Setelah lama menyepi dari membuat design untuk template baru, akhir nyer aku telah kuar untuk menyediakan dua buah template yang based on anime "Bleach", yang kedua2 nyer aku guna untuk kedua2 blog aku, iaitu "Creativity Beyond Your Limit" ngan blog ini... Ni pun aku buat setelah mendapat idea untuk wat design wallpaper sendiri. Baek la, kat bawah ni adalah beberapa preview untuk kedua2 design yang aku mentioned tadi. Harap2 html code yang aku bagi tu tak membawa masalah la kepada korang. Aku pun tak bape pandai sangat wat benda nih... Hehehe...
Contoh template untuk template "Bleach the Bankai".
Contoh template untuk template "Ichigo the Vizard".
Kat atas ni adalah beberapa gambar contoh untuk template yang aku wat tu. Untuk gambar yang lebih jelas dan juga info2 laen seperti nak gambar preview, wallpaper dan juga camne donload html code untuk code ni, korang bole lawat blog aku iaitu "Creativity Beyond Your Limit" atau bole klik kat sini untuk terus direct ke entry ini.
After Kuroshitsuji, yang mana aku rate kan sebagai anime yang average je, skang ni aku layan anime Ookamikakushi. Stakat ni, aku dah tengok sampai episod 3. Tapi aku still clueless tentang motif sebenar anime ni. Tak tau la anime ni memang dibuat seperti itu, atau perkembangan plot citer dia agak lambat sket. Tapi rating yang aku bagi stakat ni, average gak la. Sebab kalo bawah than average, dah sah2 aku tak kan donload nyer kan. Hehehe... Baek la. Review tentang citer ni, macam biasa, aku amek kat Anime News Network la, sumber info untuk anime yang aku slalu bukak sebelum donload mana2 anime.
Alternative Title:
Ookami-kakushi (Japanese)
Spirited Away by the Wolf
おおかみかくし (Japanese)
Genres: horror, magic, mystery
Themes: school
"Kuzumi Hiroshi moves with his crippled sister and his father to the remote city of Jouga, which is famous for its hassaku citrus and the rumors that a species of enormous wolves once lived in the area. While some of the residents are more than friendly, when people begin to vanish suddenly, it becomes apparent that something sinister is afoot..."
Mesti anda tertanya2 kan apa yang tak sama? Hahaha... Sebenar nyer kalo nak diciter kan, hal remeh je sebenar nyer. Tapi saje je aku nak post kan sini sebab aku rasa annoy lak. Tiap2 ari terkena benda yang sama. Sebenar nyer macam ni, ada satu tempat parking ni, dalam kawasan tempat kerja aku. Tempat tu ada satu pokok. Memang kat situ je la yang ada pokok, tempat laen takde. Jadi, kat situ la tempat yang paling teduh kalo nak parking kereta. Kat sini takde parking kereta berbumbung. Hanya untuk motor je. So, kalo parking kat situ, memang kereta tak jadi panas sangat la kan. So, time nak kuar makan tengah hari atau waktu nak balik, nak masuk kereta pun tak yah la tunggu lama nak buang haba atau wap panas yang accumulate dalam kereta tu.
Yaa, itu lah dia tempat parking kereta yang menjadi pujaan hatiku. Tiap2 ari aku memang akan parking kat situ, kalo takde kereta laen yang dah park kat situ la. Maklum la, aku selalu datang awal kan. Jadi kadang2 takde kereta lagi yang parking kat situ. Yang kat sebelah dia tu (yang ada wira), pun pujaan hatiku gak. Tapi ari ni ada kereta dah park kat situ, so ari ni tak leh la nak park kat situ. Nak tau nape ari ni aku tak parking kat situ walaupun kosong? Macam ni citer nyer...
Once upon a time... Eh? Bukan2... Macam ni sebenar nyer. Pagi2 tadi bila aku masuk je perkarangan kawasan AMREC, memang aku dah rancang nak parking situ. Tapi elok2 je aku belok, aku tengok pak cik tu sedang dok sapu daun2 yang gugur kat situ. Kalo sapu je takpe la. Still aku bole parking kan. Tapi ni tak, dia dah siap parking "kereta" sorong dia kat situ. Ni bukan kali pertama la. Aku tak kisah sebenar nyer. Sebelum2 ni pernah je berlaku. Tapi ni dah 2-3 ari berturut2 ni. Asal aku datang je, dia mesti tengah sapu kat situ, siap parking kereta sorong dia kat situ. Tu yang aku annoy tu. Agak2 esok dia parking lagi tak "kereta" dia kat situ?
Tajuk entry ni tak bermaksud aku nak post kan jawatan2 kosong yang ada skang ni. Tapi cuma nak share sket maklumat pasal jawatan kerajaan. Ni pun aku terbaca kat utusan online. Jadi aku just nak copy and paste je, in case sape yang tak baca la kan.
"Banyak jawatan kosong tahun ini
IPOH 26 April - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan lebih banyak kekosongan jawatan akan berlaku berikutan kumpulan pertama kakitangan yang dilanjutkan tempoh perkhidmatan ke usia 58 tahun mula bersara pada Julai ini.
Pengerusi SPA, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri berkata, kekosongan tersebut merupakan sebahagian daripada lebih 50,000 jawatan perkhidmatan awam yang akan diisi sepanjang tahun ini.
''Tahun ini, pada bulan Julai mungkin kebanyakan mereka yang dilanjutkan perkhidmatan ke umur 58 tahun akan mula bersara, kita jangka ada banyak kekosongan jawatan berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Greentown Square, di sini hari ini."
Jadi, sape yang blom mendaftar ngan SPA ni, daftar2 kan la diri anda. Mana la tau, ada rezeki depa panggil untuk exam ke, interview ke...
Skang ni kita tentu dah biasa kan kalo tengok berita kat tv, baca paper, pasti ada citer pasal Kumpulan Baju Merah yang buat demonstrasi kat Bangkok, sampai terbengkok (means huru-hara la) keadaan di bandar Bangkok tu skang. Kumpulan Baju Merah tersebut akan berterusan untuk melakukan demonstrasi jalanan sehingga Perdana Menteri Thailand, iaitu Abishek Bacchan, eh, bukan... Abishit (nak kena censored tak perkataan "shit" tu?) Vejjajiva membubarkan kerajaan yang sedia ada skang ni.
