Thursday, December 31, 2015

3 Wishes Gabung Sekali

maulidur rasul
[Salam Maulidur Rasul]


merry christmas, christmas
[Selamat menyambut Hari Krismas bagi yang menyambutnya]


tahun baru, happy new year, new year, 2016
[Selamat menyambut kedatangan 2016]


Lawak cliche hari ni, "Aku jumpa hang tahun depan".
Confirm mesti ada antara korang yang buat. Hahaha... Short entri je ni. Azam korang tahun ni dah tercapai? Azam tahun depan dah fikir belum? Azam aku? Azam aku tahun depan adalah untuk buat satu entri blog yang lagi panjang dari entri ni. Bahahaha...


p/s: azam betul tahun depan baru fikir.


Saturday, November 7, 2015

Melting Point Rendah

melting point, mudah cair, polimer


Ada sorang member aku ni, mudah cair bila tengok awek cantik atau comel.

Melting point rendah.

Dia polimer barangkali.


p/s: dia single and available, tapi ada high possibility untuk berpoligami.


Saturday, October 31, 2015

Kerang Masak Tempoyak?

kerang bakar, kerang rebus


Pernah terjadi situasi yang macam ni masa makan malam;

Member: Kerang, kerang masak apa yang ada ye?

Waitress: Kerang bakaq dan kerang rebuih (rebus).

Member: Owh, ada ek kerang masak tempoyak...

Waitress: Rebuih bang, rebuih...


p/s: celah mana rebuih jadi tempoyak pun aku tak tau...


Friday, October 30, 2015

Sejarah Kota Lukut

Ingat lagi entri yang INI? Ye, dah sebulan nyer entri baru aku nak sambung citer. Hahaha... Takpe. Kali ni meh aku citer sket pasal sejarah Kota Lukut dan share beberapa gambar yang aku amek kat beberapa blog yang aku jadikan sebagai rujukan. Sebab apa? Sebab gambar yang aku ambil hari tu tak mengujakan dan tak menggambarkan langsung Kota Lukut.


kota lukut, pintu masuk, entrance
[Pintu masuk ke Kota Lukut]


Kalau korang tak baca entri aku yang lepas, meh aku terang lagi sekali. Ini pintu masuk ke Kota Lukut. Tapi itu dulu. Untuk pengunjung2 macam kita ni, kita naik tangga yang tinggi tu dan muncul di opposite daripada entrance ni. So kalau korang naik tangga tu, korang cuma perlu jalan straight je untuk sampai ke sini. Tapi kalau guna jalan belakang (which aku tak tahu), korang akan sampai sini dlu.


Sejarah Awal Lukut

Berbalik kepada sejarah Kota Lukut, Raja Busu datang ke Lukut pada tahun 1824 dan menguasai perusahaan perlombongan di kawasan itu. Masa ni belum ada kota lagi tapi bukit ini mungkin pernah didiami oleh Raja Busu. Raja Busu merupakan anak kepada Sultan Muhammad yang memerintah Selangor pada ketika itu. Beliau menggalakkan pelombong Cina dari Melaka untuk melakukan aktiviti melombong bijih timah di kawasan tersebut. Tetapi keputusan beliau untuk meningkatkan cukai sebanyak 10% kepada timah yang diekstrak dan dieksport keluar daripada Lukut menyebabkan kemarahan pelombong Cina.

Keenganan Raja Busu untuk mengikut kehendak pelombong Cina tersebut menyebabkan istana nyer dibakar manakala Raja Busu sekeluarga dibunuh. Beratus2 orang Melayu yang tinggal berdekatan turut dirompak dan dibunuh. Cerita selanjutnya korang boleh baca kat SINI.


Kota Lukut dan Raja Juma'at

Raja Juma'at, menantu kepada Sultan Muhammad Shah (sultan Selangor ke-3) yang membina semula kubu pertahanan dan mendirikan sebuah kota berbentuk empat segi  yang berkeluasan 200 x 170 meter dibina daripada batu laterik merah. Kota Lukut dikelilingi parit yang mempunyai kelebaran dan kedalaman sebanyak 8 meter.


kota lukut, parit
[Parit yang mengelilingi Kota Lukut]


kota lukut, padang sepak raga
[Tanah lapang yang dijadikan ruang untuk bermain sepak raga suatu ketika dulu]


kota lukut, tapak istana, istana raja wok
[Tapak Istana Raja Wok, anak perempuan Raja Juma'at]


Tanah yang tinggi sket tu merupakan tapak Istana Raja Wok iaitu anak perempuan Raja Juma'at. Kalau merujuk kepada gambar tanah lapang di atas, tapak istana ni berada di sebelah kanan gambar. Dan lagi semak daripada gambar di atas ni sampai takut nak pergi dekat.

