Aku baru je lepas tengok movie ni semalam. Movie ni kalo tak silap aku, baru je tayang. Sebab masa beli tiket wayang, tayangan dia boleh dikatakan banyak jugak la. Bila search untuk tengok review, pun takde lagi. Even
Rotten Tomatoes pun tak buat review pasal movie ni lagi (waktu tu la).
Movie ni pasal sepasang suami isteri yang baru berkahwin. Masa diorang honeymoon, dalam keadaan tak sedarkan diri selepas pergi kat satu tempat nih, wife dia menjalani satu ritual "kesyaitanan" (ada ke perkataan ni?). Sampai satu hari, dia mengandung. Macam aku cakap tadi, dia tak sedar masa ritual tu berlaku. So dia tak expect yang anak dalam kandungan dia tuh adalah something yang evil.
Movie Devil's Due ni lebih kepada storyline yang dihadapi oleh pasangan suami isteri ni menanti kelahiran bayi diorang. Dalam pada tuh, beberapa kejadian aneh yang berlaku di sekeliling diorang, atau lebih tepat lagi, di sekeliling isteri dia.
Honestly, aku kena admit yang movie ni mengecewakan aku. Sejam citer ni berjalan, nothing really happen. Just citer. Macam telenovela yang korang tengok kat TV tiap2 hari. Silap haribulan, telenovela tu lak yang lagi best. Seriously, aku rasa kalo korang jenis nak tengok babak yang seram je, korang patut skip terus ke 30 minit terakhir. Eh, ke 15 minit terakhir? Ntah la.
Aku rasa movie ni cuba bersaing dengan movie Paranormal Activity yang tengah tayang kat wayang jugak skang nih. Sebab apa aku cakap gitu? Sebab macam Paranormal Activity, movie nih pun menggunakan pengambaran ala2 camcorder. Tapi yang paling tak best, hampir 95% citer ni camcorder. Mana yang tak tahan tuh, korang boleh rasa mual sebab movement dia yang drastik. Aku tengok semalam memang terasa mual sampai ke sudah. Langsung tak boleh fokus tengok citer nih. Naseb baek tak muntah je dalam pawagam tuh.
Walaupun tahun 2014 ni panjang lagi, tapi aku rasa Devil's Due ni akan menjadi movie paling teruk yang aku pernah tengok untuk tahun nih. Pada pendapat aku, idea movie ni dah ada. Kalo dia pakai style camcorder nih, mungkin movie Devil's Due ni jadi menarik sket. Too bad. Dah2. Aku nak pergi shoot movie hantu guna camcorder member aku nih. Kalo sempat siap, insyaAllah hujung tahun ni tayang kat pawagam (yang ni aku gurau je).