Tak abes dengan itu, keadaan di Thai yang masih dalam huru-hara, di haru-birukan lagi dengan kemunculan Kumpulan Baju Kuning. Pulak dahh... Kumpulan Baju Kuning ni tampil menggesa kerajaan Thai untuk mengisytiharkan darurat... Tu la al-kisah nyer. Lepas satu2 kumpulan baju kaler2 muncul. Ni kalo Kumpulan Baju Merah bergabung ngan Kumpulan Baju Kuning, leh bersatu menjadi penyokong pasukan negeri Selangor ni.
p/s: agak2 lepas ni akan muncul tak Kumpulan Baju Hitam ngan Kumpulan Baju Putih. kalo ada, leh ajak diorang bergabung ngan Kumpulan Baju Kuning, jadi penyokong pasukan negeri Perak lak.
Pagi ni, apa yang aku wat sumer nyer berjalan lancar. Takde apa2 masalah pun yang berlaku ke atas diriku ini. Tengah ari tu, planning nak gi bank la. Nak masukkan duit dalam akaun ASB. Dah lama tak masukkan duit, sejak bulan lepas lagi. So, after makan tengah hari kat kafeteria, aku pun bergegas ke kereta aku. Kang lambat kang, tak cukup masa lak nak wat urusan bank. Maklum la, nanti nak kena tunggu giliran lak kan. Time lunch2 macam ni, sah2 ramai orang.
Sampai2 je aku kat bank tu, aku tanya, "Bang, nak amek nombor kat mana?" Sebab aku tak nampak mesin yang tekan2 kuar nombor tu. Rupa nyer ada kat sebelah dia je. Dia yang akan tekankan untuk kita. Bagus depa ni. Aku amek nombor tu, terus duduk. Angka giliran, 5041. Angka giliran skang adalah 5028. Hhmmm... Lama gak aku kena tunggu nih. Pastu bila sampai angka giliran 5034, aku gelabah. "Alamakk..." Korang tau kenapa aku gelabah?
....
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Suka2 engkau je amek nombor giliran terus duduk. Gi la isi form untuk deposit ASB dlu. Lorrr... Hahahaa... Tu la pasal. Dah aku sedap2 duduk je, aku pun naek heran. Apsal cam senang je aku masuk bank ni. Pastu baru aku perasan, aku tak isi borang kot. Last2 aku tpon Cik Ida untuk dapatkan confirmation daripada beliau. Dah sah, kena isi form ASB dlu. Hehehe... Naseb baek angka giliran untuk ASB ni agak slow sket. Jadi sempat la aku isi form dan duduk balik. Wahahaa... Bikin gelabah je... Ntah macam mana aku bole selamba je masuk bank tu, amek nombor giliran dan terus duduk, masih menjadi tanda tanya sehingga ke saat ini.
Terkejut dan rasa pelik tak ngan tajuk post ini? Tajuk post ni aku amek bulat2 dari akhbar The Sun (sebab nak translate BM tak reti). Mula2 aku tak paham pun tajuk post ni. Tapi lepas baca keseluruhan artikel ni, baru la aku bole tangkap apa yang hendak disampaikan oleh penulis artikel tersebut. Maksud tajuk artikel ini adalah wanita yang walaupun pada kebiasaan nyer prefer pada lelaki yang kaya atau hensem, tapi bila waktu mereka subur (you know what I mean right?), mereka akan lebih prefer pada lelaki yang lucu dan kelakar. Walaupun mereka itu spesies yang tidak berduit atau poket selalu kosong.
"Scientist at the University of California showed 41 women pictures of 2 types of men, a creative but penniless group, and a wealthy, successful group. Who would you date? If they were asked when they were ovulating, the women preferred the cheeky-but-poor guys."
Nape begitu ek? Menurut The Sun lagi, mempunyai sense of humor ni adalah salah satu tanda kreativiti dan intelligence, dan menandakan bahawa mereka mempunyai high quality genes. Fuiyooo.. Kira aku nyer gen ni high quality la ek. Tu la. Dah disahkan oleh SIRIM la katakan. Bertuah anda Cik Ida. Hak3x... Dalam surat khabar ni gak mengatakan persepsi antara lelaki dan perempuan untuk bab sense of humor ni berbeza. Kalo perempuan, diorang nak lelaki yang bole menyebabkan mereka ketawa. Kalo lelaki lak, diorang nak perempuan yang ketawa pada lawak2 mereka.
Apa yang aku bakal post kan ini masih belum diketahui kebenaran nyer. Namun just nak share ngan anda sumer tentang info yang aku dapat ni melalui emel SIRIM. Diforwardkan oleh orang laen kepada sumer ahli keje AMREC. Oleh itu, aku amek la kesempatan ini untuk share info ni. Sebagai mukadimah, RON tu bukanlah nickname kepada penyerang berbisa Manchester United iaitu Wayne Rooney, tetapi bermaksud Research Octane Number yang mempunyai urutan nombor RON 84, 87, 91, 92, 95 dan 97. Semakin tinggi nilai RON, semakin tinggi jumlah iso-octane yang terdapat dalam minyak tersebut (minyak dihasilkan daripada campuran iso-octane, toluene dan benzene). Di bawah ni, aku dah paste kan emel yang aku terima pasal RON 95 ni.
Kenape mesti gambar petrol pump Shell? Sebab aku isi minyak kat Shell. Simple kan...
"Assalamualaikum,
Akhir-akhir ini banyak betul berita kereta terbakar apabila berlaku kemalangan. Kadang-kadang kemalangan yang kecil dan kereta yang baru dan tidak diubahsuai pun terbakar. Adakah petrol RON 95 yang mula diperkenalkan di Malaysia pada Mei 2009 adalah salah satu punca kenapa kereta mudah terbakar bila kemalangan? Diharapkan ada kajian menyeluruh dilakukan terhadap fenomena yang berlaku ini.
