Monday, March 5, 2012

Aku Seketul Coklat

Hi. Nama aku err... err... Aku takde nama. Tapi aku tahu aku coklat jenama Miltons. Apa? Korang tak pernah dengar jenama Miltons? #foreveralone... Takpe la. Kalo tak tahu, skang dah tahu kan... There is always a first time for everything. Maafkan aku sebab melalut panjang. Kalo korang nak tahu, berceramah adalah specialty aku. Habes seluruh warga coklat dalam bekas ni aku dah ceramah. Ye. Diorang panggil aku penceramah Miltons. Mungkin pasni aku bole try bagi ceramah kat Paris Hilton lak. Hahaha...

Untuk pengetahuan korang, aku berbentuk bujur. Dan seperti manusia bergelar Melayu, kulit aku agak sawo matang. Ok. Aku tipu. Kulit aku warna coklat gelap. Aku tak pasti dalam kandungan aku adalah hazelnut atau pun kismis. Sebab aku coklat. Bukan tukang buat coklat. Kalo korang nak tahu, gigit la. Rasa sendiri. Yang aku tahu, aku sedap. Mana aku tahu? Dah kena brainwash ngan pengilang before kitorang kena jual kat pasaran.


[Aku sedap. Korang nak rasa?]


Kisah hidupku bermula daripada kilang. Aku tak pasti macam mana aku dihasilkan, tapi aku pasti di mana tempat aku dilahirkan. Mengikut bekas tempat aku bermastautin, tertulis nama kilang Quantum Supplies (M) Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor. Owh, rupa nyer Selangor negeri kelahiran aku. Tapi sedih. Aku tak tau tarikh lahir aku sebab takde lak tulis kat bekas tuh.

Nak dijadikan citer, aku bersama2 dengan rakan aku yang laen (bekas yang sama) ditempatkan di sebuah pasaraya (nama dan tempat pasaraya dirahsiakan untuk mengelak daripada menjadi pusat serbuan orang ramai selepas membaca entri ini). Aku tak pasti berapa lama aku berada di pasaraya tersebut sebab sebagai seketul coklat, aku takde jari untuk membilang hari2 yang berlalu. Dan sah2 aku tak reti mengira sebab tak pernah belajar matematik. Maklum la. Tak pernah sekolah.


 [Gambar hiasan je. Takde kena mengena ngan tempat aku dijual]


Setelah ntah berapa hari berapa minggu berapa bulan aku ditempatkan di pasaraya tersebut, pada suatu hari bekas tempat aku bermastautin dibelek oleh seorang awek cun-comey. Berumur dalam 20-an kalo mengikut pemerhatian aku. Tapi disebabkan aku adalah coklat dan seperti yang korang sedia maklum, coklat takde mata, so pemerhatian aku mungkin salah. Hahaha... Tapi gaya awek tu seolah2 berminat untuk membeli aku dan rakan2 aku.

Telahan aku menjadi kenyataan apabila awek tersebut mencapai bekas aku lalu berjalan ke arah kaunter pembayaran. "Harga sumer sekali adalah RM ***** cik", cakap cik adik kat kaunter pembayaran. Comel gak budak cashier tu. Tapi awek yang beli aku tu lagi comel.

Aku tak tau nama awek yang beli aku. Sebab aku tak bole bercakap untuk bertanyakan nama dia. Kalo aku bole bercakap, aku bukan coklat. Aku manusia. Aku juga tak bole membaca, mendengar begitu juga dengan bercerita. Ntah sape2 yang memandai menulis citer yang korang tengah baca ni pun aku tak tau. Aku stress kan lagi skali. Aku COKLAT. Bukan manusia. Arghhh... Stress aku...

Dalam on da way balik ke rumah awek tu, aku dah berangan2 diri aku bakal dimakan oleh awek yang cun-comey tu. Aku bayangkan diri aku bersentuhan ngan bibir nyer yang menggiurkan (NOTIS: Ini bukan entri lucah). Cair dalam mulut nyer. Mengalir daripada esofagus terus ke perut dan terus tercerna. Tapi sejuta kali sayang, bole pulak awek tu hadiahkan aku kat sorang mamat ni. Hampa aku... Angan2 ku musnah.


[Sempat lak mamat ni snap gambar rumah kitorang]


Berdasarkan pemerhatian aku, aku rasa mamat ni retarded. Apa kes masuk bilik je, terus meloncat2 sambil menyanyi;


Awek ku pulang dari kota,
Awek ku belikan cokelat,
Cokelat kecil warna coklat,
Bole ku telan sampai bolat...
Burp 7x (tanda kekenyangan yang amat sangat)


Siap amek gambar lagi. Come on la. Mamat ni nak makan ke nak jadikan kitorang ni perhiasan? Tapi belum sempat aku menjadi sawan sebab melihat perangai mamat yang hampir retarded ni, mamat ni buka bekas coklat. Satu2 rakan aku diambil dan dimasukkan ke dalam mulut nyer yang mak aihh, besaq sungguh. Mulut yang hanya menjadi besar time nak makan gamak nyer.

Lepas melihat satu demi satu kawan aku syahid di mulut mamat ni, akhir nyer tiba giliran aku lak. Aku terpaksa menutup hidung sebab tak tahan bau mulut mamat ni. Owh, aku lupa. Aku takde hidung untuk ditutup. And aku tak leh menafas. Hahaha... In the end, aku dikunyah2, digigit2 dan ditelan masuk terus ke perut mamat ni. Maka tamatlah riwayat aku sebagai seketul coklat.


p/s: rupa nyer isi aku adalah kacang hazelnut.


10 comments:

Admin said...

kalo aku jadi awek aku x jilat dah aku kunyah je terus hehe

Diari Si Froggie said...

hahaha..lama2 baca pening pulak rasa.. stress!! haha.. dah lama tak makan coklat sedapnye. terasa dah tekak nie.

Carpet Cleaning Melbourne said...

hello....great post... I like chocolate...

vanilla said...

hahahaha....ape ni? ape ni? so, ada byk tak hazelnut? mcm byk raisins jek..

ecadwinkyasha said...

i love cokelat....sedappp..tadi dlm kelas my lecturer bgi coklat.hahaha

aswadz said...

@phat: itu hang sorang je. awek kan lemah lembut. diorang jilat dlu.

@aida: apa lagi. kunjungilah pasaraya yg berdekatan dengan anda.

@ccm: thanx for the compliment.

@vanilla: sama rata kot. ntah la. saya maen mkn je. hik3...

@ecawinkyasha: coklat free sdp kan. hehehe...

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

hazelnut... oh i love chocolate!!!

aswadz said...

hehehe... terliur x?

Inana said...

Hehehe...sedapnya

aswadz said...

nak ler tuh. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...