Tuesday, March 8, 2011

Untuk Wanita

Cuba teka, apakah persamaan mereka...


Lisa Surihani


 Melissa Maureen Rizal


Sazzy Falak


Nora Danish


Diana Danielle


Persamaan mereka adalah artis? Free hair? Salah jawapan tu. Jap2... Mungkin gambar tak mencukupi...


Anonymous


Anonymous


Cik Vanilla


Awek cun? Pun salah gak. Mungkin gambar still tak cukup lagi.


Anonymous


Anonymous


Jadi dah bole teka? Tak kan tak leh lagi kot. Dah banyak sangat gambar aku letak ni. Kalo tambah lagi, berjela2 lak entri aku kali ni.

Persamaan nyer adalah, mereka sumer adalah wanita. Tak kira la cun ke tak cun. Meletop ke tak meletop. Hot ke tak hot. Free hair ke bertudung ke. Satu persamaan adalah mereka sumer adalah wanita. Tapi yang bawah ni bukan wanita ek. Awas...


Ni bukan wanita...


Apa significant nyer entri aku kali ni. Hehehe... Hari ni merupakan Hari Wanita Sedunia... So dengan ni aku ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita 2011 kepada wanita2 di luar sana, termasuklah awek2 yang aku kenal out there, tak terkecuali yang aku kenal dan aku sayang...




************************** Iklan Sempena Hari Wanita Sedunia **************************




Pregnancy and childbirth related deaths are the number one killers of girls aged from 15 to 19 in low-income countries, one of the many facts that young people are not aware of. Click HERE for more information.

Monday, March 7, 2011

Interior design yang unik untuk rumah

Korang masa kecik2 pernah tak ingin rumah yang macam playground? Aku tak pernah. Hehehe... Tapi hey, design bahagian dalam rumah yang ada ciri2 macam playground mesti seronok kan. Macam design kat bawah ni.



Nak naek ke tingkat atas, kena naek tangga. Tapi bila nak turun, why not guna gelongsor kan. What a brilliant yet a fascinating idea. Bila tengok je design bahagian dalam rumah yang menarik ni, terus aku ingin nak ada rumah yang macam ni. Hehehe...

Well, aku ni nama je dah besar. Tapi perangai still ada perangai cam budak2 sket (sket ke?). Jadi kalo ada rumah macam ni, mesti akan terperap kat rumah je 24 jam. Sedangkan rumah yang biasa2 pun aku dah bole terperap kan dalam rumah time cuti. Apatah lagi kalo ada rumah yang macam ni.

Asal bosan je, gi maen gelongsor dalam rumah. Senang citer. Time tengah tengok TV dan tiba2 ada commercial break yang panjang nak mampos, korang bole kill time dengan bermaen gelongsor dalam rumah korang tu. Hilang bosan dan kegeraman korang terhadap commercial break tadi.

Best giler kalo ada rumah yang macam ni suatu hari nanti. Yela. Turun guna gelongsor. Tak memenatkan.  Seronok lak tuh. Kalo ada escalator untuk naek lagi bagus. Double tak memenatkan. Apa pendapat korang? Untuk lebih gambar, korang bole baca kat sini.


Sumber: Yahoo! News

Saturday, March 5, 2011

Pemandu, Kereta dan Tabiat #5

Tajuk: Do 's and Don'ts Ketika Memotong


Selamat datang ke satu lagi segmen "Pemandu, Kereta dan Tabiat". Kalo sebelum ni aku ada bagi panduan tentang memotong di jalan raya, hari ini, saya akan berkongsi sedikit ilmu berkenaan dengan perkara2 yang bole dan perkara yang tak bape nak bole dilakukan ketika korang memotong kenderaan laen di jalan raya.


Do's

1. Fokus. Berikan tumpuan korang kepada pemanduan ketika memotong.

2. Menguntumkan senyuman manis kepada driver tersebut masa kita memotong. Sejuk sket hati driver yang kena potong tuh. Senyum riak adalah dilarang sama sekali.

3. Puji diri sendiri sebab dah berjaya menambah satu lagi bilangan kereta dalam rekod "kereta yang telah dipotong".

4. Potong tu pecut sket. Ni tak. Kereta yang korang nak potong tu bawak 60 km/jam. Korang lak bawak 60.5 km/jam. Bila nak abes potong kalo gitu...


Don'ts

1. Jangan korek idung masa memotong. Jijik driver kat sebelah korang tu nanti.

2. Jangan ngorat awek2 dalam kereta yang korang potong tuh. Tak molek kalo driver2 laen pandang.

3. Jangan melambai2 tangan korang semasa memotong. Takbur nama nyer. Tuhan tak sket. Senyum riak mahupun senyum kambing juga tidak dibenarkan sama sekali.


Sampai sini aje la panduan2 yang aku dapat kongsi ngan korang. Maaf la kalo korang betol2 expect aku nak bagi panduan yang betol. Tak dapek eden nak nolong...

Wednesday, March 2, 2011

Korang maen boling guna dua belah tangan?

Tak pandai maen boling? Tak reti spin bola macam Shalin Zulkepli? Maen boling guna dua belah tangan? Malu nak maen boling sebab pakai dua belah tangan? Malu nak masuk pertandingan sebab pakai dua belah tangan? Malu orang pandang rendah? Lepas ni mampuih gi la orang nak pandang rendah ke hape. Pasai pa?

Pasai maen guna dua belah tangan pun bole jadi juara hape... Tak percaya? Korang bole baca kat sini. Tim Wolchko memenangi New Jersey high school bowling championship. Yang ironi nyer, dia menang walaupun dia bermain menggunakan kedua2 belah tangan.


Two-handed technique yang style...


So, sape kata yang maen bowling guna dua belah tangan adalah noob? Kalo iye pun noob, still bole jadi juara hape. Tapi mulai ari nih, instead of korang panggil teknik dua belah tangan, korang gelar la teknik korang tu "two-handed technique". Baru nampak cam expert.

"Turn aku plak. Aku nak guna two-handed technique yang aku expert sangat ni".

Haaaaa... Sebijik macam seorang pemaen bowling yang profesional. So lepas ni, kepada sape2 yang hayun bola bowling guna one-handed style (bajet power) tapi still masuk longkang macam aku, apa kata hayun je guna two-handed technique.

Alang2 betol2 korang noob, apa salah nyer korang tunjukkan je ke"noob"an korang guna kedua2 belah tangan. Kot2 la guna style ni terus strike... Haaa...


Sumber: Rivals High

Tuesday, March 1, 2011

Pemain bola yang desperate

Diving dalam permainan bola sepak merupakan perkara biasa. Sebagai contoh, tengok Christiano Ronaldo. Bukan Christiano Ronaldo je. Banyak lagi pemain2 bola yang top biasa diving. Cuma Christiano Ronaldo ni agak popular bab diving-mendiving ni.

Tapi dalam perlawanan U-20 World Cup qualifier bahagian South America di antara Ecuador dan Chile, ada satu player Chile yang terlalu desperate untuk dapatkan free kick (time tuh Chile ketinggalan 0-1). Nak tau macam mana desperate nyer dia, apa kata korang layan dlu video nih.




Amacam? Desperate tak?


Sumber: Yahoo! Sports
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...