Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Tuesday, December 6, 2011

Puss in Boots

Minggu lepas aku bercuti panjang. Seminggu. Bila dah bercuti lama ni, confirm ar gi berjalan kan. Apa barang duduk rumah layan movie sorang2 sambil ditemani bantal yang dipeluk rapat ke dada. Apa barang beb... So aku sebagai lelaki sejati telah pergi berjalan2 ngan tunang aku sambil membawa misi berat bersama2 kami.

Hala tuju kami? Macam2 tempat la. Malas lak aku  nak citer kat korang. Nak dating pun kena bagitau korang ke? Pfffttt... Okay2. Aku dah mula pening ngan ayat2 yang aku pakai nih. Back to normal.

Minggu lepas aku telah menonton filem 3D yang ke-3 berturut2. Sebelum ni aku tengok The Adventures of Tin Tin ngan Happy Feet 2. Kali ni aku tengok citer Puss in Boots. Actually minggu lepas aku tengok 2 muvi, tapi bagi ar aku citer satu2 dlu. Tak larat wooo nak citer sumer skali gus.




Korang pernah tengok citer Shrek kan. Jadi korang mesti perasan sedara Puss in Boots ni. Plot muvi ni konon nyer mengambil tempat sebelum dia terlibat ngan Shrek dan Donkey. Citer ni mengisahkan Puss in Boots yang mengembara untuk mencari magic beans, yang dipunyai oleh pasangan penjenayah Jack and Jill (iye, nama diorang Jack n Jill).




Pengembaraan tersebut akhir nyer membawa penemuan dia dengan Kitty Softpaw, yang juga mempunyai niat yang sama, iaitu mencuri magic beans tersebut. Kira nyer Kitty Softpaw ni rival gak ar. Rival perempuan, yang di mana lambat laun Puss in Boots ni jatuh hati kat Kitty Softpaw. Pertemuan ngan Kitty Softpaw membawa kepada penemuan nemesis kepada Puss in Boots, iaitu Humpty Dumpty.

Macam mana agak2 pengembaraan diorang berakhir? Berjaya ke tidak Puss in Boots ni curi magic beans? Tu sumer korang kena tengok sendiri la ek. Tak syok ar kalo korang dah tahu...




Komen aku? Aku rasa citer ni best. Bukan sebab jalan citer dia. Jalan citer dia biasa2 je. Tapi gaya penyampaian citer dia menghiburkan. Ngan kelakar nyer, animasi nyer. Memang best ar. Aku rasa kalo korang gi tengok, mesti korang pun akan terhibur gak.


Rating:




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...