Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Saturday, July 14, 2012

Spider-Man - Marc Webb vs Sam Raimi

Aku baru je lepas buat review pasal muvi The Amazing Spider-Man semalam. Since muvi ni pun still tengah tayang kat pawagam, tak salah aku rasa untuk aku buat entri susulan kan. Aku rasa mesti korang tertanya2 kan kenapa citer Spiderman ni diolah semula instead of buat sekuel yang baru je. Kan membazir je kalo dok ulang benda sama je berulang kali. Tak gitu?

Actually, ada sebab nyer. Ada perbezaan nyer. Filem The Amazing Spider-Man ni telah diolah semula oleh Marc Webb untuk tampil lebih hampir kepada jalan citer komik nyer, yakni berbeza dengan Spiderman versi Sam Raimi. Nak tahu apa dia?


Tajuk Filem

Aku rasa sape2 yang peminat setia Spiderman ni mesti tahu yang tajuk asal komik Spiderman adalah "The Amazing Spider-Man" bila diperkenalkan oleh Marvel suatu ketika dulu. So, tambahan perkataan "The Amazing" pada tajuk muvi ni bukan semata2 untuk menunjukkan perbezaan dengan muvi versi Sam Raimi, tapi mengikut tajuk asal komik Spiderman.




Spider Web

Kalo korang perasan, dalam siri Spiderman versi Sam Raimi, Spiderman shoot dia nyer spider web daripada tangan terus. Tanpa menggunakan mana2 gadget canggih. Tapi kalo ikutkan komik asal, Peter Parker yang reka sebuah gadget yang akan diletakkan di pergelangan tangan untuk shoot spider web.

Oleh itu, menembak spider web terus daripada tangan bukan lah kuasa yang diterima oleh Peter Parker tatkala dia digigit oleh genetically engineered spider. Ye, dalam The Amazing Spider-Man, Peter Parker lebih bijak sampai boleh invent gadget sendiri. Yang ni merupakan salah satu perubahan yang ketara dalam citer Spiderman yang baru nih.




Si Penjahat

Kalo korang ingat, watak Dr. Curtis Connors pernah juga muncul dalam Spider-Man 2 dan Spider-Man 3. Cuma watak yang dipegang hanya watak kecil iaitu sebagai rakan sekerja Doc Ock (Spider-Man 2) dan juga yang membantu menganalisa parasit yakni Venom (Spider-Man 3).

Tapi kalo ikutkan komik asal, watak Dr. Curtis Connors adalah jauh lebih besar. Dr. Curtis Connors merupakan The Lizard setelah serum buatan nyer yang mengandungi DNA reptilia yang telah diubah suai disuntik pada diri beliau sendiri. Well, obviously serum tersebut gagal dan menyebabkan Dr. Curtis Connors berubah menjadi lizard.




Kekasih Peter Parker

Watak Mary Jane Watson lakonan Kirsten Dunst merupakan kekasih Peter Parker dalam trilogi Sam Raimi. Am I right? Dalam trilogi tersebut, watak Gwen Stacy yang muncul dalam Spider-Man 3 tidak mempunyai hubungan yang romantik ngan Peter Parker sebab masa tu Peter Parker kan tengah bercinta dengan Mary Jane.

Tetapi... Dalam komik asal, Peter Parker bercinta ngan Gwen Stacy terlebih dahulu sebelum Aunt May memperkenalkan Mary Jane kepada Peter Parker. Tu pun lepas Gwen Stacy mati baru Peter Parker jatuh cinta kat Mary Jane.




Peter Parker

Citer asal Spiderman lebih menarik kerana berkisarkan tentang perubahan seorang remaja ke seorang superhero yang dewasa. Ditambah pula dengan kebijaksanaan dia dalam bidang sains yang agak terbatas dalam trilogi Sam Raimi.

Instead menjadi seorang yang nerd semata2, watak Peter Parker lakonan Andrew Garfield lebih menonjolkan kebijaksanaan Peter Parker yang invent sendiri gadget untuk shoot spider web yang membolehkan dia bergayut daripada satu bangunan ke bangunan yang laen.




Watak Peter Parker dalam The Amazing Spider-Man gak lebih logik. Sebab? Yela. Mana ada orang terus dapat kuasa, terus gunakan. Lagi2 seorang remaja. At least Peter Parker lakonan Andrew Garfield ni, dia ada perasaan takut sket mula2 dapat kuasa. So, yang mana lebih logik?


Kesimpulan nyer, The Amazing Spider-Man arahan Marc Webb lebih hampir kepada komik asal Spiderman berbanding Spider-Man arahan Sam Raimi. Peminat2 Spiderman mesti prefer jalan citer yang asal berbanding jalan citer yang dah kena ubah suai banyak sangat. Kan?


Sumber: Cinema Online


4 so full of themselves :

bukankosong said...

ofkos la yg asal

tu origin yg patut & semua owg tertunggu2

sbb tu ramai yg frust ngn dragon ball yg diubah keasliannya oleh Hollywood team

aswadz said...

tu psl la kan. nsb baek spiderman arahan sam raimi tu still bole dihadam.

fatin nabilah (jue) said...

jue dah tgk the amazing spiderman,.boleh kasi thumbs up,.best sgt :)

aswadz said...

hehehe... setuju2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...