Sunday, February 22, 2015

Sejarah Kellie's Castle

Dalam entri INI, aku pernah janji yang aku akan citer kan pasal misteri2 yang menyelubungi Kellie's Castle. Tapi sebelum tuh, kena la tau dlu sedikit sebanyak tentang sejarah Kellie's Castle kan. Jadi, meh aku kongsikan sedikit info tentang Kellie's Castle.


kellie's castle, sejarah kellie's castle


Sejarah Kellie's Castle

Kellie's Castle terletak di Batu Gajah, Perak. Kira2 30-40 minit daripada exit Simpang Pulai. Kellie's Castle merupakan rumah agam (mansion) yang terbiar dan tidak sempat disiapkan, kepunyaan William Kellie Smith. William Kellie Smith merupakan seorang businessman yang berjaya memperolehi banyak konsesi daripada kerajaan negeri dan merupakan antara keluarga yang elit di negeri Perak pada ketika itu. Antara bidang perniagaan yang dikuasai oleh Kellie adalah perusahaan ladang getah dan perlombongan bijih timah.

Pada tahun 1903, Kellie telah pulang ke Scotland dan berkahwin dengan Agnes Monica sebelum pulang semula ke Malaya. Kellie dikatakan telah bertemu dengan Agnes di atas kapal, semasa pulang dari Pulau Pinang. Pada tahun 1904, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Helen. Seperti Taj Mahal, Kellie's Castle dikatakan dibina sebagai lambang cinta Kellie terhadap isterinya. Kella's House mula dibina pada tahun 1909 dan kemudian expansion Kellie's Castle mula dibina selepas kelahiran anak mereka yang ke-2, iaitu Anthony pada tahun 1915.


william kellie smith, kellie's castle, pemilik kellie's castle
[Pemilik Kellie's Castle, William Kellie Smith]


Semasa pembinaan Kellie's Castle, ramai buruh kasar mati kerana diserang virus Spanish Flu yang menyebabkan kerja pembinaan terbantut seketika. Tapi selepas dinasihatkan untuk membina sebuah kuil Hindu di seberang sungai, keadaan kembali pulih. Namun begitu, kerja2 pembinaan dihentikan selepas kematian Kellie pada tahun 1926 akibat pneumonia.


Info Menarik Tentang Kellie's Castle

1. Kellie's Castle dibina menggunakan campuran putih telur itik, pasir kapur, gula merah dan madu.

2. Tidak menggunakan paku, besi dan jentera berat.

3. Sekiranya lif di bahagian menara siap dibina, Kellie's Castle akan menjadi bangunan pertama di Malaya yang mempunyai lif.

4. Turut mempunyai padang tenis berlantaikan simen di bahagian bumbung.

5. Agnes, isteri Kellie tidak ada tali persaudaraan dengan Agnes Monica. Ok, ini aku saje tambah kot2 korang tak tau. Hehehe...


p/s: misteri dia, nanti je la aku kupaskan. panjang dah ni...

8 comments:

Aisya A. said...

agnes monica. ok itu kelakar. haha

kalau btol2 siap mesti cantik kan kellie's castle ni. huhu

Dunia Zumal said...

Menarik gak bahan binaan Kellie's Castle nie yer ^^

Khai♥Rin : anies said...

kalu dia kawen dgn agnes monica, jwb nyer kaya daa si agnes tu ;-)

Mime MF said...

teringat ada kawan pernah present pasal Kellie's Castle ni..dia kata kononnya ada terowong bawah tanah or something macam terowong2 la..*tak igt..mohon bongkarkan..:D

Sylarius Yusof said...

Spanish flu ni wabak yang menular selepas Perang Dunia Pertama. Dikhabarkan, ia bermula di Eropah dahulu sebelum merebak ke seluruh dunia. Dia punya kesan lagi dahsyat dari selesema burung yang melanda hari ni.

LydSunshine said...

Cepat la cerita pasal misteri Kellie's Castle. Aku suka kisah misteri ni.

aswadz said...

@aisya: a'ah. mesti cantik.

@zumal: bahan binaan yg digunakan mmg unik.

@anies: x menyanyi dah aku rasa agnes monica tu kalo dia kahwin ngan kellie smith.

@mime: akan dibongkarkan.

@sylarius: nice info.

aswadz said...

@lyd: amboi... x sabar ye. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...