Saya akui, saya tidak mengetahui secara lengkap formula minyak RON 95 Malaysia. Namun, sebagai ahli Kimia, saya boleh la membuat sedikit hipotesis mengenai kandungan RON 95 Malaysia.
RON 95 Malaysia pada amatan saya berbeza dengan RON 95 yang digunakan di negara Australia dan Eropah. Sebagai seorang ahli kimia, saya sangat biasa dengan bahan-bahan kimia. Pada amatan saya (maaf jika saya silap) RON 95 di Malaysia mengandungi kandungan benzena yang banyak.
Ini kerana semasa saya mengisi minyak RON 95, bau minyak tersebut lebih banyak berbau benzena. (saya biasa dengan bau benzena).... Jadi saya menjangkakan bahawa kandungan RON 95 Malaysia mempunyai benzena yang tinggi.
Benzena mudah terbakar
Benzena adalah sebatian kimia organik dengan formula molekul C6H6. Benzena tergolong dalam kumpulan hidrokarbon aromatik, tidak berwarna dan sangat mudah terbakar. Kadar flash point benzena ialah -11 darjah celcius.
Sedangkan unsur lain dalam minyak RON 95 iaitu octane, walaupun mudah terbakar namun tidaklah semudah benzena iaitu kadar flash point octane adalah 4.5 darjah celcius, manakala flash point toluene adalah 4 darjah celcius.
Ini bermakna, RON 97 kurang mudah terbakar daripada RON 95 kerana kadar benzena RON 97 adalah lebih rendah daripada RON 95 sebab mempunyai kandungan octane yang tinggi. Sedangkan RON 95, sangat mudah terbakar kerana mempunyai kandungan benzena yang tinggi.
Itulah hipotesis yang dapat saya lakukan...(jika tersilap saya mohon maaf kerana saya juga manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan)
Sekadar berkongsi... Wallahualam."
Bagi aku, aku setuju dengan pendapat beberapa orang yang turut memberi respond kepada emel ni. Yela, dah nama pun minyak. Mesti la terbakar. Kalo dah accident yang menyebabkan tangki minyak bocor, ditambah dengan kehadiran percikan api, tak ke terbakar minyak tu. Yela, zaman dah canggih. Dalam kereta macam2 benda yang berteknologi tinggi. Macam ada sorang tu komen, "bawah dashboard je dah berselirat wayar2 dan macam2 lagi". Jadi kalo dah accident, tak mustahil kalo wayar2 ini terputus dan menyebabkan "sparks". Dan apabila sparks ini bertemu dengan minyak, bukan nyer mereka akan jatuh cinta, tapi akan "KABOOM... KEBABOOOM!!"...
Jadi, apakah tujuan aku post kan benda ni kalo akhir nyer aku nak bangkang kan apa yang aku post? Takk... Tujuan aku sebenar nyer hanya lah untuk mengingatkan anda sumer untuk berhati2 ketika memandu di jalanraya. Kalo accident, silap haribulan bole meletup kereta anda. Itu lah tujuan sebenar nyer aku berkongsi info ini dan aku sendiri mengingatkan diri aku untuk bawak kereta secara berhemah.
Sebelum aku abeskan ayat untuk entri ni, aku kongsikan satu ayat dari salah sorang pengkomen emel ni. "Minyak tanah pun kalo kena spark bole terbakor, ini kan pula petrol yang ringan".
Sekian, terima kaseh...
p/s: ari tu nak amek borang untuk bonuslink kat booth shell (diorang setup booth btol2 depan kaunter nak bayar duit), last2 mak cik tu kata borang tu dah abes...
Pada pagi yang tak bape nak hening ni, izinkan daku untuk merepek2, bagi menghilangkan rasa bosan di hatiku yang lara ini. Masuk je ofis tadi, perasaan malas tu dah mula menguasai diri. Dah lama masuk tadi pun tak bape nak awal. Lambat sket. Skkeeeeettt je... Hehehe... Tapi kalo masuk awal pun, jadi macam ni la. Tak wat keje pun dari tadi. Duduk kat meja je, on laptop. Bukak organizer, update kan sket2 on apa yang aku nak kena wat untuk ari ni dan ari2 yang bakal mendatang. Maklum la, since baru lepas presentation ni, biasa la kalo malas2 kan. Macam tak biasa. Tentu anda juga begitu kan. Pastu, bukak blog, bukak blog orang laen, bukak emel, facebook, soccernet dan segala macam benda la yang bole bukak kat internet nih. Pastu chatting2 ngan Cik Zuraida kat skype (dia pun tak bape nak busy gak).
Aku pun tak ada apa sangat nak posting sebenar nyer. Just nak merapu aka merepek kat sini. Kata amek course Merepekal Engineering, siap ada master dan PhD lagi (yela tuh). Hahaha... Walaupun apa pun, boys n girls, preeasee dun try dis at home (eh, ape kah?). Ok la. Enough merepek kat sini. Baek aku wat benda yang berfaedah yang laen dari terus melalut kat sini. Chiow...
Setelah seminggu aku telah merajinkan diri di tempat keje, so lepas dah abes meeting dan presentation, aku mula rasa nak memalaskan diri bila dah cuti2 ni. Bangun pagi tadi pun ada la 2-3 kali, tapi sambung balik tdo sampai aku puas. Bercakap pasal presentation aku time meeting tu, tak seperti yang aku expect. Langsung tak sama. Walaupun aku dah agak presentation tu informal, tapi aku tak jangka ia menjadi sangat tak informal, sampai bole gelak2 dan sembang2 during presentation tu. Tapi ok la. At least tak membebankan aku next time nak present progress projek kan.
Berbalik pada pagi tadi. Aku lepas dah bangun tu, ingatkan nak gi kedai peralatan sukan, sebab aku nak tukar handle raket badminton aku tu dengan yang baru. Tapi tu la. Rasa nak kuar umah tu rasa malas giler. Padahal dari ari tu lagi dah niat nak tukar. Tapi tak tukar2 gak. Apa la nak jadi ngan diri aku ni. Sebab malas, ngan lunch2 skali aku makan kat umah. Tapi bukan makna nyer aku memasak. Takkk... Aku cuma makan buah betik je. Eh, kenyang hape... Makan malam nanti aku bedal la habis2-an, ganti lunch... Kira nyer, bole dikatakan teknik men"saving" duit jugak la. Siang tadi tu, kira nyer aku kuar untuk semayang jumaat je. Owhh... Tak bermakna nyer hidup aku ari ni. Hehehe...
