Monday, August 15, 2011

Extraordinary X-Rays

Sebenar nyer aku nak tulis "x-ray yang jarang kita lihat". Tapi sebab aku rasa title tu agak panjang, so aku stick pada tajuk asal artikel yang aku amek tu.

Sebenar nyer aku ada idea untuk menulis beberapa entri. Tapi since entri2 tersebut perlu memaksa aku untuk menaip agak panjang (macam entri2 yang sebelum nih), aku mungkin akan amek masa agak lama sket. Bukan sebab entri tu panjang sangat. Cuma sebab aku takde mood untuk menaip lama2. Since aku pun sakit mata, jadi adalah agak malas sket.

Sebab apa aku kata aku akan amek masa lama sket. Sebab aku akan cuba menaip sket demi sket. Sampai la entri tu lengkap untuk aku publish. Tengok la berdasarkan kerajinan aku untuk menaip. Kalo rajin, mungkin cepat sket aku publish.

Anyway, sementara menunggu entri sebenar publish, ari ni aku nak korang layan dlu je la gambar2 x-ray nih.




Sumber: LIFE


***********************************************************************************
A good reason to continue chatting on the phone without my mum nagging

***********************************************************************************

Saturday, August 13, 2011

Tips Nak Anta Assignment Lambat

Dateline assignment ari nih. Tapi korang satu hape pun tak wat lagi. Macam mana korang nak cari jalan penyelesaian untuk masalah yang sedang korang hadapi? Takde idea? Takpe2. Meh sini aku nak share tips2 macam mana nak tangani masalah hantar assignment lambat sebab assignment tak siap lagi.


1. Assignment yang dihantar melalui emel

Kalo assignment korang tu perlu dihantar melalui emel, korang memang bernasib baek. Sebab masalah ni yang paling senang giler nak settle. Orang giler pun tak sesenang macam ni tau.

Macam mana cara nyer?

Langkah pertama adalah dengan menghantar emel kosong kepada lecturer korang. Dalam emel tu tulis la ayat macam "Assignment yang cikgu mintak adalah seperti attachment". Tapi korang anta emel kosong, iaitu tanpa attachment.




Lepas tu, apa lagi. Pulun la siapkan assignment korang tuh... Lepas dah siap, korang emel kan lagi skali. Kali siap, attach kan skali assignment yang korang "lupa" tadi tuh. Pastu korang buat la ayat yang konon2 korang lupa nak attach file tadi. Skang baru korang perasan.

Settle masalah...


2. Assignment yang kena hantar by hand

Yang ni masalah sket. Korang kena ada high confidence, good acting ngan muka yang innocent untuk berjaya dalam "misi" kali ni. Untuk kes yang ni, ada 3 cara yang korang bole guna pakai, bergantung kepada situasi.

i.) Korang selamba je anta assignment lambat. Ingat. Masa submit tu, wat muka bodo je. Muka innocent campur muka confident. Jangan bagi nampak muka korang yang cuak. Kalo tak, kantoi la kan. Kalo lecturer tanya kenapa anta lewat, kalo jawab la "Eh, bukan dateline hari ni ke?" Kat sini baru la ciri2 good acting memainkan peranan yang penting.


 [Muka confident]


ii.) In case kalo lecturer tanya dalam kelas pasal assignment, korang bingkas bangun. Dengan muka yang confident dan innocent, korang jawab la, "Eh, bukan dateline esok ke cikgu? Aisey... Assignment tu saya tak bawak laa. Ada kat hostel. Kalo saya anta esok bole?" Confirm lecturer korang bagi lepas punyer...

iii.) Yang ni lebih kurang sama cam (i.), cuma cara menjawab tu agak kerek sket. Tidak digalakkan kalo lecturer korang seorang yang tegas. Kalo lecturer korang tu jenis yang baek ngan student dan bole dibawak bergurau, baru korang bole pakai tips yang ni.

Scene dia sama je macam (i.) tadi. Korang anta assignment by hand. Then lecturer tanya kena lambat. Korang kena selamba je jawab "Alah. Cikgu dlu masa kat universiti dlu, macam la tak pernah anta assignment lambat..." Mesti lecturer korang akan tersipu2 malu bercampur segan, dan menerima assignment korang tanpa banyak bunyik.

