Tuesday, August 9, 2011

Korean Drama - Marry Me, Mary!

Atau alternate title dia, iaitu Mary Stayed Out All Night. Cam pelik lak title alternative dia nih.




Sebelum aku komen pasal citer nih, meh sini aku citer sket pasal sinopsis dia. Marry Me, Mary! mengisahkan kehidupan Wi Mae Ri (lakonan Moon Geun-Young) yang merupakan anak kepada seorang businessman yang gagal yang mempunyai hutang keliling pinggang.

Atas sesuatu insiden yang malas aku nak citer kat sini (kalo nak tau, sila la tengok sendiri ye), Mae Ri bertemu dengan Kang Mu-Gyul (Jang Geun-Suk). Pada masa yang sama, bapak Mae Ri bertemu ngan kawan baek dia, seorang businessman yang berjaya. Dan atas dasar perjanjian masa lampau dan juga sebab nak lunaskan sumer hutang dia, bapak Mae Ri mengaturkan perkahwinan ngan anak kawan baek dia tuh. Nama budak tuh, Jung-In.

Untuk mengelakkan perkahwinan tersebut, Mae Ri pura2 telah berkahwin dengan Mu-Gyul. Start daripada situ, bermacam2 konflik berlaku. Nak tau lebih lanjut, sila tengok sendiri citer nih. Hehehe...


 [Gambar kahwin versi "wa tipu bapak lu weii"]


Sebelum aku nak bagi komen pasal citer ni, aku nak ucapkan tahniah kepada director citer ni, dan juga pelakon yang membawa watak sebagai bapak Mae Ri dan bapak Jung-In. Bukan tahniah sebab citer ni terlalu best sangat. No. Aku rasa Secret Garden, My Princess ngan Oh! My Lady berganda lagi best kot.

Tapi aku nak ucapkan tahniah sebab berjaya membuat aku annoy ngan dua ekor watak nih. Sebab sker2 ati dia je nak paksa orang kahwin ngan bukan pilihan hati. Lempang nak?




1st thing aku nak komen adalah pasal storyline dia. Citer ni agak tipikal gak la bagi aku. Dah la tipikal. Jenis yang aku tak sker lak tuh. Aku tak sker citer2 yang mak bapak paksa anak kahwin ngan orang yang dia tak sker.

Kalo dia ada selitkan humor yang banyak, mungkin takde masalah untuk aku tonton. Aku bole tonton dengan senang hati kalo macam tuh. Atau pun anak dia jenis yang memberontak, tak ikut kata mak bapak. Pastu bagi tau depan2, "saya tak kan ikut arahan bapak". Mae Ri ngan Jung-In lak style pak turut. Melawan pun senyap2 je. Belakang tabir kata orang. Berlainan ngan watak Kim Joo Won lakonan Hyun Bin dalam citer Secret Garden.

OST drama ni pun agak kurang menarik. Ada la 1-2 lagu yang sedap. Tapi sedap2 pun, tak motivate aku langsung untuk donload lagu tuh. You know what I'm trying to say kan.


Rating:




Sunday, August 7, 2011

Tournumnet Kehilangan 3 Ahli

1st of all, aku nak bagitau yang ni bukan entri pasal kematian atau apa2 yang bersangkut paut dengan nyer. Baca dlu entri ni ye. Hasil nukilan saudara Nash Maurinho.


***********************************************************************************

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Kini mereka tiada lagi di sini,
Nun jauh di ceruk sana di hutan Sepang.


TOURNUMNET, biar pun menjadi satu badan berkecuali yang berjaya di AMREC, namun tidak ramai yang mengenali siapa yang menjadi urat tunjang di sebalik penubuhan nyer. Ada elok nyer entri kali ini dibukakan dengan history penubuhan badan tersohor Tournumnet (nanti korang paham la apa relate nyer ngan tajuk tu)

Ditubuhkan pada suatu hari dalam bilik Iridium (damn, aku jem ngan perkataan nie) bertempat di AMREC dalam tahun ini juga. Nama insan Syed Mohd Syakir mencambahkan idea dalam menafaskan kembali istilah tipikal "tournament" menjadi lebey elegan and more to Jeniang style dengan panggilan baru "tournumnet". 

Dengan seraya nyer lahirlah sebuah pertubuhan hebat bertatahkan nama Tournumnet dan lantaran itu juga, Syed Syakir aka Cat terus bertindak sebagai setiausaha agung dalam pertubuhan tournumnet ini dan banyak membajakkan idea2 dan melancarkan segala pergerakan program bagi tahun ini untuk suku yang kedua. Nak tahu lebih lanjut pasal macam mana nama "tournumnet" itu terhasil, korang bole klik kat SINI.