Petang tadi pun patut nyer aku gi maen badminton ngan student praktikal. Tapi dek kemalasan aku, aku tak gi. Lagi pun, handle raket aku pun tak tukar lagi. Jadi memang malas la aku nak gi maen. Sama time aku cadang nak bayar bil broadband. Last2 aku kata, "alaa... esok kan ada..." Hhhmmm... Tapi takpe la. Bukan selalu bole malas2 kan. Nanti dah start keje, kena rajinkan diri balik...
1st time aku berblogging selepas bercuti daripada berblogging selama seminggu. First mende yang aku nak update kat blog aku adalah pasal anime yang aku tengah tengok skang ni. Hahaha... Ye, skang ni aku tengah layan anime baru. Anime K-On dah lama aku abes tengok. Cuma aku tak update kat blog ni je. Maklum la, busy kat tempat keje. Kat umah lak mesti la nak lepak2 tengok tv, tengok anime, sembang2 ngan kekasih di telefon. Jadi takde masa la aku nak update blog kan. Tapi takpe, another entry akan follow after entry ni. Yela, takkan la after seminggu cuti berblogging, takde apa nak update kan. Takkan update pasal anime je... Jadi, dun worry la... (ntah sape yang nak worry kan)
Alternative Title:
Black Butler
Czarny Lokaj (Polish)
Демон-дворецкий (Russian)
Дьявольский дворецкий (Russian)
Темный дворецкий (Russian)
Черный дворецкий (Russian)
الخادم الأسود (Arabic)
黑執事 (Chinese (Taiwan))
黒執事 (Japanese)
Genres: comedy, mystery, supernatural
Themes: bishounen, demons, historical, shinigami
"One of the noble families of England - Phantomhive, has a butler, Sebastian Michaels. He has unquestionably perfect knowledge, manners, talent with materials. martial arts and much more. But for some reason, he serves a 12 year old master..."
Dari anime world, aku bawak balik korang ke real world. Tak ada apa pun yang aku nak citer kan. Cuma nak kongsi kan sedikit apa yang berlaku ari ni kat aku, dengan keje aku. Pagi2 tu, aku gi la jumpa bos aku sebab ari tu ada orang bagi tau yang dia ada hal nak cakap ngan aku. *knock* (ada la dalam 2-3 kali, disertai dengan ucapan salam) Lepas aku dah duduk, kitorang pun sembang2 la. Rupa2 nyer nak bagi keje kat aku... Hhhmm... Tak pasal2 busy aku. Hehehe...
Khamis ni ada meeting. Dia nak sruh aku wat presentation sket tentang progress projek. So, kena la wat slideshow. Skang ni result tak banyak. Cuma ada result untuk density dan shrinkage je. Kebetulan aku tengah wat testing untuk hardness. Dah separuh. So, kalo aku nak masukkan dalam presentation, paling lambat sok kena settle sumer. After that, aku kena submit progress report lak. Dah la sebelum tu aku kena komen pasal mesin grinder yang dia sruh aku cari dan purchase tu. Lambat sangat kata nyer... Jatuh moral aku nak wat keje untuk ari tu. Dengan mesin hardness wat hal, lagi jatuh moral aku. Naseb baek petang tu jadi ok. Apa lagi, moral aku untuk bekerja terus increase significantly. Ececece...
Jadi, memandangkan kesibukan yang bakal melanda diriku ini, mungkin aku akan menjadi malas untuk update blog untuk beberapa ari yang bakal mendatang.
Ok2, beralih pula ke siri jelajah anime terbitan ReX Holding Sdn. Bhd. Eh? Bukan2... Hehehe... Merepek je tuh. Nak alihkan perhatian anda daripada posting pasal akreditasi tu. Skang ni aku nak citer hal2 yang away dari real life. Kita citer pasal anime life lak. Aku nak citer pasal anime yang Cik Zuraida dok promote sruh aku tengok, iaitu K-On!. Nampak tu, ada tanda seru. Jadi bila korang sebut tu, kena ada "seru" pada suara anda the moment korang lontarkan pitching korang untuk menyebut perkataan itu. ???? Berbalik pada citer tadi. Setelah Cik Zuraida mempromote2 kat aku sruh tengok, aku pun copy la anime ni dari dia time kitorang gi bercuti2 ari tu. To be honest, anime ni klakar gak. Siap salah satu episod tu aku gelak abes2 sebab ada babak dia yang klakar.
Ok, enough talking. Here is the review.
Alternative Title:
K-ON!輕音部 (Chinese (Taiwan))
けいおん! (Japanese)
Genres: comedy, slice of life
Themes: bishoujo, moe, music, school
"It's Yui Hirasawa's first year in high school, and she's eagerly searching for a club to join. At the same time, Ritsu Tainaka, a drummer, and her friend Mio Akiyama, a bassist, are desperately trying to save the school's light music club, which is about to be disbanded due to lack of members. They manage to recruit Tsumugi Kotobuki to play the keyboard, meaning they only need one more member to get the club running again. Yui joins, thinking it will be an easy experience for her to play the castanets, the only instrument she knows. However, the other members think their new addition is actually a guitar prodigy..."
Dah lama tak berblogging yang panjang2, so ari ni nak lepas geram sebab ari je aku rasa aku akan free sebab after this, aku akan busy ngan keje aku. Pasal keje tu, aku akan ulaskan kemudian. Ari ni aku akan post 3 benda skali ari ni untuk membuktikan yang aku sedang lepas geram. Hahaha...
So, untuk posting yang pertama ni, aku akan menceritakan pasal akreditasi UniMAP dlu. Ni sumer gara2 Cik Zuraida mempersoalkan status universiti aku ari tu time berbual2 ngan aku. Ntah mana datang idea dia nak berborak pasal ni pun aku tak tau. Dia kata dia ada terbaca kat surat khabar kat kafe lombong dia tu, which is dia dah baca tak lama dlu. Dia kata dia tak ingat surat khabar apa, tapi aku rasa Kosmo! la kot sebab paper yang ni je ada membuat kenyataan yang fakta nyer TAK BAPE NAK TEPAT pasal akreditasi dan status universiti aku.
