Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Friday, March 27, 2015

Korean Drama - Doctor Stranger

Lepas aku selesai tengok drama Master's Sun, aku khatamkan pulak drama Doctor Stranger. Drama ni aku consider sebagai agak berat. Technically tak berat la sebab file yang aku copy ni tak cecah gigabyte pun untuk satu citer. Cuma berat daripada segi jalan citer je. Hehehe...


doctor stranger, k-drama, review


Hhhhmmm... Citer ni berat la. Aku nak start citer sinopsis pun tak tau nak start dari mana. Macam penting je semua... Haishh... Ok la. Aku citer dengan mudah je. Watak utama, Park Hoon (lakonan Lee Jong-Suk) merupakan seorang doktor yang dilatih di Korea Utara (walaupun asal dia Korea Selatan). Macam mana tiba2 boleh kena latih di Korea Utara? Part ni yang aku skip sebab kalau citer, panjang gak la. And its a bit complicated sebab penuh dengan konflik. So tanpa perlu stress kan kepala otak aku, lets skip it. Lets skip it.

Senang citer, Park Hoon ni jadi doktor pakar bedah yang genius lepas kena latih di Korea Utara. Tapi dia dapat melarikan diri ke South Korea. Sebab apa dia lari? Sebab cornflake konflik2 yang aku skip tadi. So, yang ni pun aku skip gak. Hehehe... Dalam pada dia melarikan diri tu, kekasih dia Song Jae-Hee (Jin Se-Yeon) yang ikut sekali kena tembak lalu jatuh dalam sungai. Dia pasrah je la... Kan?

Bila dah kerja di Hospital Myungwoo University di mana dia compete dengan seorang lagi top surgeon, Han Jae-Jon (Park Hae-Jin), kekasih dia yang kena tembak tadi tuh bekerja pulak kat situ jugak menggunakan nama laen. Actually dia tau awek dia ni masih hidup tu dah lama dah. Tapi yang ni pun aku skip gak. Hahaha... So, ending dia... Pun aku skip gak. Korang tengok je la drama ni kalau berminat nak tengok. Hehehe...




Macam aku cakap daripada awal tadi lagi, citer ni agak berat walaupun techinically tak berat sebab tak cecah satu gigabyte sebab bercampur2 konflik dia. Plus konflik politik lagi. Episod awal2 dah boleh tengok hero menangis. Watak hero dalam citer ni memang selalu manly tears. Dia ni memang pakar bab menangis kot. Tapi ada seorang member aku tu memang suka bebenor ngan hero ni. Sebab dia kuat menangis gak kot. Hahaha...

Part2 bedah membedah tu best gak la. Bukan selalu tengok citer macam ni. Sekali pakej semua. Konflik, bedah membedah, cinta, hero menangis banyak. Memang complete pakej la kata orang. Hahaha... So, berapa bintang agak2 aku bagi?




9 so full of themselves :

Niesa said...

niesa suka tgk crita ni!haha..watak hero yg agak klakar jugak lah bila dh jd doc tu..

Dunia Zumal said...

Nampak best cerita nie... Zumal suka genre drama camni ^^

Anonymous said...

aku mcm kenal sgt member ko yg suke giler kt lee jong suk ni...tp...mana tau dia suke nangih...hehheeh

aswadz said...

@niesa: kan. hahaha...

@zumal: oooo... gitu ye. jd kena la tgk citer ni.

@anon: ada la. mana boleh bgtau.

Aisya A. said...

suka tgk cerita ni! hehe.. ada satu lagi yg cerita doktor2 mcm ni, still on going lagi lah. Blood tajuknya, pasal vampire jdi doctor. hehe

Khai♥Rin : anies said...

alamak.... x tgk lg cite ni

Jari Manis said...

x suka cite pasal spital ni tapi master sun mmg JM tgk wlaupun cite hantu ntah apa2

Amanina Mads said...

xpernah layan lg drama korea. hehehe

aswadz said...

@aisya: yg tu x tgk lg. hehehe... biasa la. aku lmbt sket sbb bkn tgk on9. tggu org download je.

@anies: silakan la tgk.

@JM: hahaha... citer hantu yg kelakar.

@amanina: ooo... x minat ek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...