Saturday, February 25, 2012

Perubahan

Yea ha ha... Hampir 2 minggu aku meninggalkan dunia blogging. Macam2 faktor menjadi penyebab ketidak-bloggingan aku ni. Mula2 busy ngan exhibition and keje kat Shah Alam. Ditambah lak ngan kesihatan yang kurang memberangsangkan sejak balik dari Shah Alam, terus takde mood nak tulis apa2 entri kat blog. Cuma kadang2 tu aku merajinkan diri untuk blogwalking.


 [Booth SIRIM tengah setup. Gambar dicilok daripada FB Kak Kirah.
Jangan marah ye. Hehehe...]


Semasa exhibition Malaysia Technology Expo 2012 (MTE) yang lepas, aku ada terserempak ngan 2 orang kawan lama. Dua2 rakan masa universiti. Sorang tu pompuan. Satu PPK. Sorang lagi tu dia tu senior setahun kalo tak silap aku. Masa aku tengah wat ijazah, dia tengah sambung master. Dua2 orang rakan ni ni mengingatkan aku tentang perubahan. Perubahan daripada segi fizikal.

Kawan aku yang pompuan ni dlu dia tak bertudung. Tapi masa terserempak kat MTE tu, dia dah bertudung dan pakai bracers. In fact masa dia tegur aku mula2 pun aku tak dapat cam dia sape. Even aku ingat dia budak blogger daripada Geng Blogger Sengal lagi. Hahaha... Wat malu aku je tak kenal kawan sendiri. Aku siap tanya lagi. "Ni sape ek?". Hahaha... Actually tak sempat sembang banyak. Biasa la. Bila bab sembang ngan pompuan, aku kadang2 awkward sket. Jadi kitorang sembang2 gitu je, pastu masing2 membawa diri. Aku, of course, kena jaga booth. Kang kena marah ngan bos lak kang.

Dengan member aku lagi sorang ni pun sama. Dia melawat booth aku. Tengah dia dok belek2 flier/ poster booth aku tuh, aku cam muka dia. Bila baca nama kat jaket dia, dah sah... Memang aku kenal dia. Tapi aku tak tegur dlu la. Aku senyap je. Aku nak tengok dia cam aku ke tak. Bila dia tenung aku lama2, baru dia cam. Mungkin skang ni aku dah bertambah hensem berbanding dlu.


[Weyh, aku curik gambar kat FB ye]


Yang tak bole blah tu, bila dia kuarkan statement "ko tak kurus macam dlu la". Nape tak kuar statement "ko nampak makin hensem, macho dan bergaya laaa". Kenapa? Mengapa? Why? Tapi, aku rasa aku still kurus. Cuma mungkin dah berisi sket kot. So aku tak leh fikir, dlu aku kurus lagi ke berbanding skang? Kalo skang aku kurus, dlu aku kurus-keding kah?


p/s: korang tau tak, tak dapat berkaroke semasa memandu kereta sorang2 adalah sangat membosankan?


4 comments:

CekbOlat-bOlat said...

karoke dlm kete? -_-
okay2.. faham..

pstt: die nk perli tu.. agaga

vanilla said...

nape tibe2 dgn karok dlm keta tu plak?

Alynn Notnot said...

radio kereta rosak ke? :O

aswadz said...

@cikbolat: perli ek. cis...

@vanilla: bosan bwk kereta sorang2. karok je yg bole hilangkan kebosanan dan hilangkan perasaan mengantuk.

@alynn: x. suara xde.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...