Monday, August 22, 2011

Rumah Terkurus

Kita pernah dengar tentang rumah terbesar. Kita juga pernah dengar tentang rumah terkecil. Begitu juga dengan rumah tercantik, terburuk, termewah dan pelbagai lagi istilah "ter" yang kita berikan kepada rumah2 yang unik. Kali ni aku nak share ngan korang sumer, rumah terkurus pulak.

Serius aku tak tipu. Rumah tu kurus je. Kalah Calista Flockhart. Okay, yang tu aku tipu. Hehehe... Nak tengok rumah tu macam mana? Macam ni haaa...


[Kurus tak?]


Tadaa... Kurus kan rumah ni. Walaupun kurus, tapi design rumah ni sebijik cam rumah btol la. Tapi aku agak2, rumah ni cuma sesuai untuk golongan bujang je. Sebab ngam2 untuk sorang duduk je. Bilik tidur pun ada je kan. Tangga lak bole dinaikkan untuk dijadikan sebahagian daripada tingkat bawah.

Tapi apa yang aku pasti, kalo ada rumah yang macam ni untuk golongan bujang, confirm laku. Tambahan lak, kat bandar2 yang tengah pesat membangun, mana ada banyak space sangat nak buat rumah lagi kan. Kalo nak jimat space, buat je rumah macam nih.


[Kan jimat space. Celah2 bangunan pun bole taruk]


Kalo ada rumah cenggini, maka pihak kerajaan tak perlu fikir banyak2 nak tambah rumah kat kawasan mana. Kawasan hutan mana nak teroka. Rumah kampung mana nak kena roboh. Win-win situation untuk sumer orang. Hehehe... Macam dah jauh je aku merepek ni kan...

Kalo nak baca dengan lebih lanjut, bole klik kat SINI.


Sumber: Yahoo! Finance


***********************************************************************************

Really? See opinion of others and share yours in this Battle Of The Sexes



***********************************************************************************

Sunday, August 21, 2011

Pokok yang "Menakutkan"

Pada bulan Ramadhan ni, sumer syaitan dah kena rantai, walaupun banyak lagi setan yang bertopengkan manusia masih berkeliaran di muka bumi ni. Tengok je la statistik kes bunuh bulan ni. Entri kali ni aku nak share something yang "menakutkan" ngan korang.

Walaupun "menakutkan", aku rasa bila korang tengok, korang bukan takut. Tapi korang akan cakap "oohh..." dalam kepala otak korang. Tak caye? Jom layan...


[Agak2 ada pontianak tinggal tak dalam lubang pokok ni?]


[Dah macam kepala medusa dah aku tengok]


[I'm watching you.. Muahahaha..!!!]


[Macam raksaksa pun ada]


[Howling banshee]


Sumber: Yahoo! News


***********************************************************************************


Can this be shown on Malaysian TV? #TuneTalk #WhoLikeConfuse



***********************************************************************************

Saturday, August 20, 2011

Mengidam dan Tips Mengatasinya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ari ni mari kita bercerita pasal mengidam dan cara nak mengatasi nyer. Menurut WikiPadia?!, mengidam ni bermaksud mempunyai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu benda. Keinginan yang tinggi pula bole diukur dengan skala keterdesakan seseorang dalam menangani isu mengidam nih. Get it? Tak? Takpe. Aku pun tak paham...


 [Rasa nak gigit2 je coklat nih]


Apa yang aku nak sembangkan ni, adalah mengidam makanan. Mengidam nak hisap rokok atau benda laen, tidak ada kena mengena ngan entri ni ye...

Aku tau ramai awek2 di luar sana tu selalu mengidam. Nak makan tu. Nak makan ni. Nak coklat tu. Nak coklat ni. Pastu bila dah jumpa coklat yang diidam2 kan, gi bantai sampai 3-4 bar. Tapi berat nak maintain je bawah 50 kg. Melayang kena tiup angin baru padan muka. Hehehe...


1. Pastikan korang tidak skip meal
Bila perut korang sentiasa diisi dengan makanan yang berkhasiat, chances untuk korang kurangkan perasaan mengidam korang semakin tinggi. Walaupun perasaan mengidam ni tak semesti nyer muncul waktu korang lapar, tapi kalo korang dah kenyang, mesti korang akan terfikir, "kalo aku makan gak, kembung ar perut aku macam ni". Maka, automatik nyer korang akan membatalkan niat korang.


