Aku rasa citer Korea yang aku nak share kali ni mesti ramai yang dah tengok. Sebab kalo tak silap aku, citer ni dah 2 kali tayang kat TV. Cuma channel dan waktu tayangan je berbeza. Tapi dua2 pun aku tak dapat tengok. Or mungkin aku malas nak tengok sebab suara dah dub dalam bahasa mandarin. Aku memang tak minat citer2 dub mandarin nih. Melainkan citer tu memang citer bahasa mandarin.
Tajuk k-drama kali ni adalah Shining Inheritance atau nama laen nyer, Brilliant Legacy. Aku tak tau kenapa nama citer ni ada 2 nama untuk versi omputih tapi yang aku tau citer ni best. Sebenar nyer citer ni patut nyer dah lama aku review. Daripada sebelum raya ari tuh lagi aku dah khatam citer nih. Maklum la, waktu berbuka puasa confirm layan citer nih sambil makan. Hahaha...
Citer ni mengisahkan Go Eun Sung (lakonan Han Hyo Joo) yang baru balik daripada oversea untuk berjumpa dengan keluarga nyer tetapi terpaksa berhadapan dengan kematian bapa nyer akibat daripada kebakaran. Dan pada masa yang sama, syarikat bapa nyer mengalami kerugian dan jatuh bankrap mengakibatkan dia dan keluarga nyer terpaksa berpindah daripada rumah mereka yang sedia ada.
Konflik awek bernama Go Eun Sung ni bukan setakat tu je beb. Dah la bapa dia mati. Pastu kena halau ngan mak tiri dia. Terpaksa la dia hidup miskin dan mula mencari kerja laen di samping menjaga adik dia yang ada penyakit austin 3:16 autistik. Bertemu lak ngan mamat bernama Sun Woo Hwan (lakonan Lee Seung Ki) yang berperangai agak celaka masa tuh, memang menyerabutkan kepala otak Eun Sung.
Bla bla bla aku letih nak cakap banyak wigu wigu wigu, akhir nyer Eun Sung dengan tak sengaja berkenalan dengan sorang nenek tua yang bernama Jang Sook Ja. Nenek yang bukan calang2 nenek (sebab dia president satu syarikat memproses makanan), telah menamakan Eun Sung sebagai pewaris syarikat dia.
So, sebab apa nenek tu tiba2 nama kan Eun Sung sebagai pewaris. Tapi kenapa? Sedangkan dia ada cucu macam Sun Woo Hwan untuk diwariskan. Dah tu, bagaimana lak hubungan Woo Hwan ngan Eun Sung lepas tuh? Confirm hubungan diorang caci-maki-saja-diri lepas tuh kan, especially Woo Hwan yang tiba2 dipinggirkan daripada mewarisi harta nenek dia. Eh, jap2. Macam mana lak ngan mak tiri Eun Sung tuh? Ahhh... Korang tengok je la sendiri. Banyak sangat nak citer, 12 malam pun tak abes kalo macam nih.
Aku sebenar nyer tengok citer ni sebab awek dia comel je. Hahaha... Naseb baek citer pun best, walaupun kadang2 tension gak sebab mak tiri Eun Sung ni serius jahat giler. Kadang2 nak bagi penyepak pun ada. Naseb baek lakonan je semata2.
Jalan citer dia pun menarik. Lagi2 bab komplot jahat mak tiri dia. Ada je akal dan fikiran dia tak nak bagi Eun Sung menang. Tapi jangan risau la. Tema orang baik slalu menang ditonjolkan dalam citer ni. Hehehe...
7 comments:
Tak pernah tgk lagi cerita ni,
lgi la ketinggalan xD
Aku penah tgk 2,3 kali citer ni. Tapi aku ni jenis kalo tak leh tengok secara konsisten, aku mmg malas nak tgk. Sbb selalu lupa time disiarkan. Tapi kalo dpt tgk secara marathon aku suka kot.
crite nih best ! tp ta pernah tgk sampai habis. serius -.- tp kdg2 tuh kesian gak dgn Lee Seung Gi dlm crite nih. tp ape2 pun, mmg setuju gila dgn decision nenek dia. Lagipun heroin dia baik. Heroin dia yg tolong nenek tuh sewaktu nenek tuh menyamar jadik org miskin ~
not bad!
hint hint nak cari
AMBOI .. TGOK CITE NI BERSEBAB ERK ? HIKHIK
cer share link download hehe..
@everything: hehehe... xpe2. pasni bole start tgk.
@lydsunshine: kalo nak tgk marathon, kena download ar tgk kat laptop.
@amy: citer ni mmg best. hehehe...
@bukan kosong: hint? link donload ke?
@dedeq: lbh kurang la. hehehe...
@amran: aku pun amek kat org je citer nih.
Post a Comment