Friday, February 28, 2014

Bunga Lantern

Dah lama tertangguh entri ni, sebab tak berkesempatan menaip ditambah lak kekangan masa untuk berblogging. Hari ni aku nak sambung entri hari tuh, korang boleh baca kat SINI. Sumer pun tak tahu rupa nyer bunga ni bunga apa. Teruk la korang ni macam aku. Ada yang jawab bunga kertas. Ada juga yang jawab macam daun. Nak tau jawapan sebenar nyer?


bunga lantern


Jawapan yang sebenar nyer adalah bunga lantern... Hanya sorang je yang jawab ngan btol, walaupun secara teknikal nyer itu bukan jawapan. Saudari Aien menjawab "bunga merah di tepi tangga". So korang judge sendiri la jawapan ni btol ke tak. Hehehe...

Sebenar nyer aku pun tak tau nama bunga ni until aku jumpa sendiri. In fact, aku tak tau pun bunga ni wujud. Hahaha... Aku rasa jarang kot nak jumpa bunga ni kat tempat laen. Sebab tu tak ramai yang tahu. Gambar ni pun aku amek masa aku singgah kat Rose Valley tahun lepas.


bunga lantern
 [Siap ada tanda nama lagi kat pokok dia]


Since nama dia bunga lantern aka tanglung, dah tentu bentuk dia seperti tanglung kan. Now we know asal tanglung tu daripada mana. Hehehe... Sebijik sama bentuk dia ngan tanglung yang orang Cina gantung kat umah diorang, especially time Tahun Baru Cina.


Monday, February 24, 2014

GA Rexylla Tinggal 5 Hari Lagi

Sejak dua menjak ni, aktiviti blogging aku agak terumbang-ambing atas dasar keje. Baru2 ni aku gi outstation di Kuala Lumpur, jaga booth exhibition di PWTC. Sape2 yang join atau pergi exhibition tuh, mungkin korang tau exhibition apa yang aku maksudkan.


rexylla, giveaway, rexylla FB page launching giveaway


Sementara aku amek masa untuk get everything straight untuk berblogging, aku just nak umumkan yang GA daripada Rexylla nih dah nak sampai ke penghujung nyer. Tinggal 5 hari je lagi sebelum tarikh tutup iaitu 1 Mac 2014. Untuk senarai peserta, korang boleh klik SINI. Kalo nak tengok hadiah lak, boleh klik kat SINI.

Tunggu apa lagi. Jom join GA ni... Klik banner atau klik kat SINI.


Saturday, February 15, 2014

New Item di Rexylla - Maxi Dress & Blouse

Agak lama juga aku abaikan blog nih atas sebab keje dan juga hal2 peribadi. Hari ni baru sempat nak update. Aku sebenar nyer nak update daripada semalam lagi. Tapi tak sempat sebab baru balik daripada Perlis atas urusan peribadi. Hari ni pun nak update sebab nak amek kesempatan untuk promote Rexylla. Jawapan kepada entri INI, next time aku up ye. Hehehe...


rexylla, blogshop


Untuk pengetahuan korang, Rexylla dah bawak masuk dress baru. Maxi dress dan juga blouse. Korang boleh check-it-out aka chekidout gambar2 kat bawah nih. Kalo korang nak tahu lebih lanjut (harga, size, etc.), korang boleh klik je gambar tersebut. Jika berminat, korang boleh PM Rexylla kat SINI. Korang boleh juga visit page Rexylla dan klik like kalo nak dapatkan info terkini tentang Rexylla.


Maxi Dress


rexylla, maxi dress, plain


rexylla, maxi dress, colour block


rexylla, maxi dress, printed


Blouse


rexylla, blouse, basic


rexylla, blouse, scallop


rexylla, blouse, lace, button


Monday, February 3, 2014

Sunday, February 2, 2014

3D Trick Art Museum

Hari tuh lepas balik daripada Johor, aku singgah Shah Alam. Ada hal nak kena settle kat KL. Jadi singgah kat Shah Alam sebab dah book hotel kat situ. Aku kalo ada hal kat KL, aku prefer tdo kat Shah Alam. Rasa macam best je lepak kat Shah Alam. Tak tahu sebab apa aku rasa macam tuh.