Tapi actually, aku sendiri tak bape arif nak citer kan pasal status akreditasi UniMAP ni. And apa yang aku faham ni, tak reti lak aku nak terangkan kepada anda sumer. Cuma yang aku tau, program kat U aku ni akan diakreditasi directly under Board of Engineer (BEM) dan bukan nyer Lembaga Akreditasi Negara (apa kelas LAN nak akreditasi kan). Jadi, kalo nak tahu lebih lanjut, layari lah http://akreditasiunimap.blogspot.com untuk informasi terkini. Jadi, apa yang sebenar nyer yang aku nak citer kan dalam posting ni?
Sebenar nyer, aku just nak higlight kan kesilapan wartawan Kosmo! tu yang TAK BAPE NAK BIJAK dalam menyelongkar dan mem"publish" karya beliau. Tapi it's ok. Human do make mistake. Even aku pun buat mistake. Bukan skali skala, tapi berkala2. Wahahaha... Ehem2... Ok, kembali kepada jalan yang benar untuk posting ini. Kat bawah ni aku highlightkan kesilapan artikel tersebut yang disiarkan dalam Kosmo! pada 15 Mac 2010 dengan tajuk "16 Program UniMAP Tidak Diiktiraf".
"
1. Terdapat beberapa fakta yang salah dalam artikel tersebut, iaitu:
i) Kewujudan UniMAP pada tahun 2001. Universiti ini mula dikenali sebagai UniMAP pada tahun 2007 dan bukannya 2001. Dahulu, ia dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) dan mula mengambil pelajar sulungnya pada JUN 2002. KUKUM juga tidak pernah “dinaik taraf menjadi IPTA” sebagaimana dilapor, kerana sejak penubuhannya ia sudahpun sebuah IPTA. Perubahan dari KUKUM ke UniMAP hanyalah penukaran nama dan bukannya penukaran status.
ii) Bilangan program yang tidak diiktiraf. Menurut laporan berita tersebut, bilangan program yang tidak diiktiraf adalah 16 sedangkan hakikatnya bilangan ini adalah 8. Status yang 8 ini juga sebenarnya MASIH BELUM MUKTAMAD. Proses rundingan tentang perkara ini sedang berjalan, dan banyak maklumat mengenainya dikategorikan sebagai SULIT oleh Lembaga Rayuan Akreditasi.
iii) Ayat “..sebahagian besar daripada 2,500 pelajar berkenaan telah dan akan meninggalkan IPTA berkenaan dengan segulung ijazah yang tidak diiktiraf mana-mana pihak pun di negara ini” -- JPA mengiktiraf graduan UniMAP dengan memberikan status ‘Khas Untuk Penyandang’ (KUP) yang membolehkan graduan tersebut bekerja di sektor awam. Selain itu, peratusan yang amat tinggi graduan UniMAP sudahpun bekerja di sektor swasta dan juga awam. Ada juga yang menjalani pengajian tinggi hingga ke peringkat PhD dengan biasiswa yang diberikan oleh institusi luar negara. Bagaimana mereka boleh diterima oleh pihak-pihak ini sekiranya mereka “tidak diiktiraf mana-mana pihak..”?
2. Pemilihan perkataan dan susunan ayat yang digunakan boleh menyebabkan sentimen ketidakpercayaan dan tanggapan yang salah terhadap UniMAP. Contohnya ayat “2 program yang bernasib baik mendapat pengiktirafan di UniMAP ialah Sarjana Muda…..” “Bernasib baik” bukanlah pilihan yang tepat kerana ia memberi gambaran bahawa 2 program tersebut mendapat pengiktirafan kerana nasib semata-mata sedangkan ia diperolehi kerana program-program itu memenuhi kesemua keperluan Lembaga Jurutera Malaysia sebagaimana tertera di dalam EAC Manual. Sistem akademik yang mendasari penawaran program-program ini dibangunkan menurut arahan yang tertera dalam Memo Kabinet bertarikh 5 Julai 2001. Sistem ini menjalani proses penambahbaikan secara berterusan.
3. Selain itu, banyak lagi perkataan dan rangkap yang digunakan yang boleh menimbulkan kesangsian seperti “percaya atau tidak”, “apa yang menggemparkan”, “mendakwa”, “bergelut”, dll. KOSMO seharusnya lebih bertanggungjawab dalam pemilihan perkataan supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan. "
p/s: tak akreditasi pun, aku masuk gak kerajaan... walaupun tak permanent lagi... SPA panggil gak gi exam... cuma aku je tak pegi. hehehe...
Niat di hati pagi tadi, petang ni nak start explore dan terus design web page untuk conference seperti yang aku cakap kan dalam post aku yang sebelum ni. Tapi laen lak jadi nyer. Balik2 dari semayang jumaat tadi, aku terus gi potong rambut (lepas lunch la). Abes je potong rambut, patut nyer aku start buat apa yang aku niatkan pagi tadi. Tapi last2 benda laen lak yang aku explore. Ni sumer gara2 aku bukak blog aku ni. Pastu tangan aku gatal2 gi bukak customize, then buat macam2. Add itu, add ini. Pastu bukak lak blog orang laen, search blog member2 yang mana ada blog, siap add dalam blog list lagi. Takpe2. Malam ni akan ku tekadkan diri untuk melakukan apa yang terniat di hati pagi tadi. Yeah, akan aku laksanakan nyer...
Web page maker... Ada sape tau camne nak bagi web page yang kita nak buat supaya nampak lebih menarik? Hahaha... Aku tengok software ni macam simple sangat pun ada. Design background rasa nyer kena buat sendiri guna software laen kalo nak background yang menarik. Tak pun amek mana2 pictures yang menarik jadikan background.