Since aku tak dapat berjalan sebab sunyi sangat dan bimbang ancaman binatang liar, so aku tak dapat berjalan sangat untuk explore. Walhal kalau ikutkan, tapak Kota Lukut ni besar dan Istaan Raja Wok ni merupakan center dia. So di belakang tapak ni mungkin boleh di explore lagi.


kota lukut, perigi raja
[Perigi Raja]


Perigi Raja berada di dalam Kota Lukut, cuma aku tak pasti kat mana sebab jalan2 yang penuh semak dan susah nak lalu. Cuma aku nampak Perigi Beracun je sebab masa on the way masuk tu dah boleh nampak, cuma tak boleh nak pergi dekat je, juga sebab semak samun. Perigi Beracun ni dengar pun dah tau. Penuh dengan air yang beracun, digunakan untuk menghukum pesalah.


Akhir kata, kalau boleh mintak kerajaan negeri untuk berusaha menghidupkan kembali sejarah Kota Lukut ni. Bersihkan semula semak samun. Clear kan jalan2 untuk ke point2 penting. Kalau rujuk balik blog2 yang aku guna untuk rujukan ni, gambar2 yang diorang amek tu siap ada signboard lagi untuk tunjuk ini tapak istana, ini perigi. Jalan pun elok je, takde semak.

Ke dibiarkan bersemak sebab bukan cuti sekolah?


Rujukan:



Saturday, October 24, 2015

Lawak Jerebu



Pemuda A: Jerebu makin teruk sekarang ni. Kena pakai mask.

Pemuda B: Mana boleh pakai. Harammm...

Pemuda A: Apa yang haram?

Pemuda B: Emas (Baca: E-mask). Lelaki mana boleh pakai.

Pemuda A: .....


Saturday, October 3, 2015

Cahayamata

Time Hari Raya Haji semua balik kampung.
Aku beraya kat hospital.
Sebab apa?


cahayamata, baby, bayi, anak
[Sebab budak ni.]


AFRAH KAMILA BINTI AHMAD ASWAD
21 September 2015


Lahir hari Isnin, 8.35 malam. Tapi sebab baby tak cukup berat dan kena kuning, so kena tahan wad. Petang Raya Haji (Khamis) hari tu baru boleh discaj. Jumaat tu baru balik kampung.


Saturday, September 19, 2015

Kota Lukut - Sejarah yang Ditinggalkan

Baru2 ni aku ada up entri pasal bercuti ke Port Dickson kan. Selain daripada melawat Rumah Terbalik dan Muzium TUDM, ada satu lagi tempat yang aku pergi. Kota Lukut. Yang ni aku, wife ngan adik aku je yang pergi. Mak aku sakit lutut. So kena tinggal ngan kakak2 aku sebab aku baca kena daki tangga yang tinggi. Tu pun wife aku duduk bawah je sebab dia malas nak naik.


kota lukut
[Nampak tak tangga tu? Baru separuh je tu...]


Kalau diikutkan, Kota Lukut ni dlu merupakan sebuah tapak kota pertahanan dan kubu (di bawah Raja Busu) dan juga merupakan pusat perdagangan yang masyhur ketika di bawah pemerintahan Raja Juma'at. Sebab apa aku kata Kota Lukut ni sejarah yang ditinggalkan? Sebab ni...


kota lukut, puncak


Apa pun tarak... Macam tak terjaga. Masa aku naik tu, dah la berdua je. Tu pun aku dah ke depan. Naek2 je nampak satu haiwan besar. Aku dah berdebar dah masa tu. Harimau ke? Singa ke? Hyena ke? Naseb baik beruk. Tapi aku rasa mungkin raja beruk kot sebab besar giler. Muka dia ada kaler biru2 sket. Tak tau spesies beruk apa. Naseb baek jauh lagi. Dan beruk tu macam takut2 sket. Tapi kehadiran beruk tu memang mengganggu kejap pemikiran aku.


kota lukut, entrance kota lukut
 [Gambar ni cilok kat Google je]


Gambar kat atas ni merupakan entrance kepada Kota Lukut. Tangga yang kitorang naik (rujuk gambar mula2) tu sebenar nyer kat belakang kota. So bila naik2 je, jauh nun di sana merupakan pintu masuk Kota Lukut. Dan beruk bermuka biru tu elok je bertenggek kat pokok besar tu bersama2 dengan beruk2 kecil yang lain. Sebab dari jauh pun dah nampak besar. Agak2 korang akan teruskan perjalanan tak? Hehehe...

Tapi seriously, memang tak berjaga Kota Lukut ni. Semak sana sini. Kalau diikutkan, ada je beberapa tempat yang menarik kat Kota Lukut ni. Contoh nyer tapak Istana Raja Wok (anak perempuan Raja Ju'maat), Perigi Raja dan Perigi Beracun. Tapi since nak ke perigi2 ni jalan bukan main penuh dengan semak-samun, so niat tu dilupakan je la. Kejap je kitorang kat atas ni. Pastu turun balik.