Berbalik ke topik. Alang2 dah ada kat Shah Alam, wife aku ajak aku gi I-City, nak masuk 3D Trick Art Museum. Murah je fee dia. RM 10 sorang. Tapi 3D art dia kat dalam tuh, mungkin tak banyak sangat. Jadi kalo korang nak manfaatkan RM 10 tuh, korang amek la gambar kat sumer bahagian, instead of korang jalan2 takde tujuan. Kalo korang berjalan je, nescaya tak sampai 10 minit korang dah keluar dah.

Nak tengok apa yang menarik kat dalam?


trick art museum, i-city, shah alam
[Nak naek tangga ke tingkat atas?]


trick art museum, i-city, shah alam
[Nak buat gaya tertolak, tapi nampak macam aku lak tolak]


trick art museum, i-city, shah alam
[Jom follow ekspedisi aku menjelajah ke dunia piramid]


trick art museum, i-city, shah alam
[Gaya hantu cermin yang tak menjadi. Hahaha...]


trick art museum, i-city, shah alam
[Kalo ada hati nak jadi matador, boleh datang kat sini amek feel dlu]


trick art museum, i-city, shah alam
[Ingat tak berat ke sampan nih. Nampak tak kerutan kat muka aku tuh?]


trick art museum, i-city, shah alam
[Tengok gambar pun dah gayat, apatah lagi kalo mendaki]


trick art museum, i-city, shah alam
[Tak sempat menyorok, so kena denda]


trick art museum, i-city, shah alam
[Kalau aku kaya...?]


trick art museum, i-city, shah alam
[Walaupun terdampar di lautan, tab di tangan takkan ku lupakan...]


trick art museum, i-city, shah alam
[New nemesis, buku bertemu ruas]


Ada banyak lagi sebenar nyer. Tapi kalo aku letak satu per satu, jadi berjela la pulak entri ni. So yang laen2, aku compile kan dalam dua gambar kat bawah nih.


trick art museum, i-city, shah alam


trick art museum, i-city, shah alam


trick art museum, i-city, shah alam
[K, aku balik dlu. Hehehe...]


--TAMAT--


Saturday, February 1, 2014

Korean Drama - I Hear Your Voice

Agak lama jugak aku tak layan k-drama rupa nyer. Last aku tengok bulan Mei ari tuh, citer Flower Boy Ramyun Shop. Lagi pun time tuh takde stok citer dah pun. So memang tak tengok la kan. Hehehe... Baru2 ni aku baru abes tengok citer I Hear Your Voice. Tak pasti sama ada citer ni dah tayang kat TV ke blom. Yang pasti aku tengok kat laptop je. Hehehe...


i hear your voice, k-drama, review


I Hear Your Voice ni mengisahkan Park Soo Ha yang mempunyai kelebihan mendengar suara hati orang sekeliling dengan memandang mata orang tersebut. Dia mempunyai "intertwine fate" (aku tak reti nak explain dalam bahasa melayu) dengan Jang Hye Sung, seorang peguambela.

Time tuh Soo Ha kecik lagi (tapi dah boleh dengar suara hati orang) dan Hye Sung ni tampil sebagai saksi dalam kes pembunuhan bapak dia. Disebabkan itu, pembunuh tersebut berjanji nak balas dendam. Soo Ha ni dah janji ngan Hye Sung yang dia akan protect Hye Sung bila dah besar nanti. Nak tahu kesudahan nyer, kena tengok sendiri la. Hehehe... Nak tengok best ke tak, layan trailer ni dlu.




Aku rasa citer ni best untuk korang layan sebab dia more kepada citer pasal law. Citer pasal peguam dan mahkamah. So kadang2 bila tengok citer macam ni, macam best pun ada. Takde la tertumpu pada percintaan semata2 kan. Pada aku, jalan citer dia menarik. Aku sker time babak dalam mahkamah, tengok macam mana peguambela ngan pendakwa raya handle case. Agak menarik di situ.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...