Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Friday, December 9, 2011

Twilight - Breaking Dawn I

Sebelum ni aku ada bagitau yang aku ada tengok 2 movie dalam post Puss in Boots kan. So satu aku dah review. Satu lagi belum. Yang belum tu citer Twilight Breaking Down part 1 la.

I'm not a fan of Twilight, apatah lagi nak jadi big fan kan. Kalo korang nak tahu, aku pernah tengok Twilight yang mula2 je. Pastu dah tak follow dah citer ni sebab aku rasa citer ni kurang ummphhh... Or maybe sebab memang aku tak minat. Hehehe... Jadi, nape aku bole tertengok movie Twilight - Breaking Dawn I ni? Well... Ada 3 sebenar nyer.


1. Takde benda laen dah nak buat masa tuh. Asyik berjalan2 je dalam shopping complex tu. Lenguh dah kaki tu. Tapi malas lagi nak balik. Alang2 dah ada kat situ, baek aku ajak tunang aku gi tengok wayang kan... Kan???

2. Masa tuh takde tayangan muvi yang best2. Puss in Boots aku dah tengok. Misteri Jalan Lama lak lambat sangat tayangan nyer. Malas aku nak tunggu. Buang masa.

3. Tunang aku paksa. Eh?? Awak paksa saya ke? Hehehe...




Breaking Dawn ni banyak berkisarkan tentang kehidupan Bella Swan dan Edward Cullen yang sedang diambang perkahwinan. Untuk yang tak pernah tengok citer Twilight ni (ada ke yang tak pernah tengok?), Bella ni manusia biasa manakala Edward ni vampire. Tapi vampire yang jenis tak serang orang atau hisap darah manusia hidup.

Diorang bercinta (ni sejak Twilight 1st lagi) dan dalam episod Breaking Dawn ni, diorang bakal berkahwin. Dan bla bla bla, diorang berkahwin. Aku rasa part diorang kahwin ni, tunang aku sker sangat. Melting kata nyer. Siap wat review lagi pasal babak perkahwinan diorang. Korang bole baca kat SINI.

Klimaks citer ni adalah saat Bella mengandungkan anak Edward lepas diorang ehem ehem masa honeymoon. Mengandungkan anak vampire boleh membahayakan nyawa Bella. Tapi sebab Bella yang nak, Edward tak bole nak kata apa la. Tapi pada masa yang sama, anak diorang yang bakal dilahirkan turut mengancam puak Serigala Jadian dan juga seluruh penduduk Forks. Pertelingkahan pun timbul... Ending dia?

Ntah. Korang tengok la sendiri. Hehehe...




Aku rasa untuk aku ulaskan muvi ni, aku kena bahagikan citer ni kepada 2. Sejam pertama dan sejam yang kedua. Sebab pe? Sebab ada beza daripada segi prestasi jalan citer.

Sejam pertama bagi aku, adalah membosankan. Sebab pe? Sebab jalan citer dia slow. Aku tak tau la jalan citer dia ni memang slow ke hape. Tapi bagi aku, memang slow. Pastu, selang 5 atau 10 minit, ada babak cium. Sket2 cium. Sket2 cium. Nak je aku cium tunang aku kat sebelah, konon2 tiru adegan citer nih.


[Ini...]


[Dan ini...Eh, ni Breaking Dawn ke? Ahh... Gasak laa...]


[Ini bukan babak cium ye. Hehehe...]


[Scene atas katil masa diorang honeymoon]


Naseb baek babak atas katil kena potong. Kalo tak, aku rasa dah jadi citer porn lak Breaking Dawn nih. Berbalik kepada review. Sejam pertama ni memang agak bosan. Lagi2 untuk orang seperti aku yang tak follow citer nih.

Sejam yang kedua adalah lebih menarik daripada sejam pertama. Tu pun dengan kemunculan babak pertelingkahan Jacob Black ngan puak serigala jadian nyer tuh. Kira nyer sejam yang kedua ni penyelamat muvi ni la bagi aku. Kalo tak, mungkin aku dah sedap tdo dalam panggung tuh.




Sebelum aku tamatkan entri aku untuk kali ini, biar la aku list down beberapa sebab korang patut dan tak patut tengok muvi nih.


Korang patut tengok Twilight - Breaking Dawn I ni kalo:

1. Korang pengikut setia siri Twilight. Tak pun korang berminat nak tengok.

2. Korang sker tengok citer romantik.

3. Korang minat citer jejaka jambu jadi sorang vampire baek yang jatuh citer ngan seorang awek yang kurang daripada segi ekspresi muka.

4. Korang minat ngan watak Edward Cullen dan Bella Swan. (Seriously?)

5. Korang minat sangat ngan watak Edward Cullen sampai korang tak kesah pun korang tak sker watak Bella Swan. Malahan, korang tak hirau pun watak tu wujud ke tak.

6. Korang minat Edward Cullen.

7. Korang minat Edward Cullen.

8. Korang minat Edward Cullen. Ahh... Malas dah aku nak copy+paste panjang2.


 [Korang minat sangat ke kat aku? Hihihi...]


Korang tak patut tengok Twilight - Breaking Dawn I ni kalo:

1. Korang tak minat Twilight. In fact, korang tak bagi port pun pasal citer nih.

2. Korang tak minat citer romantik. Tengok citer porn lagi best...

3. Korang anti citer yang slow tempo. Citer yang slow bole membuatkan korang mengantuk.

4. Korang tak minat ngan Edward Cullen dan Bella Swan.

5. Bukan tak minat Bella Swan sebenar nyer. Korang nyampah tengok Kirsten Stewart sebenar nyer kan... Hehehe...




Rating:




5 so full of themselves :

sabree hussin said...

part ada gaduh je baru best.. part honeymoon ... why la lama sangat dia nak tunjuk part tu

Alieza Dayasari said...

tak tgk lagi.. ingat nak tgk mlm ni....
ermmm.. semua poster twilight saya simpan sih.. tak lah minat giler.. suka jer....
singgah di sini....

cik zaza said...

tak best part 1.rasanya boleh je kalau buat straight takde part2 ni..baca buku dia lg best..

fazrulnoor said...

X layan la

aswadz said...

@sabree: ntah ler. director dia sker kot.

@alieza: simpan sumer poster. makna nyer minat giler la tuh...

@zaza: saya dua2 x minat. ngahaha...

@fazrulnoor: xde la layan sgt...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...