Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Thursday, July 26, 2012

Korean Drama - Scent of a Woman

Dah lama aku tak blogwalking secara pukal kat blog korang2, especially yang tinggalkan jejak kat shoutbox aku tuh. Hajat dihati nak balas jejak korang masa hujung minggu yang lepas. Tapi nak wat camne. Tiba2 badan jatuh sakit, terus tak leh nak watpe. Naseb baek still bole puasa. Yang aku mampu buat cuma melayan citer Oh My English! kat TVIQ 610 secara marathon. Hahaha...

Tapi good news nyer, aku berjaya khatam citer Korea bertajuk Scent of Woman. Bila dah demam2 ni, laju je perabes 2-3 episod satu malam. Laju tak laju nyer aku tengok. Kalo dah 2-3 hari demam, tak ke 9 episod dah aku tengok. Memang hebat diri aku ni semasa demam.




Citer ni mengisahkan Lee Yeon Jae (Kim Sun Ah) yang menghidap sejenis kanser dan mempunyai beberapa bulan untuk hidup. Since kehidupan Lee Yeon Jae adalah pretty suck, dia quit dia nyer job dan cuba spend masa dengan melakukan aktiviti yang dia teringin sangat nak buat, termasuklah bercinta dengan prince charming.

Jalan citer dia biasa2 je pada pendapat aku. Tapi citer ni memang agak sedih. Masa awal2 maybe tak sedih sangat. Tapi beberapa episod terakhir tuh, siyes sedih. Mencurah2 air mata aku ke ladang gandum. Aku dalam demam2 ni bole lak termengalir air mata. Cis, buang energi aku je time aku sakit2.




7 so full of themselves :

sedutzone said...

aiseyman... demam lagi ker bro?? makan ubat ar... take care bro... yieeehaaaa...

vanilla said...

4.5 star la....best la cite nih..

LydSunshine said...

Selalu je ada penyakit kalo citer korea ni. Takpun kena langgar kereta then mati. Pelakon tu cantik tak? Saya kan, kalo tgk drama atau filem korea, saya akan pilih filem yg hero hensem dan heroin cantik. Kalo tidak, malas nak tgk. Mengada kan? Filem yg paling saya suka A Moment To Remember.

tirahzairi said...

best ke ni? xtgk lg...

aswadz said...

@sedutzone: sihat dah skang.

@vanilla: best ek? abg tgk biasa2 je. walaupun hati tersentuh. hehehe...

@lydsunshine: aku maen tgk je. janji ada org supply kan citer. hahaha...

@tirah: ok la. menarik gak. tp tgkp leleh la nnt.

cweet pinky said...

CP minat la heroin ng nhero citer nih , heroin tuh heroin my lovely sam soon kan ?? nak tgk , nak tgk !

aswadz said...

x tau la. aku x tgk my lovely sam soon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...