Ada gak terbaca kat forum yang mengatakan diri diorang macam diperhatikan masa naik kat atas ni. Tapi aku takde la rasa macam tu. Tapi meremang bulu roma tu ada la kadang2. Mungkin sebab sunyi dan rasa insecure sebab takut ada binatang buas.

Kepada yang malas nak naik (sebab takde benda menarik pun), korang boleh visit Muzium Kota Lukut yang terletak berhampiran je dengan Kota Lukut ni. Jalan kaki pun sampai dah. Sejarah Kota Lukut? Nanti2 je la aku citer.


Friday, September 18, 2015

Bukan Asma ke?

Bukan lelaki je selalu berperangai sengal. Kadang2 perempuan pun boleh tahan kesengalan diorang. Ada sekali tu masa outstation, ada jumpa rokok dalam ash tray kat kedai mamak. Saja nak melawak, aku pura2 la nak try konon2 nyer nak hisap rokok.


Member: Haaa.... Try la. (dengan nada serius)

Aku: Eh, tak tak. Gurau je. Aku asma. Hang bukan asma ke?

Member: Tak. Aku Syakirah.


p/s: kalau aku Ultraman, dah lama aku fire budak ni.


Wednesday, September 16, 2015

Lama Sangat Berhibernasi Sampai Lemau

Lemau nak update entri baru. Lemau sebab takde benda nak citer. Dah jadi outdated sumer. Hahaha... Ni la natijah nyer kalau lama sangat berhibernasi. Last 2 entri pun, wish nyer entri. Selamat Hari Merdeka dengan Selamat Hari Raya. Ni pun Selamat Hari Malaysia gak sebenar nyer ni. Tapi cliche lak tajuk entri lebih kurang je. Kih3...


selamat menyambut hari malaysia, hari malaysia, malaysia day
[Selamat menyambut Hari Malaysia]


Actually bulan Ogos lepas aku and family pergi bercuti ke Port Dickson. Gathering family ramai2 sebab masa Hari Raya hari tu kakak aku yang duduk kat Dubai tak dapat nak balik. So bila dia balik, kitorang berkumpul ramai2. Masa kat Port Dickson tu, kitorang duduk kat PNB Ilham Resort.


pnb ilham resort, port dickson





Hotel ni bagi aku kalau nak duduk ramai2, memang terbaik la. Masa kitorang duduk, kakak aku book apartment yang ada 4 bilik. Apartment yang lain aku tak pasti ada berapa bilik. Yang paling best of course apartment yang betul2 sebelah kolam. Bukak tingkap terus nampak kolam. Rate aku tak pasti sebab bukan aku yang booking.


rumah terbalik, port dickson


Jangan tanya pasaipa sumer terbalik. Sebab ini rumah terbalik. Well, literally. Actually bukan rumah pun. Rumah kedai je. Jenuh gak cari tempat ni masa pergi hari tu sebab dah set kat kepala otak "rumah terbalik". Sekali "rumah kedai terbalik". Masa kitorang pergi, tak besar sangat. Tapi diorang still tengah besar kan. Tingkat atas tak siap lagi. Tapi okay la. Tak perlu pergi Sabah semata2 nak rasa dunia yang terbalik. Boleh pergi Port Dickson je.

Tak banyak berjalan pun sebenar nyer. Sebab emak aku pun tak larat sangat nak berjalan. Sakit lutut. So mostly stay kat apartment. Aku berkesempatan pergi melawat Kota Lukut. Tapi tu aku citer dalam next2 entri yang ntah bila akan aku update. Hehehe...


muzium tudm, port dickson


SELAMAT HARI MALAYSIA


Monday, August 31, 2015

Selamat Hari Merdeka ke-58

Lepas Hari Raya hilang.
Tiba Hari Merdeka, muncul kembali.

Jeng jeng jeng... Bersawang abes dah blog aku ni. Terabai. Lama sangat tak update. Hahaha... Bajet busy giler. Balik daripada cuti Hari Raya, keje bertimbun. Outstation merata. Time cuti pun ada aktiviti lain. Bila time takde aktiviti, aku rehat. So blog aku letak tepi kejap. Hibernasi.

Tapi lepas ni, insyaAllah aku cuba update lebih kerap lagi. Korang mesti seronok dapat cuti 4 hari kan. Hehehe... Aku pun seronok. Tu yang sempat update ni. Cukup rehat dah yang 3 hari. Last day cuti baru update blog. Hahaha...

