Aku sure ramai antara korang yang tengah membaca blog ni sker tengok movie. Btol ke tidak. Tak kira la tengok kat wayang ke, astro first ke, kat laptop ke. Yang penting, sker tengok movie. Jadi hari ni, kita akan bersembang tentang movie. Kepada yang jarang tengok movie, korang jangan lak kecewa. Kalo jarang tengok pun takpe. Still korang akan mengangguk dengan apa yang aku sampaikan nih.
Apa yang aku nak bincangkan ni bukan nak sembang tentang movie apa yang tengah tayang skang. Bukan nak sembang tentang movie apa yang tengah top. No no... Tapi aku nak sembang2 tentang perkara2 yang cliche dalam kebanyakan movie. Tak kira la movie omputih ke, melayu ke. Tetap akan ada element2 cliche nih.
1. Babak tembak menembak, jarang yang nak tepat
Pernah tengok babak hero di kepung berpuluh2 penjahat yang memegang senjata yang power2, bila tembak hero tak pernah kena. Hero tu mengelak sambil berlari2 je. Tetap tak kena tembak mati. Weird kan. Apa teruk bebenor diorang aim ni. Tembak guna M16 pun bole miss. Cuba try dalam real life, tengok macam mana. Jadi ke tak. Mati ke tak.
[Korang tembak banyak mana pun, aku tak kan mati la]
2. Computer hackers yang genius
"Apa? Awak nak saya hack national security nyer system? Jap. Bagi saya 2 saat." Tangan dengan pantas menaip sesuatu pada keyboard. "Done..."
Mudah kan. Banyak kan babak2 gini dalam movie. Macam Transformer, The Italian Job, Surrogates dan laen2 movie yang berkenaan. Kadang2 macam tak logik pun ada. Hebat sangat ke sampai nak pecah masuk national security system pun relax je? Korang tak rasa pelik?
[Bagitau je aku korang nak hack apa? Gerenti aku settle]
3. Dah mati??? Tak. Belum lagi...
Yang ni banyak dalam movie2 skang. Konon nak bagi thrill kat penonton. Aku bagi contoh la. Si A dan B diburu oleh pembunuh C. Tapi diorang berdua berjaya bunuh C. Tapi guess what. C tak mati lagi seperti yang diorang sangkakan. Kemudian B kena bunuh dengan C. Tadaa... Ring a bell to your mind?
Pastu A tadi akan bunuh C tu balik. This time dia make sure yang C ni btol2 mati. Tak gitu ke? Cliche sungguh... Nape tak make sure dia dah mati mula2 tadi. Haishhh...
4. Bunyi apa tuh (dalam gelap)? Baek aku gi siasat
Yang ni banyak berlaku dalam movie genre thriller atau hantu. Bila ada babak di mana diorang terdengar bunyi yang mencurigakan dalam gelap, even dalam hutan sekali pun, mesti diorang akan gi siasat. Siap cakap "Hello... Who's there?"
Kadang2 aku terfikir gak. Apa ke bangang nyer watak2 dalam citer hantu ni. Korang pernah tak berfikir macam tu? Selalu nyer scene2 macam ni melibatkan watak sampingan yang mana probability untuk watak tu mati adalah tinggi.
"Hello... Hello...?" sambil mencari2 dalam kegelapan. Dengan tak semena2... Zasss... Kena libas ngan pedang samurai. Kepala jatuh atas lantai.
Untuk babak2 yang macam ni, adalah wajar untuk diorang mati atas kebodohan diorang. Hehehe...
5. Cakap dlu, baru tembak
Kalo hero bertemu dengan musuh ketat dia, mesti diorang akan sembang2 dlu, baru start nak tembak. Awat? Bincang strategi tentang sape nak tembak sape ke?
"Akhir nyer kita bertemu juga wahai musuh ketatku. Sudah tiba masa nyer aku tamatkan riwayat kau".
Alih2 si musuh dapat melarikan diri bila ada orang laen interfere. Cehh... Nak bagi suspen ar tuh. Kalo jumpa2 je terus tembak kan senang. Abes citer. Ni tak, bila start aksi tembak menembak, akan jadi macam scene no. 1 tadi.
6. Kalo terjun bangunan, probability tinggi untuk mendarat atas sebuah kereta
Dalam action movie, chances untuk babak2 yang macam ni adalah 25%. Slalu nyer berlaku apabila watak tersebut terjun bangunan untuk lari daripada seseorang atau pun kena tolak dengan seseorang. Dan chances untuk still hidup lepas landing atas kereta juga adalah tinggi. Pastu, bila dah landing atas kereta tu, mesti akan ada bunyi hentakan yang kuat. Macam la gajah atau ikan paus yang landing atas kereta tuh. Exaggerated btol.
7. Just in time untuk kejar awek/ balak
Babak yang ni lak banyak berlaku dalam citer cinta la. Bila ada babak2 gaduh besar sampai ada yang break-up bagai, mesti salah satu daripada hero-heroin tadi yang akan pergi jauh. Sejurus je sebelum diorang pergi jauh, yang sorang lagi akan mula sedar betapa bodoh nyer diri sebab let go kekasih diorang. Dan tang tu gak la diorang akan berkejaran ke airport (kalo naek flight la) nak kejar kekasih diorang.
Yang best nyer, probability untuk diorang sempat kejar kekasih diorang adalah sangat tinggi. Biasa la kan. Kata nak happy ending. Harus la begitu walaupun nampak tak logik. Ntah macam mana diorang masuk tempat boarding walaupun tiket takde. Pelik...
8. Bencana besar hanya berlaku di bandar2 popular
Selalu nyer kalo bencana besar berlaku, mesti berlaku kat bandar2 yang popular. Macam New York atau Canada. Nape tak berlaku kat bandar2 laen seperti Kuala Lumpur ke, Jakarta ke. Tak pun kat Seoul. Balik2 New York je yang kena. Kesian warga New York. Memang ditimpa malang je diorang nih.
Kadang2 nak gak tengok Optimus Prime lawan ngan Megatron kat KLCC. Hehehe...
9. Hero berjalan dalam gerak slow motion sambil letupan besar berlaku kat belakang
Ni slalu berlaku masa ending la. Lepas hero berjaya mengalahkan watak jahat dalam citer tersebut. Pastu seolah2 dia la yang paling power skali. Ditambah lak ngan efek letupan yang besar kat belakang sebagai background. Si hero lak berpaling dengan gerak slow motion ngan macho nyer.
Walaupun letupan kat belakang dia besar dan kuat, tapi sket pun hero tu tak terkejut. Malah cool je dia beredar daripada scene tersebut. Again, ring a bell anyone? Hehehe...
Jadi, apa pendapat korang tentang topik yang aku bincang kan ni? Sila nyatakan pendapat korang dalam ruangan komen. Pendapat korang mestilah tidak kurang daripada 15 patah perkataan. Okay, not funny.
***********************************************************************************
Apakah peringkat umur yang paling penting dalam perkembangan mental anak anda?
***********************************************************************************