Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Wednesday, February 1, 2012

Card Pendrive for Corporate Gift

Aku rasa kebanyakan korang mesti ada pendrive kan. Especially bebudak universiti dan ke atas. Paling koman pun mesti ada satu. Maklum la. Pendrive ni agak penting gak la untuk transfer2 file ni. Mudah keje. Nak beli external hard disk, bukan sumer mampu.




Apa yang aku bakal promote ni mungkin tak banyak yang dijual kat kedai. Dan sah2 bukan jenis yang korang selalu nampak orang pakai. Sebenar nyer aku nak promote kat korang card pendrive. Cis aswadz ni. Nak buat saspen2 lak. Sudah terang lagi kan bersuluh terpampang kat tajuk entri. Sebelum aku citer panjang2, apa kata korang baca dlu apa yang tertulis kat poster nih.


[Klik untuk tumbesaran yang sihat]


Macam yang korang bole baca, card pendrive ni ada beberapa advantages berbanding dengan pendrive biasa. Memandangkan pendrive ni dalam bentuk kad, so basically ia nyer nipis, ringan. Mudah dibawa ke mana2 dan juga mudah hilang kat mana2.

Korang bole simpan je dalam dompet atau purse korang and korang bole gi jalan2 dan cucuk pendrive korang kat mana2 pun. I mean, janji ada slot untuk cucuk pendrive korang. Jangan cucuk kat tempat yang takde kaitan. Kang ada yang kena lempang, jangan datang mengadu kat aku lak ye.

Ehem... Bersambung semula kepada topik. Hampir off topic tadi. Card pendrive ni amat laaa sesuai untuk dijadikan corporate gitf sebab keunikan card pendrive itu sendiri. Aku rasa korang mesti rasa best kan kalo dapat simpan card pendrive siap ada logo syarikat korang. Jadi aku rasa card pendrive ni sesuai dijadikan gift semasa dinner syarikat, conference dan exhibition. Baru la nampak eksklusif dan versatile.

 Untuk maklumat bergambar, korang bole rujuk gambar2 sampel card pendrive seperti kat bawah ni.




[Panjang 8.5 cm, lebar 5.4 cm]




[Tebal = 0.15 cm, tebal pendrive = 0.2 cm]


Kenapa aku target untuk corporate gift dan bukan nyer individu? Okay. Sebenar nyer kat sini ada 3 sebab kenapa aku target untuk corporate gift instead of individu. Pertama, card pendrive ni memang sesuai dijadikan corporate gift sebab ia tampak unik dan versatile. Kedua, sebab harga card pendrive ni mungkin agak mahal berbanding dengan pendrive biasa. Ketiga, keperluan individu untuk membeli adalah terhad dan bergantung kepada keadaan.

Tapi ini tak bermakna individu tak leh beli ek. Kami menerima segala jenis pelanggan. Even kalau langsuir nak datang beli untuk buat kenang-kenangan pun, kami mungkin akan pertimbangkan. Janji langsuir tu ada duit la. Duit Malaysia ye. Matawang daripada alam laen tidak akan diterima sama sekali.




Harga asal adalah RM 38. Tetapi buat masa ni, diskaun sebanyak 16% iaitu RM 32 akan diberikan kepada beberapa pelanggan pertama (bergantung kepada stok) yang membuat pembelian 50 unit ke atas. Aku pernah buat survey kat beberapa kedai yang ada jual produk yang lebih kurang sama, kebanyakan diorang letak harga sebanyak RM 35 untuk card pendrive berkapasiti 2 gigabyte. So, aku rasa harga ni agak reasonable jugak la since kapasiti pendrive yang ditawarkan adalah 4 gigabyte.

Untuk pembelian 50 unit ke atas gak, korang diberi kebebasan untuk buat design (logo atau gambar) sendiri untuk dicetak kat atas card pendrive tersebut. Bersembang pasal cetakan design, harga yang ditawarkan hanya tertakluk kepada card pendrive dengan design belah depan je. Belah belakang plain, macam yang ditunjukkan kat dalam gambar di atas. Tapi, kalo nak cetak gambar depan belakang, still bole dirunding.

So, kalo korang ahli committee untuk mana2 dinner syarikat, conference atau exhibition yang berminat untuk jadikan card pendrive ni sebagai corporate gift, korang bole contact je nama2 yang tertera kat dalam poster tu. Or korang bole contact terus aku kat emel aswadz_rex@yahoo.com. Kalo ada sebarang persoalan yang berada di minda, korang juga bole contact aku atau nama2 tersebut. Nak mudah? Komen je kat entri ni. Senang citer.


**********Banner**********
 *************************


13 so full of themselves :

Aida Omar said...

comey je kan..bentuk card gitu. huhu..

Anonymous said...

ceh x bes pun cardrive. buang duit ja beli! takat nk ada gmbr2 cmtu bdk2 minat la

aswadz said...

@aida: hehehe...

@anon: sbb tu x target individu. laen kali baca bagi paham ek. hahaha... design2 x semesti gambar kartun. gambar logo company, logo conference. ni pun, laen kali baca bagi paham sket ek. budak2 sungguh anon ni.

vanilla said...

dinner kampeni saya dh lps, kalu x mesti blh mntk order sama encik...ada la dlm 1000org wooooo...hahaah

aswadz said...

woha...

Anonymous said...

Salam.. kalo nak tempah dlm kuantiti yg banyak n nak jual pd org luar boleh x?

AZM Venture said...

salam,
untuk pembelian kuantiti yg banyak melebihi 50 unit harga seunit adalah rm 32, tetapi jika melebihi 100 harga boleh kami kurgkan lg, boleh terus hubungi pihak AZM Venture untuk rundingan atau terus phone sy di no 0179160465

aswadz said...

@anonymous: sila rujuk jawapan azm venture.

@azm venture: mekaseh sbb tolong jwb.

pelangi said...

untuk tempahan individu ada ta?? nak tempah satu jek .. capacity 16 gb.

aswadz said...

utk individu x dpt la printing yg anda mahu. dpt yg mcm dlm gmbr je la. ikut design diorang.

corporate gifts said...

This kind of card pen drive is suitable for full color printing. Very good for promotional use.

card shape pen drive said...

very cute angry bird pen drive. good luck in your sales.

aswadz said...

@corporate: thank you for your compliment.

@card-shape: hehehe... cute indeed.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...