Berbalik kepada kisah aku pergi Cameron Highlands hari tuh yang dah lama tertunggak, hari ni aku membuat mukadimah dengan up entri tentang dekat mana aku tinggal kat sana. Murah. Dekat dengan kawasan bandar. Bole dikatakan tengah2 antara Tanah Rata dengan Brinchang. So korang nak pergi kedua2 tempat ni, tak la jauh sangat.
Ros Chalet ni terletak kat Taman Sedia, Tanah Rata. Kalo korang daripada Brinchang nak ke Tanah Rata, confirm korang akan nampak signboard Taman Sedia besar2. Tak pun korang cari je signboard Hotel Iris. Tempat masuk dia sama je. Apa yang best kat Ros Chalet ni, Strawberry Farm depan chalet je. Rasa2 malas nak pergi jauh2, sila menapak sendiri menyeberangi jalan yang confirm, tak banyak kereta lalu lalang (sape yang pernah pergi mesti faham apa aku cakap).
Dah2. Mari kita terjah lak interior design chalet nih. Sebenar nyer dekat Ros Chalet ni ada banyak bilik. Bilik single, double. Bilik yang ada banyak bilik aka rumah pun diorang ada. So kalo korang nak bawak satu family, bole la datang menginap kat sini.
[Kolam ikan pun ada]
Actually aku nak tangkap gambar dalam bilik. Tapi sampai2 je terus landing atas katil, memang tak snap dah la gambar bilik. Sebab dah berselerak kan. Nak mengemas nyer malas. Hahaha... Bilik dia ok la bagi aku. Cuma takde aircond atau kipas. So kalo agak2 korang datang time musim kemarau, sila bawa kipas sendiri. Tak pun bila rasa panas, sila jirus badan ngan air sebab air confirm sejuk... Sejuk tahap bole menggelupur.
Ros Chalet ni bukan takat ada bilik yang ada banyak bilik untuk keluarga yang ramai. Tapi diorang pun ada tempat untuk buat barbeque. Kot2 la korang malas nak kuar makan malam sebab nak makan malam kat sini pun satu hal. Kalo bawak ramai ahli keluarga, lagi leceh. Jadi kalo malas, barbeque la korang kat belakang chalet. Siap ada sungai lagi.
[Nampak sungai? Oooo... Nampak aku je ye]
[Tempat barbeque]
Harga pulak, kalo bilik yang ada 1 queen bed yang macam aku duduk tuh, harga dalam RM 80. Harga yang laen tu aku tak tau la pulak. Tapi kalo korang rasa berminat, korang bole call 05-4912787 untuk bertanya khabar atau nak buat tempahan.