Apa pun, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-58 semua. Moga ekonomi dan mata wang kita juga turut kembali merdeka.


hari merdeka, selamat menyambut hari kemerdekaan ke-58, malaysia, sehati sejiwa


Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Esok dah nak raya. Kalau harapkan esok, memang tak sempat update blog dah rasa nyer. So aku ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Kalau ada salah silap sepanjang aku berblogging, harap dimaafkan.

Ye2, aku maafkan korang gak. Eh. Hahaha...


Monday, July 13, 2015

Huruf pada Keyboard

keyboard, alphabetical, huruf


Korang perasan tak kalau korang tengok keyboard laptop/komputer korang, huruf2 dia tak tersusun secara alphabetical. Agak2 korang kenapa?

Sebab masa zaman dahulu (time tu still pakai typewriter yang jenis mekanikal), typewriter senang tersangkut atau tersekat sebab orang taip laju sangat. So arrangement yang skang ni dibuat untuk slow down tahap manusia menaip. Well, now you know.


Saturday, July 11, 2015

Jumpa kat Neraka

Nak dijadikan kisah, ada seorang member aku yang duduk nun jauh di tengah Semenanjung Malaysia belah berat, senang citer Selangor, tersepit antara 2 benua belah pihak disebabkan certain2 situasi. Tapi aku malas nak citer kan pasal situasi tu, sebab takut salah citer, jadi fitnah la pulak.

Tapi disebabkan situasi tersebut, dia kena pulau dengan housemate dia. Housemate dia semua geng tabligh. Mungkin diorang ingat member aku ni tergolong dalam golongan yang tak baik kot. Sebab tu diorang pulau. Tapi kalau diorang tak bangun Subuh, member aku ni la yang kejutkan diorang, ajak berjemaah. Tapi skang ni kalau member aku tak bangun, haram diorang nak kejutkan.

So bila member aku ni citer kat kitorang (aku dan member2 yang lain), rasa macam panas la. Nape buat macam tu. Tak mencerminkan ke"tabligh"an (agak2 dalam kamus wujud tak perkataan ni) langsung. Aku pun apa lagi, terus cakap kat member aku tu, "Hang bagi surat sentap kat housemate hang. Dalam tu hang tulis nanti aku claim pahala ngan korang kat neraka". 

Pastu member aku reply, "Confirm dah la aku masuk neraka ni?"

Damn... Salah sebut... Nak sebut padang mahsyar sebenar nyer.


sentap, chill lah


Friday, July 10, 2015

Lori Rapat

lori himpit kereta, lori memotong
 [Gambar perhiasan]


Bila melihat situasi di mana ada lori cuba potong queue dan rapat giler dengan kereta depan kitorang.

Member: Rapat giler lori tu.

Aku: Aku bet lori dengan kereta tu kawan karib. Pemandu dia je dak...


Tuesday, July 7, 2015

Hang Tuah dan Keris Taming Sari Hanya Mitos?

Aku rasa mesti ada antara korang yang nak termuntah dah asyik baca entri pasal keris Taming Sari je dalam entri INI dan INI. Okay2. Aku janji yang ni last. Pasni sambung balik entri santai sengal.

Mesti korang pernah terbaca mana2 artikel yang mengatakan bahawa Hang Tuah sebenar nyer tak wujud. Yela, kubur pun takde. Ada yang mengatakan makam Hang Tuah di Tanjung Keling tu cuma sebagai tanda peringatan je. Kubur sebenar ntah ada ntah takde. Wallahualam. So bila kewujudan Hang Tuah sendiri orang pertikaikan, secara tak langsung kewujudan keris Taming Sari juga turut dipertikaikan.


makam hang tuah, hang tuah, tanjung keling, melaka
[Makam Hang Tuah]


Mohd. Ramli Raman, pensyarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya berkata yang keris Taming Sari banyak diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu serta beberapa manuskrip lama yang lain. Beliau mengesahkan yang keris Taming Sari yang disimpan dalam jagaan Kesultanan Perak merupakan yang asli dan mempunyai rupa dan ciri2 umpama senjata di abad ke-14 kerajaan Majapahit itu.

Keris Taming Sari yang dijadikan salah satu alat kebesaran Kesultanan Perak menepati ciri2 yang diperlukan termasuk jenis logam yang digunakan, malahan serupa dengan gambar rajah yang ditemui dalam Manuskrip Taming Sari. Manuskrip Taming Sari merupakan manuskrip lama bertulisan jawi kuno dan mengandungi zikir dan amalan perang Tariqat al-Shazilliah yang dipercayai ditulis pada abad ke-15.


keris taming sari, manuskrip taming sari
[Manuskrip Taming Sari]

Saturday, July 4, 2015

Keris Taming Sari

Entri ni sambungan kepada entri sebelum ni. Entri lepas tu aku letak gambar je. Tu pun takde gambar keris Taming Sari sebab tak dibenarkan ambil gambar. Dalam entri ni, aku bajet nak kupaskan sedikit la pasal keris Taming Sari, untuk tambah atau refresh balik memori kita.


keris taming sari, hang tuah, kesultanan melayu melaka
[Keris Taming Sari]


Sebut je pasal keris Taming Sari ni, mesti kita akan ingat Hang Tuah, laksamana yang terkenal di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Keris Taming Sari ni mempunyai ciri-ciri seperti diselaputi dedaun emas. Sarung atau hulu nyer pula diperbuat daripada emas dan dipercayai diadun daripada 20 jenis besi termasuk serpihan besi ganggang pintu Kaabah.


