Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Saturday, June 21, 2014

Family Day di Cherating

Patut entri ni keluar lama dah. Tapi sengaja aku peram untuk mendapatkan kualiti yang lebih bagus. Hahaha... Family Day sempena cuti Hari Pekerja 1 Mei lepas. Tu dia. Cuti 1 Mei. Pertengahan bulan Jun baru keluar entri. Sadis punya blogger. Family Day kitorang ni bukan Family Day anjuran tempat kerja je. More like family getaway. Berkumpul ramai2 gi jalan2. Macam tahun lepas kitorang gi Cameron Highlands. So tahun ni pergi Cherating lak.

Untuk tahun ni nyer perancangan, aku langsung tak terlibat. Daripada segi homestay mana nak duduk, aktiviti apa nak buat, tu sumer adik-beradik belah wife aku yang decide. Kira nyer aku ni jadi tukang drebar je la waktu kejadian. Hehehe...




Sampai kat Cherating dalam tengah hari. So petang tu pergi lepak pantai. Tujuan utama of course la mandi laut aka berendam. Nak berenang tak pandai. Berendam pun jadi la. Dapat la gak sket2 feel mandi laut tuh. Tapi kalo dah bosan berendam, boleh buat aktiviti lain. Contoh nyer...


[Abaikan jari kelingking aku tuh]


Lepas bosan berendam, boleh ber"joga bonito" kat tepi pantai. Maklum lah, praktis untuk World Cup. Kot2 la pasukan Malaysia nak panggil aku untuk maen ngan diorang. Jap. Lupa. Malaysia tak pernah layak lagi ke Piala Dunia. Hahaha...




Malam lak aktiviti barbeque atau lebih dikenali sebagai aktiviti mengisi perut masing2 di kala malam menjelang. Tapi aktiviti bakar membakar je la yang kat luar rumah. Makan sumer kat dalam rumah. Siap makan depan TV lagi. Aktiviti barbeque separa moden.

Keesokan hari nyer, pergi melawat Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu lak. Sekali sekala melawat penyu apa salah nyer. Walaupun bukan musim penyu mendarat, tapi kat pusat penerangan ni pun ada penyu gak. Tak perlu tunggu musim.





[Aku bab2 buat gaya tengah berjalan memang rajin]




Belah malam lak aktiviti tengok kelip2. Korang boleh google Hafiz Cherating Activities. Ada banyak aktiviti laen yang diorang offer. Tapi kitorang minat dengan Firefly Tour je. Takde gambar yang boleh snap semasa aktiviti Firefly Tour nih. Strictly prohibited. Sebab nanti kelip2 lari. Karang korang gak yang kempunan nak tengok kelip2. Rugi duit je kalau tak dapat tengok kan. Hehehe...




 Aktiviti Firefly Tour ni memang best. Korang akan naek bot dan akan dibawa menyelusuri sungai sampai la kat kawasan yang memang gelap gelita. Cuma bulan je sebagai pemberi cahaya. Tapi gelap2 macam ni la korang boleh tengok kelip2 dengan meriah nyer. Memang banyak. Kalo korang bernasib baek, kelip2 tu sendiri akan terbang kat korang. Korang boleh tangkap, tapi jangan ganas sampai kelip2 tu mati sudah la.

Next time datang Cherating, boleh mandi pantai lagi sebab pantai dia memang cantik.


p/s: joga bonita means "play beautifully"


Sunday, June 15, 2014

Maleficent

Cerita di sebalik Sleeping Beauty

Baru semalam dapat melayan movie Maleficent nih. Time movie ni keluar dlu, goreng pisang panas jual tepi jalan je. Laju je abes. Tinggal seat depan je, in which aku malas dah la nak tengok sebab sakit tengkuk duduk depan nih. Next tayangan pun sama. Last2 cancel agenda nak tengok Maleficent waktu tuh.


maleficent, sleeping beauty, movie review


Kalau masa kecik2 dlu kita pernah baca citer pasal Sleeping Beauty, movie Maleficent ni merupakan cerita yang lebih menyeluruh. Maleficent ni merupakan watak jahat dalam citer Sleeping Beauty. Tapi movie ni menceritakan bagaimana Maleficent berubah daripada seorang yang baik hati menjadi jahat.

Permulaan movie ni menunjukkan dua negara yang berbeza. Satu negara dihuni oleh manusia dan satu negara dihuni oleh fairy. Tapi biasa la. Manusia ni kan tamak. Negara yang dihuni oleh fairy tu pun diorang nak usik. Tapi sebab negara tu dijaga oleh Maleficent, memang tak dapat la diorang nak usik. Sehinggalah Stefan yang mengenali Maleficent sejak kecil, mengkhianati nyer untuk menjadi raja. Yang selebih nyer korang tengok sendiri.




Movie ni memang best. Memang terpaku je mata kat skrin wayang tuh. Sebab jalan citer dia tidak slow dan menarik. Ada gak babak2 yang membuatkan korang terharu dan silap haribulan boleh mengalir air mata. Yang penting, movie ni boleh bagi banyak pengajaran kat kita. Thumbs up...




Wednesday, June 11, 2014

Wordless Wednesday #23

grade typo, gerd, wordless wednesday


Friday, June 6, 2014

Twist of Fact #2

Kisah di Sebalik Penemuan Tapak Kaki Gergasi di Hutan Endau Rompin


twist of fact, tapak kaki bigfoot, hutan endau rompin


Macam mana bole ada tapak kaki gajah, harimau dan juga tapak kaki manusia gergasi (dipercayai mungkin bigfoot) boleh berada di track yang sama? Simple je nak rungkaikan misteri ini. Untuk pengetahuan korang, kat dunia ni termasuk la Tanah Melayu, menyimpan pelbagai sejarah tersembunyi yang kita tak tahu. Kalau korang rajin membaca benda2 gini, korang akan rasa yang benda tu make sense.

Gajah, harimau dan big foot bergerak sama2 untuk apa sebenar nyer? Mengiringi sesuatu, atau mungkin mengiringi seseorang? Raja suatu kerajaan yang hilang? Harimau sebagai penjaga keselamatan dan juga sebagai peninjau. Gajah sebagai kenderaan tunggangan. Bigfoot sebagai pengiring kepada "raja" tersebut.

Make sense? Tapi ini twist of fact. Jangan korang percaya pulak. Hehehe...

Monday, June 2, 2014

Pre-order Perfume Tester Original 2014 Batch #2

Mesti korang tertanya2 mana pergi batch #1 kan. Alih2 terus batch #2. Hahaha... Ari tu tak sempat update batch #1 kat blog. Tapi kat page Rexylla memang ada update pasal pre-order nih. Jemput2 lah like page ni, senang korang trace bila pre-order untuk perfume tester original ni dibuka.


rexylla, pre-order perfume tester original, perfume tester original


 Pre-order perfume tester original [Batch #2] DATELINE: 6 JUN 2014

Perfume tester original = RM 160
Perfume grade 5A = RM 70
Perfume miniature grade 5A = RM 30
Perfume sample grade 5A = RM 10


Untuk senarai perfume tester original yang dijual, korang boleh rujuk blog Rexylla, entri yang INI. Kalau berminat, boleh PM Rexylla. Tak pun boleh direct WhatsApp aku terus, 017-4139048. Pembelian untuk 7 perfume ke atas, insyaAllah special rate boleh diberikan.


Instagram Rexylla: rexylla_blogshop


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...