Malangnya, sedey nyer, sarunya (ni perkataan apa ni?), kecewanya, sakitnya, terpilunya, terkedu dan terkesimanya apabila... Syed Syakir antara orang2 yang terpilih ke Sepang untuk bertugas di sana. Pergi nyer Syed Syakir ke Sepang pada 3 Ogos 2011 masih lagi tiada galang ganti dan sememang nyer tiada yang selayak beliau.


[Ketekunan beliau merupakan kunci kejayaan beliau mensalah-ejakan
perkataan "tournament"]


Ramai juga yang tidak mengetahui tentang bendahari kelab Tournumnet. Maklumlah, AGM pun tak buat lagi. Lantik pakai SMS je. Namun lagak Hero Malaya dan Gangster ala2 Shark gitu memancorkan persona Khairul Asma atau nama gelaran area Jeniang KE-own, Keown memudahkan kerja2 pengutipan hutang dan bayaran2.

Dengan ketangkasan dan kezaliman nyer, semua duit yang diperlukan dapat dikumpulkan dalam sekelip mata (dikatakan ada untung lagi). Malang untuk kedua kali, apabila Keown menyertai Syed berjuang di Sepang. Perjuangan yang memang membosankan, tak caye pi lah SIRIM Sepang. Dah sampai, sendiri interpret. Hehe... Umpama patah kaki Tournumnet bila kehilangan Keown.


[Di sebelah kiri adalah saudara Keown]


Syed bersama Keown pergi dan kekal mesra di Sepang, but then yang sorang lagi, Hafiz nama diberi. Gagah perkasa dengan berani mendedahkan tanpa segan silu yang beliau umpama Lin Dan dalam Tournumnet. Tapi mungkin ada benar bagai dikata oleh saudara Hafiz.

Turun nyer ke gelanggang perlawanan musti memberikan impak yang hampir menang (near win) dan mampu menggugat pemain2 ranking di atas nyer. Lagi pon Hafiz jarang turun. Pastu bila turun slalu ada permainan psycho ngan Izat. Hehehe... Berita baek nyer Hafiz di Sepang sementara je. Lepas 6 bulan balik lah dia.

Namun dalam kehilangan 3 ahli, Tournumnet telah menambah 2 ahli baru iaitu Azam dan Anas. Kedua2 mereka adalah downline Aswadz (memandai je ko ek) yang apa pon tak boleh. Harus di puji Aswad mampu maju dalam sistem MLM, hanya berbekalkan muka yang market (Aswad, standard lah aku puji ko, sebab blog ko kan) mampu mempengaruhi 2 orang prospek dalam beberapa minit saje. Cayalah, Teluk Tempoyak tak caye camnie.  Walann... (???)


[Sistem MLM yang diperkenalkan oleh salah seorang ahli ke dalam pertubuhan ini]


Oh.. Aku lupa, Hafiz di dalam Tournumnet memegang jawatan sebagai abang kawasan. Beliaulah bertindak sebagai pengacau kepada awek sebelah lane. Dan yang laen hanya menyorak bila gol2 mampu dijaringkan oleh bowlers. Dan ucapan kami dari Kulim kepada Syed, Keown ngan Hafiz. Posa jangan tinggal. Taw lah sana takdak orang. Pastu Hafiz baliklah cepat2 sini. Biaq pi depa duo kat sana. Dan moga2 bahagialah Syed dan Keown di sana.


p/s: Izat nama yang di mentionkan di atas adalah yang berbahagia penasihat kelab Tournumnet dan aku berkira2 nak bereformasi menggulingkan yang berbahagia dan menaikkan Aswad sebagai penasihat.


----------- Salam Tinta Elektronik dari ~FTG~ -----------


Coretan dari tuan punyer blog;

Pada asal nyer, saudara Nasha mengeja Tournumnet sebagai Tournomnet, which is tak betul. Ejaan sebenar bole refer kat SINI. So aku dah correct kan sendiri masa aku tulis bali artikel ni. Nasha, hang ni sama typo cam Syed. Lagi satu, aku tak minat la nak jadi penasihat. aku nak jadi pembangkang kepada penasihat.... 