Asal-usul Keris Taming Sari

Keris Taming Sari ni asal nyer kepunyaan seorang pahlawan Jawa bernama Taming Sari. Ada cerita mengatakan yang Taming Sari telah diarahkan oleh Patih Gajah Mada, Bentara Majapahit untuk membunuh Hang Tuah kerana telah memalukan dia. Ada juga cerita yang mengatakan Taming Sari mengamuk dalam istana Seri Betara Majapahit lalu membunuh ramai orang. Tapi yang pasti, kemudian Taming Sari bertarung dengan Hang Tuah.

Semasa pertarungan tersebut, keris Hang Tuah tidak lut apabila menikam Taming Sari. Dikatakan keris yang dipegang Taming Sari menjadikan diri nyer kebal. Hang Tuah cuma berjaya membunuh Taming Sari apabila keris yang dipegang Taming Sari itu berjaya dirampas oleh Hang Tuah. Keris tersebut diserahkan Seri Betara Majapahit kepada Hang Tuah sebagai anugerah. Selain daripada menjadikan tuan empunya keris kebal, keris Taming Sari juga mempunyai kuasa sakti iaitu mempunyai keupayaan untuk berlegar di udara untuk mengejar musuh. Sejauh mana kebenaran tu, Wallahualam...


Kronologi Penyerahan Keris Taming Sari

Keris Taming Sari diwariskan kepada Kesultanan Perak oleh Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah I kepada Sultan Mudzaffar Shah dan menjadi salah satu alat kebesaran Di Raja Perak. Bagaimana keris ni diwariskan ke Kesultanan Perak?

Hang Tuah bagi keris Taming Sari kepada Tun Mamat untuk dibawa balik menghadap Sultan kerana terlalu malu untuk menghadap sendiri Sultan sebab gagal mendapatkan Puteri Gunung Ledang untuk baginda. Semasa kejatuhan Empayar Melaka, Sultan Mahmud meninggalkan Melaka bersama2 keris Taming Sari ke Kampar-Sumatera. Kemudian baginda menyerahkan kepada anakanda baginda Raja Mudzaffar Shah yang kemudian nyer berangkat ke Perak


Pameran Keris Taming Sari

Keris Taming Sari ni dikatakan tidak boleh dipegang oleh sebarangan orang. Menurut Panglima Perang Kiri Istana, keris ni hanya tunduk kepada Toh Seri Nara Diraja. Beberapa "penjaga" alat kebesaran negeri Perak mendakwa ada beberapa pantang larang yang harus dipatuhi semasa mengendalikan keris Taming Sari memandangkan keris ini mempunyai "kuasa" yang tersendiri.

Antara pantang larang tersebut adalah keris Taming Sari tidak dipamerkan di dalam kotak kaca secara bersendirian sebalik nyer disertakan bersama dengan keris Seri Gading sebagai "peneman". Keris Seri Gading juga merupakan salah satu alat kebesaran Kesultanan Melayu Perak. Keris Seri Gading bertindak sebagai "penawar" dan "pendinding" kepada keris Taming Sari daripada sebarang anasir buruk. Aku cuba gak cari info yang lebih mendalam pasal keris Seri Gading ni seperti asal usul, siapa empunya keris. Tapi tak jumpa lak.


keris seri gading, peneman taming sari, penawar, pendinding
[Keris Seri Gading]


Kalau diikutkan tahun sebelum2 ni, Pedang Cura Si Manjakini pun turut dipamerkan. Tapi tahun ni takde pulak. Kecewa aku. Pedang ni pun merupakan alat kebesaran Perak jugak. Asal nyer pedang ini merupakan pedang kepunyaan Sang Sapurba (Sang Nila Utama) berketurunan Iskandar Zulkarnain, nasab Nabi Sulaiman yang muncul di Bukit Siguntang. Ni sape yang baca buku Salatus Salatin faham la.


pedang cura si manjakini, sang sapurba, sang nila utama, salatus salatin
[Pedang Cura Si Manjakini]


Sumber:


Monday, June 29, 2015

Pameran Taming Sari

Ni cerita lama. Cuti sekolah hari tu punya cerita. La ni baru aku up kat blog. Takpe. Bab up cerita lama dalam blog, tu memang expertise aku. Cuma belum buat perangai up cerita tahun lepas je lagi. Kalau sampai dah tahap tu, mungkin dah boleh amek PhD kot.