Nape tiba2 aku cakap pasal web page maker ni? Ni sumer sebab SMP (Structural Material Programme, department aku kat AMREC) akan anjurkan conference, tapi aku tak tau la biler. So ada orang mintak tolong aku explore kan software ni, sebab dia guna, tak dapat nak hasilkan web page yang menarik. Huduh kata nyer. Tapi nak wat macam mana, aku explore2 pun, memang tak leh nak bagi cantik. Sebab software dia memang terlalu basic. Mungkin tujuan software ni dihasilkan untuk memudahkan web page untuk di publish kat internet je. Jadi, design2 untuk web page, sila buat sendiri.
Camni je software dia. Simple kan...
Function2 yang laen mungkin la berguna. Cuma apa yang software ni lacking adalah dari segi design untuk web page tersebut. Ada ke untuk insert shape ada 3 je (rectangle, round rectangle ngan ellipse). Mana cukup kalo nak kita nak design web page cantik2. Tak artistik langsung web page tu nanti, even though just untuk conference. Tapi apa pun, se-simple mana pun software ni, aku akan tolong gak la diorang ni wat web page tu, tu pun kalo diorang suruh tolong & bagi information yang cukup untuk aku tolong. Kalo tak, tak dapek la den nak nolong...
Sori kerana tajuk post kali ini agak tak berapa nak betul ejaan nyer (sapa la yang eja tu agak nyer). Baru je kepala otak aku nak relax2 and slow-mo ngan keje2 research aku, ada lak yang mengganggu keje2 tersebut. Ntah sape usik over temperature controller kat furnace tu, dia pi rendah kan ke 1330 celcius. Padahal aku wat sintering, temperature aku 1450. Dahh... Tak pasal2 aku kena repeat balik dari mula (sebab sampel untuk aku sinter dah takde). Arrgghhh... Jem2... Baru je aku nak start keje wat hardness, dah terbantut keje aku.
Yeaa... Hanya itu yang mampu ku ucapkan tentang percutian (atau lebih dikenali sebagai dating) aku ngan Cik Zuraida pada kali ini. Sememang nyer memenatkan, especially hari pertama, tapi sumer nyer berbaloi untuk berjumpa dengan insan tercinta. Aku bertolak ke Temerloh pada Khamis malam. So kira nyer abes keje, terus balik umah bersiap2. Sempat gak layan anime 2 episod sambil kemas2 tuh. Pastu kul 8 lebih terus je bertolak dari umah ke stesen bas.
Sebab bas yang aku naek ni, iaitu Sharmisha, naek kat Butterworth (memang style macam tu), so kena tumpang KPB Ekspress ke Butterworth. Kul 10.30 baru naek Sharmisha. Naek bas tu, aku langsung tak dapat tdo. Ntah kenapa gitu. Mungkin sama ada aku teruja sangat nak jumpa Cik Zuraida atau bas tu yang tak bape nak selesa. Yela, sebab seat dia jenis 2-2, bukan 2-1. So agak sempit sket. Kaki pun ngam2 ngan seat depan. Ada la ruang sket2. Tapi kalo orang depan lower kan seat dia, dah sah2 kena kaki aku. Pastu bila dah kul 1-2 pagi, bas tu jadi sejuk giler. Bukan nyer driver tu nak tutup aircond ke hape. Apa lagi, lagi la aku tak bole nak tdo. Walaupun aku pakai sweater, still rasa sejuk.
Berciter tentang naek bas ni, aku teringat kat satu mak cik cina ni. Dia duduk seat paling hadapan skali. Cian dia aku tengok. Dah la banyak barang mak cik tu pegang. Dia nak tdo pun tak bole sebab kalo tdo, barang yang dia pegang tu nanti jatuh lak. Apatah lagi dalam keadaan sejuk time tu. Aku yang pakai sweater ni pun dah kesejukan, mesti la mak cik tu lagi sejuk dari aku. Aku pun terfikir, nape la anak dia ni bagi emak dia naek bas jalan jauh2. Banyak lak barang dia. Nape tak gi anta je. Haiyaaa... Sendrii mau pikir la...
Ok2, berbalik pada citer aku tadi. Sampai2 je Temerloh, aku tunggu Cik Ida sampai. Cian dia. Sampai tersesat2 nak cari stesen bas tempat aku turun. Last2 aku naek teksi cari dia. Naseb baek jumpa. Hehehe... So, apa lagi. Kami pun terus on da way ke Lipis. Sampai lebih kurang kul 7-8 pagi. Time tu bajet nak check-in hotel la, sebab aku nak tdo jap sementara nak tunggu semayang Jumaat. Tapi tak leh check-in hotel sebab ada yang dah penuh dan tunggu orang check-out petang ni, and ada gak hotel yang bilik dia belum diservis lagi. So nak tak nak, aku kena tunggu gak kul 12 untuk check in.
Jadi sementara menunggu tu, kitorang pun gi la umah Cik Ida, nak amek laptop. Cadang nak online kat mana2, sementara nak menunggu waktu untuk aku check-in. Nak jalan2, tak larat dah. Ngantok. Jadi tu je la yang kami bole wat untuk kill time.
Cik Ida sedang mengeluarkan perkakas2 laptop nyer.
Tengah ari tu check-in je hotel, aku terus tdo. Tak semayang jumaat pun. Sebab dah tak larat dah. Petang tu nak gi mandi-manda lak kat Pulau Chekas. Aku dapat tdo pun dalam 2 jam. Tapi Alhamdulillah, perasaan ngantok tu takde. Mungkin sebab Cik Ida ada kat sebelah, jadi perasaan ngantok aku tu ilang.
Cik Ida sedang control ayu.
Aku pun tak sure nape aku posing camni. Mungkin aku nampak Cik Ida tengah panjat pokok kat atas tu kot. Zuahahaha...
Ari Sabtu tu, kul 6 kitorang dah gerak ke Kuantan. Sebab nak sampai awal. Kalo sampai awal, bole la buat macam2 perkara. Kitorang sampai lebih kurang kul 9 kot. Time tu tak bukak lagi shopping mall. So kitorang sarapan pagi dlu kat Malaytown. Mula2 ingat nak cari la kedai makan yang ada roti canai ke, tosei ke. Tapi nampak nyer takde. Terpaksa makan nasi lemak aje, Cik Ida lak makan nasi impit.