Last but not least, Tournumnet skang dah ada official name, logo dan t-shirt. Apa2 pun, kalo aku rasa rajin nak wat entri pasal ni, aku akan tulis. Jadi, stay tune...


***********************************************************************************
Every Week: FULL HD TVs to be won here.

********************************************************************************** 

Friday, August 5, 2011

Surat Penjelasan

NOTA: Entri ini mempunyai sifat sarcasm. Yang paham, paham. Yang tak paham, buat2 paham. Tak pun senyap...


Bilik Orang Slalu Komplen,
Tingkat 1, Bangunan Dirahsiakan,
Poskod Tiada,
Kulim, Kedah

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mr. Boon Ong Seck,
Syarikat Keje Btol-Btol Sdn. Bhd,
Tingkat 1, Bangunan Dirahsiakan,
Poskod Tiada,
Kulim, Kedah
(Laaaa.. Sama syarikat rupa nyer)


Tuan,


Menjelaskan yang Kurang Jelas Yakni Perihal Duduk di Tingkat 1

Berhubung dengan perkara di atas, maka ni saya mewakili sebilangan pasukan yang duduk di tingkat 1 sebagai tidak bersalah atas tuduhan tidak membuat keje, melepak, mendonload muvi dan bermacam2 tohmahan dan tuduhan yang bagi saya adalah tidak berasas sama sekali. Terutama nyer saya. Sudah terang lagi bersuluh bahawa saya adalah seorang pekerja yang berdedikasi dan berkebolehan tinggi dalam menjana pendapatan negara. Oleh itu, saya akan menjelaskan sumer perkara yang tidak jelas kenapa saya menduduki bilik di tingkat 1 walhal ofis saya di tingkat 3.

2.)     Mr. Boon, seperti yang tuan sudah sedia maklum, lif syarikat kita iaitu Syarikat Keje Btol-Btol Sdn. Bhd. telah pun rosak dan tidak dapat digunakan. Proses membaikpulih pula akan mengambil masa berbulan2 lama nyer. Oleh disebabkan saya banyak membuat keje di tingkat 1 dan malas berulang-alik daripada tingkat 3 ke tingkat 1 banyak kali, which is meletihkan, maka saya tanpa segan2 telah menempatkan diri saya di ofis tingkat 1. Apatah lagi dalam bulan puasa ni yang hanya akan mengundang lapar dan dahaga sekira nyer saya berulang-alik sedemikian rupa. Adakah Mr. Boon hendak tanggung dosa saya kalo saya berbuka puasa sebelum waktu nyer kerana tidak dapat menahan keletihan?

3.)     Walaupun banyak orang membuat tuduhan bangang tanpa bukti yang sohih bahawa penghuni ofis tingkat 1 tidak membuat keje dan hanya mahu mengguna internet berkelajuan tinggi bak kereta lumba F1, ingin saya membangkang tuduhan2 mereka. Ini saya adalah seseorang yang rajin membangkang. Sedangkan perkara yang btol pun saya bangkang, apatah lagi perkara yang tidak btol, ye tak?

4.)     Memang benar ofis tingkat 1 mendapat internet berkelajuan tinggi. "Meme ar", bak Adiputra berkata2 dalam citer KL Gangster. Tapi orang yang buat tuduhan kami tak wat keje tuh, diorang nampak ke apa yang kami buat sebenar2 nyer dalam ofis tu? Adakah mereka pernah melawat kami? Atau itu sumer hanyalah tuduhan2 dusta yang tanpa usul periksa. Come on laa... Ini bulan puasa. Tak baek tuduh2. Berdosa... Tapi saya tahu Mr. Boon tak puasa. Sebab Mr. Boon kan Cina. Tapi kalo nak puasa gak, takde masalah...

5.)     Berbalik kepada perkara pasal internet berkelajuan tinggi tadi. Tutup lah walau beberapa kali pun. Ada aku kesah? Sebab tujuan saya duduk di ofis tingkat 1 adalah untuk memudahkan saya membuat kerja tanpa perlu ulang-alik banyak kali. Bukan semata2 untuk menggunakan internet untuk donload movie macam Fright Night dan sebagai nyer. Walau internet laju tersebut ditutup skali pun, saya masih bole menggunakan Celcom Broadband saya. Jadi lagi skali saya nak cakap, ada aku kesah?