galeri sultan azlan shah, kuala kangsar, brochure


Masa cuti sekolah hari tu baru berkesempatan nak pergi tengok Pameran Keris Taming Sari. Sebelum ni memang ada teringin nak pergi. Tapi bukan selalu keris ni dipamerkan depan orang ramai. Maklum lah, harta kerabat di raja. Mana boleh tayang selalu. Tak eksklusif la. Pameran ni dibuat di Galeri Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar. Kebetulan time tu aku balik kampung kejap. So sempat la singgah since aku pun tak pernah jejak kaki ke Galeri Sultan Azlan Shah ni.


galeri sultan azlan shah, kuala kangsar, pintu masuk


Pameran keris Taming Sari ni diorang separate kan dengan pameran barang2 peribadi Almarhun Sultan Azlan. Cuma pengisian pameran ni mungkin agak kurang la. Keris Taming Sari just semata2 dipamerkan macam tu je. Ada la tayang video sket2. Tapi macam kurang syok la kan. Nasib baek tiket murah je. 

Hmmm... Actually aku nak citer banyak pasal pameran ni pun tak boleh sangat. Sebab tak dibenarkan ambil gambar. Next time je la aku kupaskan pasal keris Taming Sari ni. Buat masa skang ni, korang layan je la dlu gambar bahagian dalam galeri ni.


galeri sultan azlan shah, kuala kangsar
[Galeri yang menempatkan barang peribadi Almarhum Sultan Azlan Shah]


galeri sultan azlan shah, kuala kangsar, bangunan pentadbiran
[Pameran Taming Sari dibuat di wing pentadbiran]


galeri sultan azlan shah, kuala kangsar


galeri sultan azlan shah, kuala kangsar, kolam air pancut


galeri sultan azlan shah, kuala kangsar, kolam

Friday, June 26, 2015

Ini Bukan Iklan Plumber

Dalam entri yang sebelum ni, aku ada up gambar ni kan... Ye aku tau. Lambat aku up entri ni. Maap ler. Ada dateline nak kena kejor.


paip bocor


Paip bawah sinki bocor. Deras jugak air keluar. Mujur ada kepala paip kat situ, so masa nak repair tak perlu la kena tutup paip kat depan rumah. Bila dah bukak paip yang bocor tu, rupa nyer bocor sebab dah karat. So paip tu agak rapuh. Senang je aku patahkan. So solution, beli yang jenis getah.


paip bocor, repair paip


Bukan main susah lagi nak bukak dan pasang balik bahagian paip yang bocor tu. Sebab part yang atas tu ada kat bahagian lubang yang dah drill dalam simen. So nak pusing spanar time nak bukak/ketat kan nat tu agak limited. Jenuh aku berpeluh kena air paip yang keluar masa acting jadi plumber hari tuh.

Bila repair2, ah sudah... Air tak keluar pulak... Part ni yang paling aku buntu sekali. Sampai hampir2 nak suruh plumber original datang rumah dah. Masa aku repair ni, 1 Ramadhan. Nak masak berbuka pun tak boleh sebab air takde. So berbuka makan kurma je. Pukul 8 tu baru keluar cari makanan.

Balik dari makan, baru sambung balik. Call plumber, plumber sruh check kot2 ada tersumbat dengan sisa2 karat atau kotoran. Kemudian baru aku tergerak hati nak check connector water filter. Laaaa... Kat situ tersumbat rupa nyer. Penat je aku dok pasang bukak pasang bukak paip baru tuh. Situ rupa nyer yang sumbat.

So next time kawan2, kalau repair paip secara DIY, cuci dlu paip baru tu. Kot2 dalam paip baru tu ada sisa2 kotoran/besi.


Saturday, June 20, 2015

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Dan juga selamat berpuasa.

Kalau ada salah dan silap, minta maaf banyak2 la ye. Hehehe...


ramadhan, puasa


Kalau ikutkan, daripada hari tu lagi nak update. Tapi ada hal yang tak dapat dielakkan. Iaitu...


paip bocor


Tunggu next entri ye.


Thursday, June 4, 2015

Meninggal

Bertenang. Takde sape yang meninggal. Kalau ada, cuma kebetulan sahaja (dan takziah aku ucapkan). Aku cuma nak kupaskan bagaimana bila kita tersilap sebut satu perkataan, boleh berubah terus maksud seluruh ayat tersebut.

Masa bersembang dengan member aku hari tu, dia gi bukak topik pasal pengalaman dia handle pendaftaran student 1st year. Kalau tak silap aku masa tu member aku ni rakan pendamping siswa, tak pun sukarelawan. Aku lupa dah mana satu.


sesi pendaftaran pelajar


Ayat member aku, "Masa sesi pendaftaran pelajar waktu tu, ibu bapa student boleh meninggal di asrama".

