Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Wednesday, February 8, 2012

Journey 2: The Mysterious Island

Korang pernah tengok movie Journey to the Center of the Earth tak? Kalo korang sker citer2 adventure macam ni, mesti korang akan minat muvi Journey 2: The Mysterious Island. Ye. Citer ni merupakan sekuel kepada Journey to the Center of the Earth. Sori la kalo review aku ni dah agak outdated. Lama sangat terperuk, tak publish2.




Citer ni bermula dengan Sean Anderson, seorang remaja yang bermasalah yang mempunyai keinginan untuk mencari pulau misteri yang pernah diceritakan oleh datuk nyer suatu masa dahulu. Dia juga berpendapat datuk nyer telah hilang semasa mencari pulau misteri tersebut. Berpandukan tiga buah buku novel iaitu Treasure Island, Gulliver's Travels dan Mysterious Island, akhir nyer Sean Anderson berjaya menjumpai koordinat pulau misteri tersebut dengan bantuan ayah tiri dia, Hank Parsons.




Pada pendapat aku, citer ni memang best. Especially sebab aku memang minat citer2 macam ni. Jalan citer dia agak menarik gak sebab dia macam combine beberapa elemen fantasi dan juga sejarah. Contoh nyer macam mana pulau tu dihuni haiwan yang sama macam kat tempat laen. Cuma haiwan yang besar bertukar menjadi kecil dan begitu juga sebalik nyer. So bole bayangkan kalo cicak rumah tiba2 bertukar menjadi gergasi? Owh, tapi dalam muvi ni takde cicak ye. Pastu kota yang hilang di lautan, Kota Atlantis juga muncul kat atas pulau ni. Menarik tak?

Barisan pelakon lak, aku rasa watak Sean Andersons tu kurang la. Cik Vanilla pun cakap gitu gak. Watak Kailani lakonan Vanessa Hudgens, watak penyeri je kot. Seksi je lebih. Tapi takpe la. Lelaki sker tengok kot. Hehehe... Eh? (sambil hadang muka, takut kena lempar ngan barang oleh Cik Vanilla) Tapi watak Gabato, ayah kepada Kailani tu memang kelakar. Tergelak2 aku tengok.

Cuma aku rasa setback dalam citer ni adalah jalan citer terlalu direct. Contoh nyer, masa pulau tu nak tenggelam, dan2 je tahu kewujudan kapal lanun yang pernah singgah kat situ pada zaman dahulu. Pastu, dan2 je tahu kena cari journal kapten kapal tersebut untuk tahu kedudukan kapal tersebut. Bila dah macam tu, jalan citer tu macam dah jadi terlalu mudah dan direct. Maybe diorang nak kurangkan masa tayangan kot. Ntah la.



 
p/s: kapal lanun tu bukan kapal layar, tapi kapal selam. kapal selam yang agak canggih lak tu...


13 so full of themselves :

HeNRieTTa JoSe said...

trimas....xtaw lak ini sequelnye....bleh larr tgk pas nieh....hehehe....

Shawn Razaleigh said...

tgk trailer mcm best n lawak

Mohd Norafzal said...

aku nengok vanessa je..melelehhhh kahkahkah

aswadz said...

@henrietta: silakan tgk. hehehe...

@norafzal: kalo bole jgn tgk lama2. nnt ko hilang byk darah lak sbb darah byk sgt meleleh ikut hidung.

aienzunnur said...

blh la pg tgk nanti..hihi

aswadz said...

@shawn: mmg lawak pun citer nih.

@aien: gi la tgk kalo ada masa.

Aida Omar said...

haha..tok ketua tergoda. tak pernah tgk lagi cerita nie pun..tgk trailer mcm best je.

O CIKTEDDY said...

ok 4.5 bintang!haha

aswadz said...

@aida: sila la tgk. x rugi pun. best citer ni.

@cikteddy: 4.5 ek. sj je letak rating up lg dr aku.

misyamissyou said...

wahh lum sempat lagi nak tgk..huhu

aswadz said...

cpt2 la gi tgk kalo gitu.

cik azeya said...

aku dah tengok. best gile, first time aku kosentret tanpa menoleh ke tempat lain.


*dada the rock paling cun. boleh gerak2. ce kau buat. aku nak tengok. hahaha

aswadz said...

@azeya: dada x berketul. x dpt nak buat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...