Friday, April 2, 2010

Din Beramboi Kembali ke Rahmatullah

Al-Fatihah. Di sini aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi. Semoga roh nyer dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Din Beramboi menghembuskan nafaz nyer yang terakhir pada pukul 12.30 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.


"
Din Beramboi selamat dikebumikan, lebih 500 hadir
02/04/2010 1:06pm

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi, atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, yang meninggal dunia awal pagi ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan
Islam Taman Ehsan, Kepong dekat sini pada pukul 11 pagi ini.
Lebih 500 hadir bagi memberi penghormatan terakhir mereka, termasuk ahli keluarga, rakan-rakan dan para peminat. Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi. Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun. Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak Selasa lalu setelah kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah. Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal. Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era. – Bernama"

Sumber: Utusan Online
Aku mula2 tau pasal ni time housemate aku anta sms kat aku katakan bahawa Din Beramboi dah meninggal dunia. Time tu rasa sedih gak la. Yela, lepas ni dah takde dah la sawancara pagi2 kat era. Maklum la, aku ni bole dikategorikan sebagai peminat setia sawancara, walaupun tak sumer nyer aku dapat dengar. Lepas ni bosan dah la pagi2 sebelum nak gi keje sebab dah takde lawak2 Din Beramboi yang slalu wat aku tergelak. And aku rasa Din Beramboi ni takde pengganti. Even kalo Nabil ganti pun, still aku rasa tak sama sebab obviously lawak diorang tak sama.


p/s: lepas ni dengar sawancara din beramboi yang aku dah download je la nampak gaya nyer...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...