Aku rasa citer pasal Spain jadi juara EURO 2012 ni mesti dah basi by the time aku post entri ni. Tapi lantak lah. Aku nak tulis gak. Sebab sebagai seorang peminat bola sepak, harus lah menulis pasal bola sepak walaupun waktu dah sampai final baru nak menulis pasal bola. Kalo tak, harammm...
Since aku pegi kursus induksi ari tuh, aku miss both semi final nyer game. Ada sket kekecewaan kat situ. Tapi tak kesah la. Team yang aku sokong, England dah kena bungkus awal2 dah (game yang diorang kena bungkus pun aku tak tengok gak).
Spain menang 4-0 ke atas Italy dan kemenangan nampak agak jelas lepas diorang mendahului seawal minit ke-14 menerusi tandukan David Silva dan jaringan Jessica Jordi Alba 4 minit sebelum tamat separuh masa pertama.
Lepas ketiadaan Thiago Motta pada separuh masa kedua sebab hamstring, Italy yang bermain dengan 10 orang pemain terpaksa bersabar dengan asakan demi asakan daripada Spain. Tapi last2 pemain gantian Fernando Torres dan Juan Mata memasing menyumbat satu gol. Maka lengkap la kemenangan 4-0.
p/s: spain menang as predicted, and menang bergaya lak tuh.
4 comments:
kalau la malaysia main macam nie mesti terkenal habis.. keh3. apa2 pun tahniah spain
hahahahaha, kesian italy
huh england? waddehek????
@aida: malaysia lwn myanmar pun x lepas...
@piraa: kesian tu kesian la gak. tp nsb x menyebelahi diorang.
@anon: well, aku bkn glory hunter beb. sjk kecik lg dah sokong england. xde nyer nak tukar2 just sbb team tu dah x terel. common laa...
Post a Comment