Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Sunday, December 11, 2011

Langsuir ada kat Kulim?!!!

Whattt???!!! Kat Kulim ada langsuir ke?!!! Biar betul kan kat Kulim ni ada hantu. Tapi itu lah yang ditulis dalam Sinar Harian bertarikh 10 Disember iaitu semalam. Aku pun baru dapat tahu tadi, lepas member kecoh dalam ofis aku bagitau ada langsuir. Korang bole baca kat SINI.


[Aku print screen je. Hehehe...]


Sebenar nyer aku nak share gambar2 gerhana bulan semalam. Tapi takpe la. Tu esok2 je la aku share. Pasal aku tau, korang dari kecik sampai ke besar dok tengok gambar gerhana bulan. Dah bukan something new dah bagi korang.

Mengikut berita yang aku baca nih, tempat langsuir bertenggek ni adalah kat area2 Taman Kulim Perdana. Aku tahu Taman Kulim Perdana ni kat mana. Tapi tak pernah tahu pun apa2 citer yang menakutkan pasal kawasan tu. Ke benda ni baru jadik?

Dikatakan langsuir ni bertenggek atas palung air di selekoh masuk ke taman perumahan tersebut. Cam creepy je bunyi nyer. Mesti takut orang kawasan tu nak keluar rumah malam2. Horror... Horror... Naseb baek takde geng tournumnet yang duduk kat kawasan tuh. Kalo tak, confirm tak nak join aktiviti maen bowling dah pasni.


[Palung air tempat orang nampak langsuir bertenggek]


Walaupun aku tahu Taman Kulim Perdana tu kat mana, tapi aku tak pernah amek port pun pasal kedudukan palung air ni kat mana. Kalo aku lalu kawasan tu dan kalo aku rajin, mungkin aku akan snap satu gambar untuk dimuatkan dalam blog ni. Tapi jangan mengharap sangat la ye. Aku ni jenis malas meninjau2 nih. Hehehe...

Anyway, aku still rasa manusia "hantu" lebih menakutkan daripada hantu sebenar. Sebab diorang boleh mengancam keselamatan diri.


3 so full of themselves :

vanilla said...

hantu pecah rmh kan kan kan

aienzunnur said...

owh..takutnya..

hihi

aswadz said...

x tau la ada hantu ke x. xde bukti pun. org ckp2 je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...