Saturday, July 7, 2012

Villa Danialla

Villa Danialla ni sebenar nyer resort yang terletak kat Kelantan. Kalo korang masih ingat entri Wordless Wednesday #12 yang aku pernah post dlu, tu sebenar nyer bukan kat Bali ye. Tapi kat Tok Bali, Kelantan. Sebab tu aku tulis "Bali" sebab bukan dekat "the real" Bali. Nak honeymoon ke Bali, belum ada cukup duit. Tok Bali pun jadi la. Hehehe...


[Tengah cari bilik reception ke?]


[Bilik receptionist yang santai]


Dah nama pun villa kan, dah sah2 bilik kat sini sumer more like houses. Kat kawasan sini memang takde hotel tinggi2 macam kat bandar Kota Bharu. Kat sini sumer nyer fesyen villa je rasa nyer. Villa yang aku duduk tu digelar Villa Matahari. Range harga dalam RM 300 semalam.


[Ada macam rumah teres tak?]




Bilik dia nice and comfy. Saiz bilik dia besar gedabak. Tapi sebab dalam bilik tu dia bubuh macam2, so takde la nampak besar sangat. Tapi kalo korang pergi sendiri tengok, mesti korang pun rasa besar gak. Tu belom tengok lagi bilik air dia. Bole letak satu lagi single bed kat dalam toilet dia. Cuma ye la, sape nak tdo dalam tandas kan. Hahaha...












Villa Danialla ni terletak btol2 tepi pantai. So petang2 tu kalo korang nak mandi-manda atau berjalan2 tepi pantai sambil menikmati angin ribut sepoi2 bahasa Melayu, korang cuma perlu menapak sket je daripada villa korang. Kalo tak nak mandi, korang bole maen ping pong sebab meja ping pong ada disediakan. Cuma bat ping pong je aku tak nampak ada kat situ.


[Aisey, meja ping pong tak termasuk dalam gambar lak]


Actually selain daripada Villa Matahari, ada banyak lagi jenis villa yang ada kat sini. Kalo korang nak tahu lebih lanjut, korang bole lawat website diorang atau pun kunjungi facebook diorang untuk tengok sendiri jenis2 villa yang ada bersama ngan rate dia.

Honestly, aku enjoy stay kat villa ni. Cuma ada 2 benda je yang mungkin diorang patut improve kan. Yang pertama, kalo korang bosan, korang mungkin tak dapat nak tonton citer kegemaran korang kat TV sebab dia pasang satelit siam daa... Channel tu memang la banyak (banyak sangat), tapi sepatah haram pun aku tak paham apa diorang cakap. Kedua, breakfast agak kurang menyelerakan. Menu pun tak banyak. Tapi takpe. Bab breakfast ni senang je nak improve kan. Hehehe...

Tapi secara overall, duduk kat Villa Danialla ni memang selesa dan terbaek.


7 comments:

Diari Si Froggie said...

Cun jugak kan villa nie.. fresh je design dia. Memang sesuai kalau nak honeymoon kot.. kalau keluarga pun ok jugak tu, lagi2 depan pantai..

Cik tikah said...

mcm best je. blh buat bbq x kat sana?

cik kiwi's said...

cun gila..weh....nak pegi lah. tak jauh doh dari tempat kawe ni..:P

aswadz said...

@aida: villa ni pun sejuk je duduk.

@tikah: bole kot. cer tanya bhgn dapur. ahakz...

@kiwi: oooo... sila2.

maszull said...

assalamualaikum aswadz....bestnya dpt jenjalan...:)

Ety said...

toilet dia serius cool. cam papan dam :D

ni kalau pergi ramai2 satu family, mesti best :)

aswadz said...

@maszull: hehehe... honeymoon.

@ety: tu la. kalo boring2, leh maen dam kat dalam toilet. keh3...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...