Kalo lecturer tu jenis yang tegas dan garang, mungkin penampor yang korang dapat. Sebab tu aku kata jangan buat yang (iii.) ni ngan lecturer yang tegas dan garang.




Sekian aje lah tips yang aku mampu bagi. Good luck dalam misi korang untuk menghantar assignment korang lewat daripada dateline. Kalo berjaya, sila inform aku kat ruangan komen. Sebab tips yang aku bagi ni masih belum terbukti secara realiti nyer.

Sekian.


***********************************************************************************

All Proton owners have to see this.


***********************************************************************************

Friday, August 12, 2011

Sakit Mata

Pada hari Jumaat yang mulia ni, topik kita pada hari ini berkisarkan soal kesihatan.

Topik yang ingin aku bincangkan adalah berkenaan dengan sakit mata. Biasa pernah dengar pasal sakit mata? Alahhh... Bila mata kita bertukar menjadi merah dan ada rasa gatal2 atau pedih2. Sakit mata la tuh. Korang pernah kata tak?

Sakit mata merah atau juga dipanggil sebagai konjuntivitis merupakan radang pada selaput luar biji mata dan juga selaput pada kelopak mata. Punca sakit mata? Pasti nyer jangkitan virus dan bakteria. Bahaya nyer sakit mata ni, ia mudah berjangkit. So kalo korang kena sakit mata, mesti member korang sruh korang maen jauh2.




Petanda2 yang kita kena sakit mata adalah mata menjadi merah, mata rasa gatal2 dan kadang2 pedih. Kebiasaan nyer mata akan berair. Dan paling leceh adalah waktu bangun pagi. Kalo mana kes yang teruk tuh, mata seolah2 melekat sebab banyak sangat tahi mata.


Sebab apa aku citer pasal sakit mata?

Sebab aku tengah sakit mata skang nih. Hehehe... Mula2 kena ari Selasa ari tuh kot. Tapi time tu simptom2 sakit mata ni takde lagi. Cuma mata tu dah start merah dah. Tapi takde rasa tak selesa, berair atau pedih. Ari Rabu baru mula rasa tak selesa. Budak2 ofis aku dah halau2 aku dah sruh pi jumpa doktor. Sedey aku...
Jumpa doktor, dapat MC 2 hari. Tapi ari ni dah masuk ari ke-3 aku sakit mata, belum ada tanda2 nak sembuh lagi. Means Sabtu ni kena jumpa doktor lagi skali. Nak mintak MC lagi. Hehehe... Bukan aku yang nak tau. Doktor tu yang sruh jumpa. Aku tarak hal nyer la.


Kronologi jangkitan.

Mula2 mak aku kena. Dua2 belah mata merah. Lepas 2 minggu, adik aku pulak kena. Lepas 2 minggu, aku pulak yang kena. Allah nak bagi kedua2 anak mak ni rasa kepayahan yang dialami mak aku kot. Tu pun baru kena sebelah mata je. Sedangkan aku yang kena sebelah mata pun rasa tak selesa. Apatah lagi mak aku kan. Mesti satu keje nak wat pun tak selesa.

Apa pun, adik aku sampai skang mata dia tak okay2 lagi. Harap2 aku nyer kes takde la selama itu. Kalo tak, 2 minggu la aku MC. Gilaa...


***********************************************************************************

Time to put your creativity hats on & be in the running to win RM10,000 with #NescafeChilllah!

***********************************************************************************

Thursday, August 11, 2011

Pengalaman Memancing



 Baca je tajuk entri ni, tentu korang nak kata aku ni reti memancing. No no no. Just hold your thought. Sebab aku tak reti. Iye... Tak reti...

Hekeleh mamat ni. Tak reti memancing, tapi nak citer pengalaman memancing.

Nak citer pasal pengalaman memancing, tak semesti nyer ko sendiri kena pancing. Ko teman member2 ko memancing pun, dah kira pengalaman memancing gak kan. Definisi "pengalaman memancing" tu terlalu luas skop nyer. Kalo aku nak citer pengalaman memancing member aku, yang diciterkan dia kepada aku, tarak hal punyer kalo nak guna title "Pengalaman Memancing".

Eh, tiba2 entri jadi macam emo je. Hahaha...

