Sunday, July 15, 2012

Hotel Emperor Melaka

Sepanjang percutian aku ngan wife aku kat Melaka, kitorang duduk kat Hotel Emperor. Sebenar nyer masa datang ke Melaka, takde planning pun nak duduk hotel mana. Dah sampai Melaka baru terkial2 nak online cari hotel mana nak duduk. Tup tap tup tap jumpa Hotel Emperor yang rate dia agak murah berbanding hotel2 yang laen standard yang laen.




Bilik deluxe yang kitorang duduk hanya dalam RM 170++. Tu pun aku tunjuk business card SIRIM, dapat less kepada RM 150++. Hotel ni daripada keadaan luaran, nampak macam bangunan lama sket. Tapi dia nyer lobi marvelous gak la.

Bilik deluxe dia bole tahan besar. Katil dia lak size king kot kalo tak silap aku. Sebab besar semacam je (walhal aku tak ingat saiz katil tu king ke queen). InsyaAllah, kalo korang duduk sini, korang akan rasa selesa. Tak yah duduk hotel mahal2 pun takpe.








[King ke queen? Ke sebab aku kurus aku rasa katil tu macam besar?]


Bilik air dia lak takde la fancy sangat pun. Tapi cukup untuk bagi korang kepuasan semasa mandi. Hahaha... Yang penting, ada bathtub. Owh, lupa nak bagitau. Bilik air dia takde pili air untuk korang basuh toootttt lepas korang kencing atau berak. Pandai2 la korang bawak sendiri cebok.




[Pemandangan daripada tingkap bilik]


Breakfast dia lak not bad gak la. Ada banyak variety. Berselera gak la aku ngan wife aku makan. Siap bertambah lagi. Jap amek buah. Jap amek koko krunch. Jap amek roti bakar. Kepada sape2 yang nak datang melawat Melaka, kalo tak nak duduk hotel bajet and at the same time, tak nak duduk hotel yang mahal nak mampos, apa kata korang book je bilik kat Hotel Emperor.


11 comments:

bukankosong said...

hotel yg best adalah hotel yg ada bath tab

Unknown said...

ada bath tab tu yg best. hari tu duk sri malaysia deluxe gak, tapi takde bath tab pun

Diari Si Froggie said...

king kot katil tu abam aswadz.. aida ada masalah tang toilet kat hotel nie.. tang jamban duduk memang tak reti guna.. hik3 :P

tirahzairi said...

tuttttt tue ape? hahhahaa....
larikkkkkkkkkkkkk~

mrs eyza said...

dasat hotel nie ada dua jamban ekkk hehe...xpyh berebut2 nak guna...hihi

LydSunshine said...

Not bad la... Katil tu Queen rasanya.. King lagi besar.

Eh, apsal ada 2 toilet bowl?

aswadz said...

@bukankosong: tp aku jarang mandi bathtub.

@piraaa: hotel seri malaysia mahal je lbh. servis x bgs mana pun. aku pernah duduk deluxe, mmg hampeh. dgn bilik bau karpet nyer. nyesal.

@aida: kita duduk je atas jamban duduk tu. haaaa... kan senang.

@tirah: tutttt tu errr... hahaha...

@eyza: kih3. mmg x yah rebut.

@lydsunshine: satu tu utk kencing je. satu utk melepaskan hajat bsr.

Unknown said...

Nak gi Melaka la...

aswadz said...

silakan2...

Unknown said...

Hasil buangan selepas kita makan k 😂

aswadz said...

betul dah tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...