6.)     Saya ada beberapa cadangan yang mungkin Mr. Boon boleh praktikkan jika Mr. Boon amek port sangat pasal staff2 buat keje atau tidak. Apa kata Mr. Boon senyap2 pasang CCTV kat setiap ofis di setiap tingkat. Kalo lebih baek lagi, sambung terus kat handhone HTC atau iPhone Mr. Boon. Senang nak pantau sepanjang masa. Ntah2 orang yang buat report tu yang tak buat keje. Mana la tau kan... Tapi ingat, pasang senyap2. Jangan heboh2 dalam emel. Nanti sumer orang hidup dalam kepura-puraan.

Akhir kata, saya telah pun mengusulkan surat ini untuk membela naseb kami, warga ofis internet laju. Terpulang kepada Mr. Boon untuk membuat pertimbangan sendiri. Yang penting, saya pekerja baek. Saya takut apa dengan tuduhan2 tak berasas tersebut. Kalo diorang letak batu asas skali pun, saya tetap tak takut. Berani kerana benar. Takut kalo ada hantu kat sebelah. Hehehe...

Kalo Mr. Boon ada yang tak puas hati dan nak berbahas face-to-face, Mr. Boon bole la menghubungi nombor U-mobile saya di talian 0xx-999xxxx. Tak pun kalo payah nak contact saya, Mr. Boon bole anta emel ke payah_nyer_nak_contact_awak@yahoo.com. Sekian, terima kasih.


Yang benar dan sker membangkang,


                                                
(ASWADZ REX)
Staff yang baek2 belaka

--this is computer generated letter. no signature is required--


p/s: korang hadam je la entri tak bergambar ni ye. dalam surat rasmi mana bole letak gambar. hehehe...


***********************************************************************************

Complete your MILO Van collection with the latest 2011 MILO Van



********************************************************************************** 

Wednesday, August 3, 2011

4 benda berbaloi untuk korang tahu pasal handphone

UPDATED:

Ada anonymous yang inform aku dalam ruangan komen yang info dalam entri adalah tidak betul.

Anonymous;
"aswad.. info tu byk tipu je. n basically dh cuba salah satu. failed..."

Jadi kalo korang tak nak baca, korang just skip entri ni dan baca entri2 yang laen. Tapi kalo nak baca gak, aku takde hal. Hehehe... Sorry for the inconvenience. Sumer, please chill out okay.


*********************************************************************************



Mungkin ada yang pernah baca. Mungkin ada yang belum pernah baca. In fact, fakta ni pun aku dapat daripada orang gak. Just kinda interesting untuk aku share kat blog aku ni.

Yela. Walaupun aku pernah baca benda nih, tapi aku tak pernah ingat pun. Mungkin sebab aku baca sambil lewa je kot. Harap2 kalo post kan kat blog, bole ingat selalu. Hehehe...


Nombor kecemasan

Nombor kecemasan untuk telefon bimbit di seluruh dunia adalah 112. Let say korang tengah berada di kawasan yang takde signal telefon dan ada kecemasan berlaku, korang hanya perlu dail 112. Handphone korang akan search mana2 rangkaian signal yang berdekatan dengan korang.


Kunci tertinggal dalam kereta?




Apa? Kunci tertinggal dalam kereta? Kereta lak berkunci (selalu terjadi kalo guna manual lock)? Kalo korang ada spare key yang alarm dia masih berfungsi, langkah ni mungkin boleh membantu. Korang call sape2 yang ada kat umah mintak dia tolong tekankan alarm untuk korang. Tetapi untuk langkah ni menjadi, korang kena berdiri hampir dengan kereta korang.


Tenaga bateri tersembunyi

Kalo bateri korang dah nazak di saat korang memerlukan, korang try tekan *3370#. Handphone korang akan restart dan tengok2, bateri korang ada 50% lagi. Macam magik kan. Hehehe...


Handphone kena curik




Macam mana nak buat? Tak kan nak bagi si pencurik tu pakai handphone korang tu sewenang2 nyer. Jom kita apply principle "kalo aku tak leh pakai, sesape pun tak leh pakai".

Korang dail *#06#.

15 digit akan keluar, iaitu korang nyer handphone serial number. Catat nombor ni dan gi jumpa korang nyer phone provider. Bagi nombor ni kat diorang dan diorang akan disable kan korang nyer handphone.

Skang pencurik tu tak leh pakai handphone korang. Jual pun tak bole gak...


Actually, aku tak tau la info ni btol ke tak. Hoax ke tak. Sebab aku sendirik pun tak pernah cuba. Kalo tak betul, korang anggap je la aku troll korang. Hehehe...


**********************************************************************************

Jack ‘n Jill Roller Coaster went up the hill to river board?

