Wahhh... Ingatkan saje2 je cakap bila aku kata nak bercuti daripada berblogging. Sekali btol daaa aku cuti seminggu gak. Kalo ikutkan semalam lagi aku nak update (walaupun sebenar nyer nak menaip beberapa patah perkataan je). Tapi sebab dah lama bercuti, banyak lak korang nyer entri yang berupdate. Baca nyer baca entri korang, last2 lupa nak update blog sendiri walaupun sebenar nyer aku buat2 terlupa. Keh3...
Since esok pun dah masuk tahun baru 2013, aku dengan sengaja nyer nak wat wrap up 2012 pada hari ni. Wrap up apa yang berlaku sepanjang tahun 2012. Tak kisah la pasal blog ke, pasal diri aku. Aku compile sumer jadi satu. Compile sampai orang yang baca pun muntah.
Blog Berwajah Baru
Kalo ikutkan awal tahun 2012, aku tukar template blog kepada yang baru. Shoutmix pun dah tak free masa tuh. Berhijrah la pulak ke Cbox dan kekal sampai skang nih. Harap nyer Cbox pun stay free (bukan jenama pad ye). Tahun 2012 gak la yang aku mula berjinak2 wat entri Spontaneous Thursday, walaupun tak banyak.
Untuk tahun 2013, aku malas nak wat template baru. Cuma untuk tampak kelainan sket, aku tukar header blog kepada yang baru. Yang lebih menonjolkan ciri2 aku sebagai seorang T-ReX yang berjaya. Kah3...
Entri Style 9Gag
Setakat hujung 2011, blog aku tak pernah ada entri yang berkartun. Tapi 2012 aku start wat entri berkartun. Ala... Yang style macam komik 9Gag tuh. Tapi dah tengah tahun gak la baru aku start wat. Entri pertama yang INI. Bukan la nak tiru pun sebenar nyer (ceh, nak tiru tapi tak nak ngaku lak). Sebab bila fikir2 balik, wat komik yang macam ni kadang2 seronok. Nak citer benda yang kita nak sampaikan pun senang dan ringkas. Tak perlu tulis panjang2.
Tapi aku ada gak entri komikal yang tak bape nak komik. Sebab tak berapa nak komik? Sebab aku amek gambar je. Pastu tambah subtitles kat gambar tuh untuk jadikan nyer sebuah citer. Contoh? Korang bole baca kat SINI.
Review
Wrap up review yang aku buat untuk tahun 2012. Review movie ada la dalam 12. K-drama lak 7. Dan anime review yang paling banyak aku buat, iaitu 26. Tapi tu takde dalam blog ni la. Kat blog lagi satu.
Blog Template
Hahaha... Tahun ni tahun paling malas nak wat template. 3 je aku buat tahun ni. Punyer la malas aku nih. Mungkin sebab leceh kot. Hehehe...
Bisnes
Of course bukan bisnes aku la. Aku cuma tolong promote je. Tapi kadang2 best gak tolong promote member2 nyer bisnes. Ada yang jadi. Ada yang yang tak jadi. Projek mega kitorang yang pasal card pendrive. Tapi sebab supplier ni jenis cakap putar belit, sat nak bagi harga sekian2, sat bagi harga sekian. Last2 bisnes ni cancel. Naseb baek tak kuar modal lagi. Tapi yang bagus nyer projek mega tak menjadi ni, aku mula kenal sape yang bersungguh2 wat keje and sape yang tak.
[Penat aku design poster ni. Sila puji walaupun bisnes lingkup]
Ada gak aku tolong promote Kaspersky. Tapi member aku dah tak jual dah rasa nyer. Dia tukar wat benda laen lak. Lepas tu ada la beberapa lagi yang aku tolong promote. Serabut lak korang baca kalo aku list kan sumer. Lagi pun, kalo nak list sumer, bukan wrap up 2012 dah la entri nih.
Personal Stuff
Benda yang paling penting berlaku kat aku tahun 2012 ni, of course la yang the fact that aku ni dah berkahwin. Ada aku tulis kat dalam entri yang INI. Honeymoon lak kat Tok Bali dan Melaka. Kemudian, lepas 2 tahun setengah aku keje sebagai kontrak, akhir nyer bulan April ari tuh aku di"permanent"kan. Bulan Jun ari tu gi induksi kat Shah Alam.
[Ehem...]
Tapi ada satu benda yang aku perasan. Mungkin faktor2 macam busy dengan keje, banyak sangat bercuti atau pun aku sememang nyer seorang yang pemalas, tapi jumlah entri 2012 cuma separuh berbanding 2011. Tapi takpe. Yang penting kualiti. Walaupun takde la kualiti mana sangat pun entri aku. Kih3...
10 comments:
moga 2013 ada orang baru. :))
moga2...
Wrap up ko ni mmg memfokus pasal blog je. Ko baru kawen tahun ni ye? Heheh... Aku pun sama la... kesimpulannya tahun 2012, entry blog aku sikit berbanding tahun 2010. Sebab 2011 pun entry aku sikit gak.
hehehe... mmg fokus kat blog je. kalo masuk skali hal2 dunia, mmg panjang berjela la entri aku.
hehehe ! pasal kahwin tuh CP suke , hehehe , bile la turn CP nih :P
okeyh , komen diatas berunsur gatal , peminat tegar anime ek cik aswadz , CP dah tak berapa cgt smenjak dah msuk u nih , mase skolah menengah dlu yer la , hahaha !
nice wrap up , sempat la CP melawat beberapa entry yang dimention :D
selamat tahun baru :)
@CP: amek masa gak aku wat wrap up ni, fikir apa nak taip.
@tikah: selamat tahun baru tikah.
tahniah dah kawen
memang la takut ade benda penting tak taip , kalaw tak pown takut tertai benda tak pernah jadi pown , hehehehe ~
@vanilla: mekaseh.
@CP: hehehe... aku based on apa yg aku pernah publish kat blog je.
Post a Comment