Haaaa... Terkejut kami yang mendengar waktu. Dah kenapa pihak universiti nak sruh ibu bapa meninggal ramai2 kat dalam asrama. Tinggal. Aku pun tak tahu macam mana member aku boleh transform perkataan tinggal jadi meninggal. Hahaha...


Saturday, May 30, 2015

Bergaya dengan Jubah Moden Terkini

Ehemmm... Bersawang dah blog aku ni menunggu untuk diupdate. Naseb baek semalam dah up satu entri. Hahaha... Pura2 busy sungguh aku ni sampai tak sempat nak update. Idea tu dah ada. Cuma nak menaip tu agak kemalasan di samping dicemburui dek masa. Senang citer, malas dan busy. Ayat bukan main merapu lagi, tapi tu je maksud yang sebenar nyer. Jangan risau, ni mula nak merajinkan diri la ni.

Aku perasan muka korang tadi tercengang baca tajuk entri ni. Dah apehal tiba2 nak tulis pasal jubah pulak kan. Memang out of this world sungguh. Hmmm... Tak jugak la sebab aku pernah gak promote jubah moden terkini online. Tapi sebelum tu, aku nak tanya, korang tau ke asal usul jubah ni?


jubah, jubah moden, dress, shopping online, zalora


Jubah ni sebenar nyer merupakan sejenis pakaian tradisional wanita Muslim di Malaysia. Dan kalau korang nak tau, pakaian jubah ni mendapat pengaruh daripada negara Timur Tengah. Haaa... Aku dah agak dah korang tak tau. Actually, aku pun tak tau. Ni baru tau la ni. Hehehe... Jubah dress skang ni memang popular di kalangan wanita. Bukan setakat makcik2 ngan akak2 je pakai dress skang ni. Even aweks pun dah pandai pakai long dress. Terus nampak ayu dan boleh dijadikan calon menantu. Pendek kata, semua lapisan umur pun sesuai menggayakan jubah. Err, maksud aku perempuan la. Yang lelaki tu jangan memandai nak try pakai pulak.

Since perminataan terhadap jubah dan dress Muslimah pun dah makin meningkat, macam2 jenis rekaan dan warna diperkenalkan tanpa mengira bentuk badan dan juga umur. Generasi jubah moden. Lebih cantik, lebih anggun, lebih menawan. Kalau dulu jubah ni orang pakai time nak sambut Hari Raya je, tapi zaman skang ni even jubah pun diorang pakai pergi kerja atau pergi kelas (untuk budak universiti la, budak sekolah still pakai baju sekolah).


jubah, jubah moden, dress, shopping online, zalora


Kalau korang perasan la kan, fesyen Muslimah ni dah mula berkembang dengan cukup pantas sejak kebelakangan ni. Jumlah hijabista pun meningkat naik macam cendawan tumbuh lepas hujan sememang nyer diorang ni peka dengan arus fesyen terkini. Show pasal hijabista pun dah banyak dekat TV skang ni. Kalau korang nak tengok jubah dan dress Muslimah yang trendy dengan sentuhan moden, you should watch these types of show.

Di mana ada permintaan jubah, di situ ada pereka fesyen yang alert. Alert dengan perkembangan trend terkini. Hasil nyer? Pelbagai design jubah yang cantik dan menarik di pasaran. Kalau tengok, confirm berkenan. Silap haribulan boleh heret suami pergi beli terus. Tak sanggup nak tengok jubah tu melambai2 dari jauh (ini bukan cerita Insidious 3 ye).


jubah, jubah moden, dress, shopping online, zalora


Tapi... Kat mana sebenar nyer korang boleh beli jubah dan dress Muslimah yang cantik2 ni. Kat mana?

Paling mudah, beli secara online. Salah satu tempat shopping online yang popular skang ni adalah Zalora. Memang ada banyak jubah moden yang terkini kat Zalora. Cara nak beli senang je. Korang klik je dekat link yang aku provide kat perenggan ke-2 tadi. Pastu pilih je yang mana korang suka. Rambang matalah hendak nyer.

Why shopping online? Sebab mudah dan senang nak tengok pilihan jubah yang ada. Scroll je. Kemudian klik beberapa kali, terus settle. Tinggal nak tunggu barang sampai depan rumah je.

Why Zalora? Sebab selaen daripada jubah moden yang trendy dan terkini, diorang juga ada offer tawaran2 yang menarik dengan harga yang cukup berpatutan.

Jadi tunggu apa lagi?
Jom la ke Zalora...


Friday, May 29, 2015

Pintu Masjid

Lokasi: Masijd Shah Alam


pintu masuk masjid, masjid shah alam
[Pintu masuk masjid]


Lalu masuk je pintu masjid bernombor 3 ni, member aku bersuara, "Elok la tu. Kita masuk pun bertiga."

