Korang pernah tengok tak orang selalu jual kat Facebook style macam ni?
[Contoh sahaja]
Style yang promote konon2 nyer harga terlajak laris, terlajak murah. Bukan RM 70, bukan RM 60, bukan RM 50, bukan RM 40. Wowww... Murah... Tapi sila PM. Bila PM, rupa nyer harga RM 55. Tapi memang betul pun statement dia. Dia tak sebut pun harga RM 55. Dia cuma sebut bukan RM 70, RM 60, RM 50 atau RM 40. So, kira betul la tu kan.
Honestly, aku tak berapa berkenan sangat style yang macam ni. Both as customer and seller. Aku jenis yang malas nak PM. Kalau boleh, nak tau terus harga. Lagi senang. Sebagai seller point of view, aku pun malas orang nak layan kalau ada 100 orang PM, tapi sorang pun tak beli. Setakat tanya harga je. Letih kot nak melayan. Dan kalau dalam 100 orang tu, sorang pun tak beli, kan boleh mental breakdown tu.
Tapi aku tak kata pun yang semua orang yang menjual style gini tu tipu. Ada je yang jual betul2 nyer harga murah. Bukan RM 70, RM 60, RM 50 atau RM 40, tapi RM 30. Ada je. Tapi lagi ramai la yang memanipulasi ayat tersebut.
Untuk iklan yang lebih accurate dan lebih ikhlas, mungkin lepas ni kena tulis macam ni pulak.
Bukan RM 70, bukan RM 69, bukan RM 68, bukan RM 67...
Bukan RM 60, bukan RM 59, bukan RM 58, bukan RM 57...
Bukan RM 50, bukan RM 49, bukan RM 48, bukan RM 47...
20 comments:
betul betul pernah kena macam tu. senang sikitkan kalau tau harga :)
Pandai dorang manipulasi ayat Datuk Aliff yer ^^
pd sy straight to the point je laa... bkn semua customer mahir mengira idok??
Kenapa x cakap bukan free je?
haha., secara xlnsung dia da menipu.,
@cinta_hati: btol tu.
@zumal: tu ke founder ayat ni? skang baru aku tau. hahaha...
@anies: btol tuh.
@aien: hahaha... confirm laris.
@zuhdi: lebih kurang la.
teknik memikat..ehh...ye ke!
seeloknya letak harga yg betul
Singgah selasa di sini....
Klu diana terbaca mcm tu terus diana pm...hihi...
Tpi bila dia bagi tau harga...terus tak jadi nak beli...hihi
hahaha.. tektik je semua tu..
yes yes betul tu.. apa salahnya letak terus harga. nak sorok mende ? hahaha
pernah terkena sebelum ni KA dgn hrga2 yg mcm ni !
salam perkenalan. meh nak komen jugak :D
kalau jual shaklee kita ikut p&r shaklee. tp kita jual baju, direct je bagitau harga. takde rajin nak layan pm beratur nak tanya harga je. baik kita layan anak. hihi.
Kalau ikutkan Irfan Khairi, dia kata lebih baik letak terus harga. Sebab nak nampakkan betapa telusnya berniaga. Cuma ye la, mcm ada sesetengah barang yg ada supplier, kdg2 supplier buat syarat takleh display harga. Tp kalo aku yg jual, aku suka terus letak harga. Sbb senang. Mcm ko ckp la, takyah pening nak layan PM>
kebanyakkan mintak kita PM utk tau harga..bg sy labetter letak je teruih hrga...kn senang..then xpyh membebel harap sabar sy akan reply sorang²..tp strategy marketing katanya..entah..huhu
kebanyakkan mintak kita PM utk tau harga..bg sy labetter letak je teruih hrga...kn senang..then xpyh membebel harap sabar sy akan reply sorang²..tp strategy marketing katanya..entah..huhu
@JM: mgkn la. teknik nak dpt perhatian.
@amanina: btol tu.
@diana: hehehe... kalau tahu awal2, kan lg senang.
@pha_is: a'ah. taktik je tu.
@siti: kan. apa yg nak sorok nyer.
@KA: yeke. hehehe...
@noraihan: hehehe... layan anak lg best kan.
@lyd: yes, telus. lama aku cari dlm kamus cari perkataan tu. kih3...
@mime: bergantung kpd penjual la kot. kalau aku, mmg aku display je harga.
Post a Comment