Friday, February 6, 2015

Kellie's Castle

kellie's castle


Masa cuti sekolah hari tuh, btol2 sebelum sesi persekolahan tahun 2015 bermula (lepas kena tangguh sebab banjir), aku ngan wife aku sempat singgah ke Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah, Perak. Saje bawak wife aku jalan2 sebab dah banyak kali aku janji nak bawak dia pergi, tapi tak pergi2. Padahal kampung aku kat Kuala Kangsar je pun. Bukan jauh mana pun. Hehehe...

Aku pun dah lama tak menjejak kaki kat sini. Last time mungkin masa aku still sekolah rendah lagi. Masa tu kecik kan. Mana nak ingat apa2 pun. Masa aku pergi hari tuh, cuaca memang baek punya. Elok je memancar matahari, tegak di atas kepala. Amek gambar kat luar pun jadi tak berapa cantik, sebab muka berkerut (yang ni aku).


kellie's castle, kellie's castle ruin
[Rumah asal Kellie yang musnah lepas kena bom masa perang]


Macam yang aku stated dalam caption yang atas tu, gambar atas tu sebenar nyer rumah asal Kellie. Gambar yang korang nampak cantik mula2 tadi (gambar paling atas) yang tu Istana Kellie, yang dibuat sebagai expansion kepada rumah Kellie. Istana Kellie yang tak sempat siap sebab pembinaan tergendala lepas owner dia, William Kellie Smith meninggal. Gambar kat bawah ni untuk view yang lagi jelas.


kellie's castle, kellie's castle ruin
[Kiri: Rumah Kellie. Kanan: Istana Kellie yang tak sempat siap]


Sebelum kematian William Kellie Smith, construction dah beberapa kali tergendala. Antara disebabkan oleh faktor kewangan dan juga akibat wabak Spanish Flu yang melanda pada waktu itu, menyebabkan kematian pekerja-pekerja construction ketika itu.


kellie's castle, kellie's castle interior
[Bahagian dalam Istana Kellie yang diolah semula berdasarkan era pada waktu itu]


Sebenar nyer ada pelbagai misteri yang menyelubungi Kellie's Castle sebenar nyer. Tapi mungkin aku akan ulas dalam entri2 yang seterus nyer, kalau aku rajin. Kalau aku rajin ye. Hehehe... Antara nyer yang mungkin menarik minat korang.


kellie's castle, kellie's castle ruin, hallway berhantu
[Hallway yang dikatakan BERHANTU]


Jeng Jeng Jeng...


16 comments:

Athirah said...

ingatkan kan kt oversea,,haha..
ok, bookmark!

wan sharifatulfatihah said...

Aah ingatkan obersie tadi.hahaha

aswadz said...

@tirah: ada mcm oversea ke? hahaha...

@wan: architecture dia mmg mcm oversea la. kan...

Nurhaziq Abdul Hafiz said...

Tempat ni memang popular kat Perak dan menjadi tempat yang wajib dikunjungi jika datang ke Perak.

Anonymous said...

br hupdate ek...lama dh kot p...;)

Unknown said...

Nice sharing..cantik btul gmbr tu.. btw,visit and follow me on shukranzahari.blogspot.com
..Happy blogging

Unknown said...

oh sila lah rajinkan diri anda. XD

mmg teringin nk g sini.. takpe2 nanti one fine day sampai jugak insyaAllah. hikhik

Unknown said...

tak pernah sampai sana lagi..huhu...btw,tempat ni mmg famous kalau ke perak...

LydSunshine said...

Amboi, lamanye ko peram cerita. Aku belum pernah pergi, tp insyaAllah akan pergi sini satu hari nnt. Syok je org putih kan, pergi negara org, boleh buat istana.

Dunia Zumal said...

Walaupun seram tapi zumal teringin nak jejak kaki ke sana ^-^

dear anies said...

selalu tgk kt tv n bc kt tenet je tp blom penah smpi lg kt sini

Nina Mads said...

Suka ke sana photshoot dgn kwn2.. agak seram klau dduk di koridor tu

Nina Mads said...

Jemput join Mini GA by Nina + Anies

Cikna said...

Cikna org Perak pun xprnh g sini, ade masa boleh la jenguk2 kat sini.....;-)

aswadz said...

@MNH: btol tuh.

@anon: mmg lama. x sempat nak update.

@shukran: terima kasih sudi berkunjung ke blog sy.

@aisya: jemput2 la singgah.

@norniwanie: tempat wajib kalo datang perak. rugi kalo x singgah.

aswadz said...

@lyd: jemput singgah. hehehe... mai negara org, janji duit byk, semua jalan.

@zumal: siang2 x seram pun. malam2 mgkn la.

@anies: ada masa nnt datang la melawat.

@amanina: mmg cantik kalo buat photoshoot kat sini.

@cikna: sila2 jenguk. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...