Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Sunday, May 18, 2014

The Amazing Spider-Man 2

The Rise of Electro.

Baru semalam aku sempat melayan movie The Amazing Spider-Man 2. Walaupun ada beberapa orang review kata tak best la, aksi tak banyak la. Tapi aku tetap nak tengok gak sebab aku memang rasa nak tengok. Hahaha... Lagi pun yang first nyer dah tengok, tak kan yang second tak nak tengok kan...


the amazing spider-man 2


The Amazing Spider-Man 2 ni mengisahkan bagaimana seorang engineer elektrik yang bekerja di bawah syarikat Oscorp bertukar daripada seorang pekerja biasa yang tidak dikenali kepada seorang yang mempunyai kuasa luar biasa, Electro. Dan macam mana pengaruh kehidupan terhadap diri dia. Dan menjadi tugas Spider-Man untuk melindungi penduduk kota daripada kemusnahan yang dilakukan oleh Electro.

Itu part yang utama la. Yang tak utama lak, kita boleh tengok part cintan-cintun Peter Parker dengan Gwen Stacy dan juga penampilan Harry Osborne dalam citer. Walaupun plot untuk watak Harry Osborne aka Green Goblin ni adalah sampingan je, tapi watak Harry ni turut mempengaruhi plot utama juga. Sila rujuk movie untuk mengetahui lebih lanjut. Hehehe...


the amazing spider-man 2, spider-man giant poster
[Harus bergambar ngan poster gergasi Spider-Man]


Walaupun daripada awal dah dengar yang Spider-Man lawan dengan 3 orang musuh dalam movie kali ni iaitu Electro, Green Goblin dan The Rhino, sebenar nyer movie yang ke-2 ni tertumpu kepada Spider-Man vs Electro sebenar nyer. Yang Green Goblin cuma sebagai plot sampingan manakala The Rhino pula cuma plot kecil di akhir movie. So jangan expect yang movie ni asyik lawan memanjang ye. Hehehe... Nak tengok best ke tak, layan trailer ni dlu.





Ramai yang kata movie ni tak best la, aksi lawan sket la. Tapi bagi aku best je. Walaupun tak dinafikan yang jalan citer dia agak panjang sket, tapi menarik. Awal2 je dah boleh tengok Spider-Man beraksi. Jalan citer jadi panjang sket mungkin sebab ada plot2 sampingan yang wajib ada. But still, aksi2 berlawan yang ditampilkan dalam movie Spider-Man 2 ni memang best.


Tapi apa yang paling best dalam movie ni adalah bila tengok Spider-Man yang genius dan bijak. Yup. Spider-Man yang bijak yang menggunakan kebijaksanaan nyer untuk invent alat untuk keluarkan spider web. Bukan Spider-Man yang keluarkan spider web ikut kulit kat pergelangan tangan ye kanak2 sekalian. Itu baru genius.




13 so full of themselves :

Aisya A. said...

movie first dulu tengok download je. eh takpun tengok kt astro je.. yg 2nd ni tgk trailer mcm best je.. tu yg tak sabar nk jugak g tengok. tp boleh tahan best lah. :D

aswadz said...

best kan. hehehe...

Sylarius Yusof said...

Spiderman ni kalau ikut dalam komik, dia ni salah seorang anggota The Avengers. Tapi copyright punya pasal (spiderman under sony, Marvel/Disney - Avengers, Fox - X-Men), so kita takleh nak tengok gabungan watak-watak ni di dalam filem. Kalau dalam channel Disney XD tu lain cerita. haha

Kesuma Angsana said...

mcm best je nampaknyer, tpi x dan nk tgk lagi ler

Niesa said...

niesa dh tgk gak...best tp cuma 1 xbest sbb heroin mati..mesti yg ke3 nnti spiderman dpt awek baru..dh tau dh..hahaha

puteri kasih said...

setakat hari ini masih belum tengok lagi..

vanilla said...

nangis masa gwen mati sob2

aswadz said...

@sylarius: masing2 syarikat besar, payah nak collaborate.

@kesuma: astro first la jwb nyer. hehehe...

@niesa: itu confirm. sumer org dah tau sape awek baru peter parker.

@puteri: esok lusa belum tentu.

@vanilla: sedih2.

LydSunshine said...

Aku tak tua le nape, dlm byk2 super heroes, aku tak berkenan dgn spiderman. heheh. Mungkin sbb... mcm selekeh je power dia tu. Keluar tali2 ikut tangan. Heheh. Aku mcm geli. Lagipun yg spiderman lakonan tobey dulu tu aku tak suka sbb hero dgn heroin yg tak hensem dan tak cantik. Kehkeh. Boleh ke bagi komen cenggini. Yang amazing spiderman ni hensem skit la.

zuhdi sanusi said...

bes ker., aku xtengok pun lg., huhu

aswadz said...

@lyd: hahaha... mgkn la kot sbb power dia x sehebat superhero yg laen.

@zuhdi: ikut org kot. bg aku best je. tp ada gak mmbr2 aku yg kata x best.

Ismail N said...

Masi ok, cuma tak se-best yg pertama. :D Avengers dulu pun ada yg mati juga (Agen Coulson) tapi kita tetap blh trima sbb ending power. Ending Spiderman ni mcm lesu sikit.

aswadz said...

ending dia shj dibiarkan tergantung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...