**********************************************************************************

Monday, August 1, 2011

Ajak Lelaki Keluar

Pernah terlintas tak di fikiran korang untuk ajak lelaki idaman korang keluar, tapi tak jadi. Sebab korang tak pasti macam mana nak ajak dia keluar. Especially kalo korang ni jenis gadis yang pemalu. Takut orang kata perigi carik timba.




Well, sumer tu dah lapuk skang. Korang kena jadi perigi yang carik timba sebab bilangan lelaki skang dah makin berkurangan. Tu tak tolak lagi lelaki yang baek2. Bape kerat je yang tinggal. Contoh nyer aku.

Sebab dah terbiasa untuk seorang gadis diajak keluar oleh lelaki, maka bila bab gadis nak ajak lelaki, ia jadi agak awkward. Btol ke tidak?

Apa pun, korang kena lupakan sama ada awkward ke tak. Yang penting, kalo korang tak lelaki idaman korang tu keluar, korang mungkin akan melepas kalo ada gadis laen yang ajak. Sama ada lelaki tu akan terima pelawaan korang atau tak, tu kita tolak tepi dlu ek.


Approach secara direct

Sebenar nyer lelaki adalah jenis yang tak kesah dan open. Sama ada korang nak ajak secara direct atau indirect, tu sumer takde hal. Korang bole jumpa ngan lelaki tu sambil berkata, "Jom keluar makan ngan aku nak?". Kalo lelaki tu tengah lapar, dia mungkin dengan selamba je jawab, "Ok gak tuh. Aku pun tengah lapar nih".

Tapi approach secara direct ni kena hati2 sket. Make sure gaya korang ajak tu kena lemah lembut. Muka kena bajet ayu. Sebab kitorang sebagai lelaki, kadang2 kitorang takut gak ngan manusia bergelar awek nih. Sat lagi kalo korang ajak sambil wat muka garang atau serius, nanti kitorang ingat korang paksa lak. Terus lebur harapan korang.


[Kalo 1st ajak dah wat macam ni, mungkin sesetengah akan jadi takut.
The rest? Diorang redha jek...]


Approach secara indirect

Kalo yang jenis pemalu lak, aku tau yang korang prefer indirect approach. Takde masalah. Mungkin kalo gadis, diorang prefer lelaki tu gentleman. Tanya face to face. Tapi lelaki jenis yang tak kesah. Lagi pun, lelaki pun ada yang jenis pemalu gak kan. Lelaki yang pemalu, mungkin agak gelabah sket kalo korang ajak secara direct.

Macam mana nak ajak secara indirect? Cara yang paling lama dah dipraktikkan, even budak sekolah menengah pun pakai adalah dengan menghantar bestfriend korang untuk membuat scouting. Bestfriend korang yang tolong sampaikan hajat korang on your behalf.

Tapi yang ni risiko la sket. Korang kena pandai la pilih kawan korang ye. Jangan ler pilih kawan korang yang sker kat lelaki yang sama. Kang tak pasal2 dia ajak untuk diri dia plak.

Ada lagi satu cara indirect yang korang bole pakai. Guna internet... Skype ada. Yahoo Messenger ada. Mudah kan... Korang bole ajak directly person yang korang nak dating tuh, tanpa perlu bersemuka dengan dia.


[Nak ajak kat Facebook pun bole. Tapi sumer orang bole baca lak]


Planning

Kalo korang ada planning lagi bagus. Kalo setakat ajak keluar makan, mungkin kadang2 nampak cam boring sket. Ajak diorang gi XPlay Party ke, ajak diorang tengok konsert Kopral ke, mungkin akan meningkatkan minat dia. Yang penting, korang kena tau la minat dia terjurus ke arah mana.

Kalo dia minat tengok wayang, why not ajak dia tengok movie kan. Tapi kalo dia bukan kaki wayang, jangan gatal2 ajak dia tengok gak. Nanti dia bosan. Mungkin there will be no next time dah.


Amacam? Mudah kan nak ajak guys keluar dating. Melaenkan lelaki itu sudah berpunya atau dah ada crush, probability dia untuk accept pelawaan korang adalah tinggi. Apa pun, usaha korang tu penting. Mana la tau, lelaki idaman korang tu akan terharu tengok usaha korang. Terus dia ajak korang couple....


***********************************************************************************

25 Lomographers from all over Malaysia come together to set Lab the Rat in flying in the air! Watch this music video and see how it happens!


***********************************************************************************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...