Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Saturday, September 29, 2012

Resident Evil - Retribution

Walaupun aku tak dapat nak pegi tengok Resident Evil - Retribution kat The Curve secara free sebab dapat jemputan daripada Nuffnang, tapi aku tetap dapat tengok movie ni ari tuh. Tu pun lepas member aku ajak aku tengok. Maklum la. Asal nyer nak ajak karaoke. Tapi tak cukup korum lak. Last2 tengok movie je la...

Aku tak follow sangat franchise movie Resident Evil ni. Tapi sekuel sebelum Retribution ni aku ada la tengok. Bila member ajak tengok, aku memang on la. Ajak wife aku, awal2 dia reject nak tengok citer nih.




Dalam sekuel kali ni, Alice berusaha melarikan diri daripada pusat kawalan Umbrella Corporation selepas dia ditangkap dalam sekuel yang sebelum ni. Pada masa yang sama, dia bertemu semula dengan Jack & Jill Valentine yang suatu ketika dlu pernah turut berjuang dalam menentang zombie. Tapi kali ni, Jill Valentine berada di pihak Umbrella Corporation.

Dengan bantuan Ada Wong dan sekumpulan pasukan penyelamat, Alice cuba untuk meloloskan diri daripada pusat kawalan Umbrella tersebut. Tapi persoalan nyer, berjaya ke tak? Sila saksikan sendiri ending dia di pawagam yang berdekatan dengan anda. Chewahhh...




Hhhmmmm... Aku tengah fikir macam mana nak describe citer ni secara keseluruhan. Sebenar nyer, bila aku tengok citer ni, aku terhibur. Tapi tapi... Macam ada something yang missing. Daripada segi aksi ketika, tak kira la masa lawan zombie ke, masa lawan ahli Umbrella ke, bab yang tu memang terbaekk...

Tapi aku rasa jalan citer dia agak kureng laaa... Pastu for some reason, aku rasa macam citer ni kurang umphhh berbanding yang sebelum2 nih. Ntah la. Ke perasan aku je... Komen korang macam mana?




2 so full of themselves :

Redlomo said...

check out this http://www.nufftag.com/?id=redlomo

aswadz said...

dah checkitdout dah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...