Mula2 aku ingat aku nak wat posting 2 ari lepas. Tapi malam tu housemate aku ajak aku maen badminton kat gelanggang AMREC ni. Aku walaupun mula2 rasa malas, tapi lepas pk2, bila lagi kan nak start maen. Jadi aku pun on je la. Dah la kasut sukan ngan raket pun takde. Last2 aku pakai je kasut yang aku slalu guna nak gi keje (aku pakai kasut sport ke tempat keje, bukan kasut itam ek). Lantak hang la nak koyak ke apa ke lepas abes maen nanti. Kalo koyak, beli la baru kan (tapi alhamdulillah, tiada sebarang kekoyakan -bukan koya- pada kasut tersebut). Aku gi maen dengan seluar tracksuit aku, baju futsal penjom yang dlu, ngan topi aku. Wahh... Nampak macam pro lak nanti maen badminton pakai cap. Tapi biasa la, dah lama tak maen kan. Mula2 cam letih, tapi rasa seronok lak maen. Masa mula2 maen tu, maen biasa je. Maen pukul gitu2 je. Tapi bila datang sorang member aku ni (meja sebelah aku je kat opis), dia ajak lawan, maen mata. Dia pair ngan aku. Naseb baek dia ni jenis yang rajin. Kebanyakan bola aku bagi dia amek je. Hakhakhak... Dan itu la punca kemenangan tipis kami.
Gelanggang badminton di tingkat 2 AMREC.
Pastu petang semalam, aku dapat panggilan telefon daripada member aku yang skang ni dia keje di UniMAP, tpon aku. Dia tanya aku, "Ko dah hantar borang BEM tak?" Untuk pengetahuan anda, BEM tu adalah short form for Board of Engineer. Ari tu diorang ada wat perjumpaan pasal akreditasi UniMAP ni kat Kulim Hi-Tech ngan KLCC. Time perjumpaan tu bole la submit borang untuk berdaftar under BEM ni sebagai Jurutera Siswazah. Free of charge sebab ditanggung oleh UniMAP. Yang kat Kulim Hi-Tech ni aku tak gi sebab aku tak tau pun time tu. Bila aku dah tau, dah terlepas dah tarikh dia. Yang KLCC lagi la aku tak gi. Malas dan jauh. Tapi semalam member aku tu call, dia kata aku bole hantar je kat Jabatan Pendaftar UniMAP guna Pos Laju. Sebab paling lewat aku kena submit dalam minggu ni. Member aku ni pun satu. Tpon lambat2. Kan dah terkial2 aku dibuat nyer.
Jadi malam tu pun aku menjadi la busy. Busy nak fotostat sijil ngan IC, nak beli sampul, nak isi borang BEM tu lagi. Pastu aku nak kena packing pakaian untuk bakal percutian aku di Pahang nanti (yang ni aku tak sabar). Ini dia gambar borang BEM yang aku nak kena submit tu.
Borang BEM.
Lepas isi2 sumer, dah lengkap ngan alamat apa sumer, settle... Aku pun mengemas la pakaian2 yang nak aku bawak untuk gi Pahang untuk berjumpa ngan Cik Zuraida... Time tu tak tau nak bawak baju apa. Al-maklum la, baju aku dah lama tak beli yang baru. Jadi sumer baju aku Cik Zuraida dah pernah tengok. Jadi tak sure dah baju mana nak pakai. Last2 aku tibai je mana2 baju yang aku rasa bole pakai.
Ni pagi tadi ni aku cadang nak wat posting ni la. Tengah sedap2 taip, tiba2 bos aku call. Ajak aku pegi melawat student praktikal dia, yang slalu lepak ngan aku kat lab. Kira aku kamceng ngan dia la. Yela, sebab under bos yang sama kan. Jadi keje lebih kurang sama je. Cuma bahan dan application material tu je yang berlainan. Janji nak gerak 9.30. So nak dekat 9.25 tu aku dah stand-by kat lobi dah. Tengah2 tunggu tu, sempat2 lak AMREC ni wat fire drill. Jadi terpaksa la gi berkumpul kat depan AMREC yang menjadi tempat berkumpul kalo ada kebakaran (padahal aku relax2 je dlu sebab dah aku memang ada kat lobi). Terbantut kejap la perancangan nak melawat student tu.
During fire drill.
Akhir nyer, after fire drill tu, nak dekat kul 10.15 baru gerak kot. Destinasi, pekang Kupang, sebelum Baling. Jenuh gak nak cari simpang masuk umah dia. Walaupun budak2 praktikal yang laen dah siap lukis peta, still tak leh follow. Last2 lepas dah tpon 2-3 kali, jumpa gak simpang masuk umah dia. Dasat gak aku tengok umah2 kat situ. Bukan kemewahan yang aku maksudkan. Tapi kedudukan umah mereka daripada jalan tar. Umah diorang ke bawah sket (bukan sket dah, macam banyak je aku tengok) berbanding ngan jalan tar tu. Jadi kalo nak kuar umah tu, memang naek bukit la. Mesti hebat sape2 yang bawak kereta kat situ. Kuar2 umah je, dah kena bukit yang bukan rendah, mahu gak 30-45 degree bukit dia. Hangpa bayangkan la macam mana.
Dia ni accident Isnin lepas, on da way nak gi keje. Dia kata dia baru kuar 5 minit dari umah, dah accident. Accident kat traffic light. Dia langgar sorang mak cik ni ngan anak dia. Mak cik tu langgar lampu merah, dan dia pun dah gerak. Pomm, berlanggar. Mak cik tu ok, anak dia patah gigi. Budak praktikal ni lak patah tangan (dia kata patah seinci dari pergelangan tangan). Time aku ngan bos aku sampai, singgah kejap jumpa mak dia, bagi buah tangan and mintak izin nak bawak dia kuar. Tak nak menyusahkan mak dia, kata bos aku. Jadi kitorang pun gi ar kedai mamak yang berhampiran sambil berborak2. Bos aku belanja. Hehehe... Pastu, kitorang pun balik la dalam kul 12 macam tu. Aku sampai2 je AMREC, terus kuar balik sebab nak kena anta borang BEM tu guna Pos Laju. Ni balik ni baru la ada kesempatan nak blogging2.
K la. Sampai sini saje posting aku untuk kali ini. Pasni mungkin takde posting baru untuk beberapa ari coz i'm on honeymoon. Eh... Percutian maksud aku. Hahahaha... Lepas Cuti2 Malaysia ni pun, kalo aku bz macam minggu ni, mungkin tak sempat gak la posting2 nih.
p/s: letih bz2 ni, naseb baek ada break, gi bercuti ke Pahang.
3 comments:
hehehe...cute je abg nih....can hardly wait for that 'honeymoon' :P
bz sokmo..nk g tek bercuti phg..bules laa..deh?deh?
hahaha
bulesss....bulesss blahhssss..hahahahah
Post a Comment