Ari tu aku ada buat entri pasal ikan sebelah kan. Pengalaman memancing sendiri tu, memang takde la. Sebab aku sendiri memang tak minat memancing2 nih. Buang masa dowh. Lagi pun aku ni memang malas bab2 nak menunggu ni. Hatta menunggu orang ke, bas ke. Kalo setakat tunggu 10 minit tu takde hal. Tapi kalo dah sejam ikan tak naek2?

Seumur hidup aku, aku pernah 2 kali je gi memancing. Sekali ngan arwah abah aku. Sekali ngan famili abang ipar aku.

Ngan arwah abah aku, aku tak ingat sangat. Sebab kecik lagi. Sekolah rendah kot, kalo tak silap aku. Tempat memancing pun aku tak ingat. Cuma aku ingat tepi laut. Tapi bukan pantai laa... Tak pakai joran, tak pakai jala. Pakai tali pancing je. Gulung2 ngan tin. Arwah abah aku memang kreatif sket. Sama macam aku. Hehehe... Aku tak ingat dapat ikan ke tak.


 [Kalo dapat memancing kat atas bot gini, mesti lagi best]


Ngan famili abang ipar aku lak, masa aku praktikal dlu. Cuti Tahun Baru Cina. Aku tak involve pun pancing memancing nih. Tolong tengok2 je. Yang penting ada makan2. Buat ungun api. Maen nyanyi2. Hahaha... Takpe. Famili abang ipar aku sporting.

Haaa... Tu je la pengalaman memancing aku. Pendek kan. 2 perenggan je. Hehehe... Pengalaman korang lak macam mana?


***********************************************************************************


Be the transporter for Jojo Struys, Yasmin Hani and Diana Danielle



********************************************************************************** 

Wednesday, August 10, 2011

Selamatkan Handphone Basah

"Aarrghhhhh... Blackberry aku jatuh longkang... Baru je aku install Maxis Playbook!!"

atau

"Aarrghhhh... Adik aku campak handphone aku ke dalam akuarium. Jahanam sim card Hotlink aku camni."




Itu antara senario2 yang mungkin berlaku dan mungkin juga tidak, sekira nyer handphone korang terjatuh dalam longkang ke, sungai ke atau mana2 tempat yang ada air. So ari ni, aku nak citer pasal tips untuk menyelamatkan handphone korang tuh. Aku tau langkah mudah yang orang selalu buat. Jemur tengah panas kan...

Tapi jemur bawah cahaya matahari kadang2 tak leh pakai gak. Sebab handphone korang akan jadi panas. Mana la tau kot2 benda laen lak yang rosak.

So, teknik terbaru. Gunakan beras. Beras ye. Bukan nasi...

Gunakan silika gel pun bole sebenar nyer. Tapi korang ada cukup silika gel ke untuk benamkan keseluruhan handphone korang? Tak cukup kan... Kalo cukup, dah sah dah. Korang ni memang pengumpul silika gel.




Yang penting sekali, once handphone korang terjatuh dalam air, jangan ON kan handphone korang.

Sebab pe?

Sebab kalo korang on kan jugak, ada possibility untuk short circuit berlaku. Kalo handphone korang terjatuh air tapi still bole berfungsi, aku rasa korang dah tak yah follow tips ni kot. Sebab handphone korang dah memang okay. Definitely.

Untuk teknik menyelamat secara menyeluruh, korang digalakkan untuk tanggalkan bateri, simcard ngan memory card. Lagi cepat nak kering kalo korang keringkan berasingan. Pastu, apa lagi. Korang amek beras kat dapur tuh, korang taburkan kat handphone korang (sekali ngan bateri, sim card ngan memory card) sampai tenggelam.

Lorrhhh... Korang letak dalam bekas laaa... Kalo tak, sampai bila tak tenggelam handphone korang tuh... Biarkan selama 24 jam hingga 48 jam. Pastu, korang bole assemble balik handphone korang. Pastu ON...

Kalo gagal berfungsi gak, itu bermakna korang KENA GANTI handphone korang... Memang dah tak leh pakai tuh.


p/s: jangan gatal2 gi rendam handphone korang lak lepas baca entri aku nih.


Sumber: Yahoo! News


***********************************************************************************



3 sebab untuk beli kereta PROTON baru Raya ini.


***********************************************************************************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...