2. Stay distracted

Sentiasa berada dalam keadaan sibuk juga bole mengurangkan perasaan mengidam nih. Kajian ada mengatakan perasaan mengidam ni cuma bertahan selama 15 minit je secara purata. So kalo korang stay distracted dalam mana 15 minit tu, poof... Perasaan mengidam korang pun akan hilang... Macam magik.

Buat2 sibuk atau korang memang sibuk merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk menghilangkan perasaan mengidam nih. Sedangkan orang yang tengah putus cinta pun bila sibuk bole lupa kesedihan diorang, apatah lagi perasaan mengidam kan.


3. Buat mantra korang tersendiri

Let say korang tengah mengidam nak makan coklat ni. Coklat tu lak ada depan mata korang. Korang cuba pejamkan mata korang. Pastu sebut dalam hati korang, "Aku tak kan makan coklat ni" sebanyak 3 kali. Buka mata korang. Korang perasaan tak craving korang dah hilang? Ekekeke...


4. Kalo mengidam sangat, jamah la sedikit je...

Ingat tu. Skeeettt je tau. Ni kalo dah mengidam tahap gaban dah ni. Sape2 pun dah tak leh nak halang. Yela. Kalo dah teruk sangat craving korang tu, tak leh nak sekat gak kan. Sama la macam perangai kita. Makin dilarang, makin rasa nak buat...

Kalo dah mengidam tahap macam ni, korang jamah la sedikit makanan yang korang mengidam sangat nak makan tuh. Masa korang jamah tu, make sure korang dah amek mood, korang dah amek feel yang korang akan saviour everything in one bite. Korang akan menikmati bersungguh2 gigitan yang pertama tuh sampai puas.




Bak kata omputih, "give your tongue a treat, not your stomach". Jadi, kalo korang mengidam nak makan coklat cadbury, tak salah korang makan takat 1-2 kali gigit. Tapi kalo dah sampai satu bar buta2 korang telan macam tu je, memang naek ar berat korang pastuh.


Tapi ada satu benda yang aku nak korang ingat.

Kalo korang tengah mengandung dan korang mengidam nak makan apa2, korang mintak je. Jangan segan2. Jangan tahan2. Adalah wajib dan menjadi tanggungjawab suami untuk memastikan perut korang sentiasa berada dalam kekenyangan. Kang lapo kang, sape gak yang susah kan...




***********************************************************************************


A new FULL HD TV would be nice... Here's how to win on



********************************************************************************** 

Friday, August 19, 2011

Gambar Langit yang Awesome

Aku sejak kecik lagi minat astronomi. Minat pasal planet2. Tapi bila dah besar, takde lak cabang2 ke arah benda2 camni, melaenkan angkasawan. Astronomi aku minat. Angkasawan tidak. Sebab aku minat astronomi, jadi bila aku terjumpa benda2 yang berkaitan pasal astronomi, aku rasa tertarik untuk share kat blog aku, macam aku share pasal Planet Gliese 581g bulan lepas.

Kali ni aku nak share gambar langit pada waktu malam yang sememang nyer awesome. Sebab ada gambar yang korang bole tengok Milky Way, galaksi kita. Aku tak pernah nampak langit macam ni kat Malaysia. Kalo ada, mungkin aku nak gak snap satu.


[A Starry Night in Iceland]


[Isfahan Milky Way]


[Galactic View from Planet Earth]


[Beauty of Northern Sky]


[Venus Above Reunion Island]


Ni sumer merupakan gambar yang terlibat dalam contest Night Sky Sparkle Showcase. Bila tengok balik gambar2 kat atas tu, aku skali lagi terfikir. Kat Malaysia ni takde ke tempat yang bole amek gambar nampak galaksi Bima Sakti sekali. Hhmmm...




**********************************************************************************


Siapakah penyampai ERA yang anda ingin ajak ke rumah terbuka anda tahun ini?



********************************************************************************** 

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #2



Wordless sebab aku yang design poster, tapi aku sendiri mungkin tak berkesempatan nak attend majlis berbuka nih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...