Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Saturday, December 31, 2011

Nama Anak = Nama Jin, Apa Implikasinya?

Aku mendapat idea nak tulis pasal nama ni hasil daripada perbincangan dalam kereta ketika pulang daripada makan tengah hari. Tu pun dah lama giler kot. Macam biasa la. Sebab malas nyer pasal, baru skang baru aku nak tulis. Even kat Facebook pun orang dah citer2 pasal ni.

Member aku ni dia citer pasal dia tengok/ dengar orang cakap pasal implikasi menamakan anak kita dengan nama yang hampir sama dengan nama jin. Antara contoh2 nama tersebut adalah seperti Syafiqah, Balqis, Zaquan, Qistina dan Najwa. Menerusi apa yang aku faham menerusi pembacaan aku, memberikan nama anak dengan nama yang sama atau hampir sama dengan nama jin memudahkan seseorang itu terkena sampuk atau penyakit misteri.




Let say nama anak korang Balqis. Korang panggil nama anak korang dan pada masa tu anak korang tak dengar korang panggil dia. Kebetulan ada jin yang nama nyer Balqis gak. Dia lak yang tolong sahut korang nyer panggilan. Or lebih kurang gitu la. Aku pun paham lebih kurang je ni. Hahaha...

Ada juga yang mengatakan bahawa nama mempengaruhi kesihatan kita. Konon nyer ada kajian yang dibuat mengatakan orang yang menghidap penyakit yang sama mempunyai nama yang hampir serupa. Begitu juga dengan penyakit misteri, mengikut kata bomoh yang pernah merawat pesakit yang mengalami penyakit misteri.




"Ate teman nengok nama deme lebih kurang sama je. Teman pun kadang2 pikior jugok. Ate bior benor," kata bomoh yang ditemuramah itu. Okay, conversation ni tipu je. Aku yang reka sendiri. Hak3...

Tetapi... Kita jangan cepat sangat percaya. Even aku menulis entri ni pun, aku kaji gak sumber2 yang laen. Kali ni aku amek sumber daripada Ustaz Zaharuddin lak. Korang baca sendiri la apa yang dia komen.






Jadi, kesimpulan nyer nama tidak ada kena mengena dengan penyakit misteri, sampuk atau penyakit2 yang laen. Tu sumer kehendak Allah SWT. Kalo dia nak sesuatu itu berlaku, maka berlaku la ia. Tapi korang digalakkan meletakkan nama yang baek2 kat anak korang la. Jangan maen taruk lak. Sebab harus diingatkan, nama anak korang tu ibarat doa sebab korang akan panggil nama anak korang tiap2 hari.


p/s: tapi trend zaman sekarang, nama anak sampai 4-5 perkataan. nama Ahmad Zafri Ismail Roslan Jasmani. last2 panggil Zafri. tak pun Is je. hahaha...


Sumber:
Anamarza Blog (gambar)


3 so full of themselves :

a said...

wah bagus juga awak letak post ni. orang yang kurang ilmu pengetahuan tentang ugama islam sekarang da tkde alasan nak namakan anak nya sembarangan... hi, lisa dari singapura! :) http://www.facebook.com/pages/Lisa-Ashburn/179696365459609

CekbOlat-bOlat said...

wahh.. baru taw laa..

aswadz said...

@lisa: terima kasih sbbb memuji.

@cekbolat: harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...