Mula2 ingat nak tengok wayang kat Berjaya Megamall sebab dlu masa mula2 dating kat Kuantan, kitorang tengok muvi kat sana. Tapi mula2 nak ke sana dah tersilap pilih jalan, kitorang pun turn balik ke Malaytown. Pastu aku teringat, kalo tak silap aku, aku ada nampak lambang panggung wayang (GSC kalo tak silap aku) kat East Cosmos, eh silap. East Coast Mall yang sebenar nyer, yang bersebelahan ngan MalayTown tu. Jadi aku suruh la Cik Ida tengok2 kan untuk confirm. Dah sah, memang East Coast Mall tu dah ada cinema (Cik Ida cakap dlu takde). Jadi kitorang layan muvi kat situ je la. Tengok muvi Date Night.
Muvi yang kami tengok pada hari tersebut.
Abes je muvi, kami makan2 kat foodcourt East Coast Mall tu, pastu terus gerak ke Teluk Chempedak. Sebelum ni kami rancang nak gi Cherating, tapi takut jauh n tak sempat. Jadi kami pilih Teluk Chempedak. Naseb baek pilih Teluk Chempedak. Kalo tak, tak tau la sampai kul bape kat Lipis malam tu. Nape aku cakap macam tu? Korang baca la lagi apa yang aku tulis kat bawah ni.
Aku tengah berjalan (mesti la berjalan, takkan merangkak lak kan).
Nape wat muka macam tu???
Gambar tepi pantai...
Lepas dah jalan2 kat TC tu, kami pun dah tak tau nak wat apa. Nak tunggu makan malam, macam lambat lagi. Jadi kami pun amek keputusan untuk pegi Berjaya Megamall untuk berjalan2 for the second time. Pastu kami pun makan malam kat McD, makan kat situ satu, satu lagi take away coz Cik Ida kata dia tak lapar lagi. After that, kami pun bertolak la balik ke Lipis. Kul 11 lebih baru sampai. Memang dah tak larat dah. Aku ngantok, Cik Ida ngantok. Aku siap minum Red Bull lagi supaya ilang ngantuk untuk drive malam tu. Cik Ida lak aku biarkan dia tdo sebab tadi dia dah drive sampai ke Temerloh. So turn aku lak drive.
Keesokan ari nyer, aku pun balik la ke Kulim. Tapi singgah kat KL jap, sebab abang ipar aku akan amek aku kat Pekeliling dan anta aku ke Duta. Tapi sebelum tu aku kena belanja kakak aku ngan abg ipar aku (adik aku pun ada lak join skaki) sebab aku tak belanja diorang pun masa first dapat gaji dlu. Dah lepas makan2 tu, baru la gerak ke Hentian Duta. Dan akhir nyer, aku sampai kat pekan Kulim kul 7 malam. Gitu la citer nyer. Percutian yang menyeronokkan bersama Cik Ida, walaupun letih, tapi its worth it.
p/s: mekaseh kepada sumer yang wish birthday kat aku ari ni.
Mekaseh Cik Ida untuk adiah anda ni. Really appreciate it.
Yeahh... Itu la yang aku nak katakan dalam blog aku sejak 2-3 ari ni. Tapi belum ada kesempatan untuk membuat posting, kerana kerja aku yang terlalu banyak. Bukan banyak, tapi jadual kerja dan tugasan yang agak pack. Bila selesai satu keje, kena sambung wat keje laen lak. Jadi tak sempat la aku nak post apa2 kat blog aku ni. Kalo sempat nak online pun, setakat bukak emel yahoo ngan sirim je. Kalo bukak blog pun, setakat baca2 tu sempat la. Tapi kalo nak wat posting2 ni, tak cukup masa. Ni pun dah ari khamis, walaupun still ada keje, tapi aku saje jek curik masa. Yela kan, ari terakhir keje for the week, mesti la take it slow kan. Hahaha..1
Mula2 aku ingat aku nak wat posting 2 ari lepas. Tapi malam tu housemate aku ajak aku maen badminton kat gelanggang AMREC ni. Aku walaupun mula2 rasa malas, tapi lepas pk2, bila lagi kan nak start maen. Jadi aku pun on je la. Dah la kasut sukan ngan raket pun takde. Last2 aku pakai je kasut yang aku slalu guna nak gi keje (aku pakai kasut sport ke tempat keje, bukan kasut itam ek). Lantak hang la nak koyak ke apa ke lepas abes maen nanti. Kalo koyak, beli la baru kan (tapi alhamdulillah, tiada sebarang kekoyakan -bukan koya- pada kasut tersebut). Aku gi maen dengan seluar tracksuit aku, baju futsal penjom yang dlu, ngan topi aku. Wahh... Nampak macam pro lak nanti maen badminton pakai cap. Tapi biasa la, dah lama tak maen kan. Mula2 cam letih, tapi rasa seronok lak maen. Masa mula2 maen tu, maen biasa je. Maen pukul gitu2 je. Tapi bila datang sorang member aku ni (meja sebelah aku je kat opis), dia ajak lawan, maen mata. Dia pair ngan aku. Naseb baek dia ni jenis yang rajin. Kebanyakan bola aku bagi dia amek je. Hakhakhak... Dan itu la punca kemenangan tipis kami.
Pastu petang semalam, aku dapat panggilan telefon daripada member aku yang skang ni dia keje di UniMAP, tpon aku. Dia tanya aku, "Ko dah hantar borang BEM tak?" Untuk pengetahuan anda, BEM tu adalah short form for Board of Engineer. Ari tu diorang ada wat perjumpaan pasal akreditasi UniMAP ni kat Kulim Hi-Tech ngan KLCC. Time perjumpaan tu bole la submit borang untuk berdaftar under BEM ni sebagai Jurutera Siswazah. Free of charge sebab ditanggung oleh UniMAP. Yang kat Kulim Hi-Tech ni aku tak gi sebab aku tak tau pun time tu. Bila aku dah tau, dah terlepas dah tarikh dia. Yang KLCC lagi la aku tak gi. Malas dan jauh. Tapi semalam member aku tu call, dia kata aku bole hantar je kat Jabatan Pendaftar UniMAP guna Pos Laju. Sebab paling lewat aku kena submit dalam minggu ni. Member aku ni pun satu. Tpon lambat2. Kan dah terkial2 aku dibuat nyer.
