Dia sruh aku tag orang untuk join. Hmmmm... Sape agak2 yang akan jadi mangsa tag aku nih? Hhhmmmm....


Mangsa-mangsa:



Sunday, November 4, 2012

Cuti-Cuti daripada Blogging




Mungkin itu kot term yang sesuai dengan apa yang berlaku kat aku skang nih. Lagi2 bila tambah ngan musim cuti, bertambah2 lah aku menyepi daripada aktiviti blogging nih. Bukan apa. Keje aku banyak. So of course la aku nak kena tumpu ngan keje aku dlu kan. Conference pun dah tinggal sebulan je lagi. Tak lama dah tuh.

Start je cuti Hari Raya Aidiladha hari tu, terus aku menyepi kejap. Cuti satu hal. Abes cuti, keje untuk conference tu nak kena buat. Ada keje yang kalo aku tak siap, orang laen pun usah harap nak siap. Tak leh nak susahkan orang laen kan. Esok lusa tulat, aku pun tak pasti sama ada aku still bole aktif berblogging sangat. Seminggu satu entri tu insyaAllah bole la lagi kot.

Tapi don't worry. Post entri tu mungkin jarang, tapi tiap2 ari aku baca je blog korang sebagai mukadimah sebelum aku start wat keje. Hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...