Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Busuk.Org

PingNW

KakiPing

Kartikel

Blogger Malaya

Sunday, February 26, 2012

Tomyam ke ni?

*First of all, gambar tomyam yang disebutkan takde sebab aku tak bawak kamera masa tuh. Nak amek gambar guna handphone, handphone tak bape nak canggih. Kalo amek gak, mesti huduh nyer. Untuk menjaga reputasi blog aku, aku terpaksa melupakan hasrat untuk mengambil gambar tomyam tersebut.


Aku melangkah longlai ke arah kedai makan di Seksyen 2, Shah Alam. Waktu masih awal. Jam di handphone menunjukkan waktu hampir memasuki pukul 8 malam. Persekitaran sekeliling ruang makan aku perhatikan. Niat di hati nak makan nasi goreng. Tapi perut minta diisi tomyam. Jadi perkataan "tomyam" pada setiap papan tanda kedai aku perhatikan.

Walaupun dah beberapa kali aku menjejak kaki kat ruang makan Seksyen 2, tapi tak pernah sekali pun aku ingat kedai mana yang sedap. Or maybe sumer nyer biasa2 je. Sebab tu tak ingat. Tiba2 aku terpandang satu kedai. Shameer Tomyam.

Pekerja kedai sibuk berborak ngan awek, yang muka nyer terpampang kat papan tanda kedai makan tu. Tapi aku tak sure dia tauke ke tak. Macam muda je nak jadi tauke. Sibuk bercintan-cintun. Order aku tak mau amek ke? Nak meniaga ke tak nak bang? Oiii... Dengar tak bang?

Of course dia tak dengar. Sebab aku cakap dalam hati je. Tapi seolah memahami jeritan perutku, sorang lagi pekerja kedai keluar daripada dapur. Mencapai segala peralatan yang ada untuk mengambil order, dia terus menuju ke arah aku.


"Ye bang, nak makan apa?" tanya budak tu.

"Saya nak makan orang tomyam ayam dan nasi putih ye. Air bagi teh ais," berbekalkan muka yang bersahaja, aku menjawab pertanyaan pekerja tersebut.


Ku sangkakan angin sepoi2 bahasa hingga ke petang, rupa nyer taufan Irene di tengah hari. Tomyam yang sampai tidak menepati piawaian yang ditetapkan oleh SIRIM. Cair. Pastu macam ada keladak2 apa ntah yang timbul kat atas tomyam tu. But again, otak aku memberi signal mengatakan "don't judge a book by its cover".


[Kalo tomyam yang macam ni, mungkin nampak mengancam]


Ku capai sudu dan terus mencedok kuah tomyam tersebut dengan harapan setinggi gunung, mengharapkan tomyam tu sedap. Masin. Perasa tomyam tak dapat dikesan. Plain. Tapi masin. Kalo rasa tomyam tak dapat dikesan, mungkin wajar menu ni dipanggil sup ayam. Sup ayam masin.

Berbekalkan sup ayam masin tomyam ayam dan nasi putih yang hidangan nyer umpama 2 orang yang nak makan (siyesly, korang ingat aku bela jin ke apa dalam perut aku), aku mentekedarah gak la sebab dah lapar. Nak blah terus tanpa menyentuh makanan, rasa macam kurang ajar la plak kan. Tapi as expected, memang tak abes. Yang luak cuma ayam. Tak elok membazir.

Walaupun aku payah nak ingat kedai makan mana yang sedap kat Seksyen 2 tuh, tapi of course aku akan ingat kedai mana yang tak sedap.


p/s: nak meniaga, buat cara nak meniaga. nak melayan awek, gi cari tempat laen.


6 so full of themselves :

Yana Libra said...

frustnye kalau makanan tak sedap~

Cik tikah said...

cik tikah pun akan igt kedai [e yg x sedap. hehe

MaiRa QuEeN said...

yang dalam gambar tu..sedap..huhu..nasib la.

aswadz said...

@yana: agak frust gak la.

@tikah: hehehe...

@maira: mana tau? kot2 la indah khabar dari rupa.

||EzzaTy AriFfiN|| said...

Salam..apa kata try tomyam di thai chim chum di putra nilai..insyallah puas ati.. =)http://dessertroses.blogspot.com/2012/03/tomyam-udang-galah-kawchim-chum-besh.html?m=1

aswadz said...

x pernah travel sampai ke nilai. camne nak rasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...