Jadi malam tu pun aku menjadi la busy. Busy nak fotostat sijil ngan IC, nak beli sampul, nak isi borang BEM tu lagi. Pastu aku nak kena packing pakaian untuk bakal percutian aku di Pahang nanti (yang ni aku tak sabar). Ini dia gambar borang BEM yang aku nak kena submit tu.
Borang BEM.
Lepas isi2 sumer, dah lengkap ngan alamat apa sumer, settle... Aku pun mengemas la pakaian2 yang nak aku bawak untuk gi Pahang untuk berjumpa ngan Cik Zuraida... Time tu tak tau nak bawak baju apa. Al-maklum la, baju aku dah lama tak beli yang baru. Jadi sumer baju aku Cik Zuraida dah pernah tengok. Jadi tak sure dah baju mana nak pakai. Last2 aku tibai je mana2 baju yang aku rasa bole pakai.
Ni pagi tadi ni aku cadang nak wat posting ni la. Tengah sedap2 taip, tiba2 bos aku call. Ajak aku pegi melawat student praktikal dia, yang slalu lepak ngan aku kat lab. Kira aku kamceng ngan dia la. Yela, sebab under bos yang sama kan. Jadi keje lebih kurang sama je. Cuma bahan dan application material tu je yang berlainan. Janji nak gerak 9.30. So nak dekat 9.25 tu aku dah stand-by kat lobi dah. Tengah2 tunggu tu, sempat2 lak AMREC ni wat fire drill. Jadi terpaksa la gi berkumpul kat depan AMREC yang menjadi tempat berkumpul kalo ada kebakaran (padahal aku relax2 je dlu sebab dah aku memang ada kat lobi). Terbantut kejap la perancangan nak melawat student tu.
During fire drill.
Akhir nyer, after fire drill tu, nak dekat kul 10.15 baru gerak kot. Destinasi, pekang Kupang, sebelum Baling. Jenuh gak nak cari simpang masuk umah dia. Walaupun budak2 praktikal yang laen dah siap lukis peta, still tak leh follow. Last2 lepas dah tpon 2-3 kali, jumpa gak simpang masuk umah dia. Dasat gak aku tengok umah2 kat situ. Bukan kemewahan yang aku maksudkan. Tapi kedudukan umah mereka daripada jalan tar. Umah diorang ke bawah sket (bukan sket dah, macam banyak je aku tengok) berbanding ngan jalan tar tu. Jadi kalo nak kuar umah tu, memang naek bukit la. Mesti hebat sape2 yang bawak kereta kat situ. Kuar2 umah je, dah kena bukit yang bukan rendah, mahu gak 30-45 degree bukit dia. Hangpa bayangkan la macam mana.
Dia ni accident Isnin lepas, on da way nak gi keje. Dia kata dia baru kuar 5 minit dari umah, dah accident. Accident kat traffic light. Dia langgar sorang mak cik ni ngan anak dia. Mak cik tu langgar lampu merah, dan dia pun dah gerak. Pomm, berlanggar. Mak cik tu ok, anak dia patah gigi. Budak praktikal ni lak patah tangan (dia kata patah seinci dari pergelangan tangan). Time aku ngan bos aku sampai, singgah kejap jumpa mak dia, bagi buah tangan and mintak izin nak bawak dia kuar. Tak nak menyusahkan mak dia, kata bos aku. Jadi kitorang pun gi ar kedai mamak yang berhampiran sambil berborak2. Bos aku belanja. Hehehe... Pastu, kitorang pun balik la dalam kul 12 macam tu. Aku sampai2 je AMREC, terus kuar balik sebab nak kena anta borang BEM tu guna Pos Laju. Ni balik ni baru la ada kesempatan nak blogging2.
K la. Sampai sini saje posting aku untuk kali ini. Pasni mungkin takde posting baru untuk beberapa ari coz i'm on honeymoon. Eh... Percutian maksud aku. Hahahaha... Lepas Cuti2 Malaysia ni pun, kalo aku bz macam minggu ni, mungkin tak sempat gak la posting2 nih.
p/s: letih bz2 ni, naseb baek ada break, gi bercuti ke Pahang.
Template ni berjaya aku buat setelah membuat research dari petang tadi. Walaupun design nyer takde la hebat mana (maklum la, tak pandai sangat bab2 design ni), tapi nampak cantik lak bila aku gunakan untuk blog aku yang lagi satu. Tema template ini adalah feel good. Jadi kalo sape2 yang akan guna, semoga anda juga ceria2 slalu.
Contoh template.
Untuk mendapatkan coding template ini, anda bole klik sini atau melawat blog aku yang lagi satu untuk template2 yang laen juga.
Al-Fatihah. Di sini aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi. Semoga roh nyer dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Din Beramboi menghembuskan nafaz nyer yang terakhir pada pukul 12.30 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.
"
Din Beramboi selamat dikebumikan, lebih 500 hadir
02/04/2010 1:06pm
KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi, atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, yang meninggal dunia awal pagi ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan
Islam Taman Ehsan, Kepong dekat sini pada pukul 11 pagi ini.
Lebih 500 hadir bagi memberi penghormatan terakhir mereka, termasuk ahli keluarga, rakan-rakan dan para peminat. Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi. Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun. Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak Selasa lalu setelah kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah. Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal. Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era. – Bernama"
Sumber: Utusan Online
Aku mula2 tau pasal ni time housemate aku anta sms kat aku katakan bahawa Din Beramboi dah meninggal dunia. Time tu rasa sedih gak la. Yela, lepas ni dah takde dah la sawancara pagi2 kat era. Maklum la, aku ni bole dikategorikan sebagai peminat setia sawancara, walaupun tak sumer nyer aku dapat dengar. Lepas ni bosan dah la pagi2 sebelum nak gi keje sebab dah takde lawak2 Din Beramboi yang slalu wat aku tergelak. And aku rasa Din Beramboi ni takde pengganti. Even kalo Nabil ganti pun, still aku rasa tak sama sebab obviously lawak diorang tak sama.
p/s: lepas ni dengar sawancara din beramboi yang aku dah download je la nampak gaya nyer...