Kemudian aku terfikir, kalau keluar nanti pintu nombor 5 macam mana??? Ada yang mengandung kembar 2 orang ke???


Saturday, May 9, 2015

Getah Pokok Mangga

getah pokok mangga, air gula


Kat depan rumah aku ada sebatang pokok mangga. Jiran aku nyer pokok. Elok berbuah. Since rumah aku ada 2 jenis kereta (satu lagi kereta wife), jadi kadang2 aku akan parking dekat bawah pokok mangga tersebut. Dan biasa la, kalo dah parking bawah pokok mangga ni. Kebarangkalian untuk kena getah pokok tu ada. Hasil nyer, titisan2 berupa droplet melekat kat kereta aku (rujuk gambar di atas).

Ada sekali tu member aku tegur, "Ni macam air gula je ni..." Aku dengan sarkastik nyer menjawab, "A'ah, memang. Memang kereta aku ni port orang buat meja makan". Hehehe... Tapi memang nampak macam air gula pun.



Saturday, May 2, 2015

Hari Buruh dan Hari Wesak

Tahun ni, Hari Buruh dan Hari Wesak jatuh dengan sangat cantik sekali pada hari Jumaat dan Ahad. So korang dapat cuti panjang dengan hari cuti am jatuh back to back dengan hari weekends. Ada yang dapat cuti 4 hari. Ada yang dapat cuti 3 hari macam aku. Tu belum campur yang amek annual leave lagi kan. Hehehe...

So korang apa buat cuti panjang ni? Melepak? Pergi kenduri?

Apa pun, selamat bercuti...

Nanti korang report kat aku apa korang buat masa cuti. Hahaha...


Saturday, April 25, 2015

Avengers - Age of Ultron

Semalam review. Hari ni review lagi. Tapi tak kisah la. Asalkan aku rajin update sket. Hahaha... Dah lama sebenar nyer tunggu movie ni keluar ke panggung wayang. Keluar juga beliau akhir nyer 23 April lepas. Cuti2 ni, terus pergi tengok. Datang awal pun, seat belakang banyak penuh. Ni mesti datang 2-3 hari awal beli tiket. Hahaha...


avengers, age of ultron, wallpaper, movie, review


Dalam babak awal Age of Ultron ni, korang akan disajikan dengan babak pertarungan Avengers dengan pihak musuh untuk secure cokmar (scepter) Loki. Masa ni juga akan muncul Quicksilver dan Scarlet Witch. Cuma masa ni diorang belum join Avengers lagi. Dan waktu ni diorang adalah musuh. Waktu bila diorang join tu, korang boleh tengok sendiri. Tak kan nak bagi spoiler banyak2 pulak kan. Nanti kena maki.

As the story goes on. Bla bla bla... Diorang dapat cokmar Loki tu. Dipendekkan citer. Tony Stark cuba nak guna kuasa sakti daripada cokmar. Something goes wrong. Puff... Ultron muncul. Bila Ultron muncul, seperti biasa, nyawa penduduk Bumi dalam bahaya. Tugas Avengers menyelamatkan dunia. Uishh... Kalau aku jadi direktor ni, 10 minit je movie ni aku direct. Hahaha...

Apa pun, layan trailer ni dlu.




Pada pendapat aku, memang puas hati tengok movie ni. Berbaloi... Tak tau la kalau orang laen kan. Aku memang seronok je tengok movie2 yang ada mass destruction ni. Hahaha... Antara part yang menarik bagi aku adalah time Iron Man lawan Hulk guna Hulkbuster, dan semesti nyer pertarungan beramai2 menentang Ultron pada part klimaks movie ni.

Part kelakar lak aku rasa masa masing2 cuba nak angkat hammer Thor. Of course la diorang tak boleh nak angkat kan. Bak kata Thor, "you're not worthy". Antara Vision, Quicksilver dan Scarlet Witch, aku macam tertarik dengan kuasa Scarlet Witch sebab macam best je kuasa dia.


avengers, new member, vision, scarlet witch, quicksilver
[New member of Avengers Age of Ultron]


Korang wajib tengok kalau:

1. Korang peminat watak2 dalam pasukan Avengers.

2. Korang nak tengok Hulkbuster.


avengers, iron man, hulkbuster
 [Hulkbuster yang berfungsi untuk mengawal kemarahan Hulk]


3. Korang suka tengok mass destruction.

4. Korang adalah seorang mad scientist macam Tony Stark dan Bruce Banner (ini mungkin agak kurang relevan)

5. Korang peminat Scarlet Johansson (okay, yang ni relevan)

6. Dah lama korang tunggu movie Avengers ni keluar. Dah lama tunggu, tak kan tak tengok pulak...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...