Saturday, September 19, 2015

Kota Lukut - Sejarah yang Ditinggalkan

Baru2 ni aku ada up entri pasal bercuti ke Port Dickson kan. Selain daripada melawat Rumah Terbalik dan Muzium TUDM, ada satu lagi tempat yang aku pergi. Kota Lukut. Yang ni aku, wife ngan adik aku je yang pergi. Mak aku sakit lutut. So kena tinggal ngan kakak2 aku sebab aku baca kena daki tangga yang tinggi. Tu pun wife aku duduk bawah je sebab dia malas nak naik.


kota lukut
[Nampak tak tangga tu? Baru separuh je tu...]


Kalau diikutkan, Kota Lukut ni dlu merupakan sebuah tapak kota pertahanan dan kubu (di bawah Raja Busu) dan juga merupakan pusat perdagangan yang masyhur ketika di bawah pemerintahan Raja Juma'at. Sebab apa aku kata Kota Lukut ni sejarah yang ditinggalkan? Sebab ni...


kota lukut, puncak


Apa pun tarak... Macam tak terjaga. Masa aku naik tu, dah la berdua je. Tu pun aku dah ke depan. Naek2 je nampak satu haiwan besar. Aku dah berdebar dah masa tu. Harimau ke? Singa ke? Hyena ke? Naseb baik beruk. Tapi aku rasa mungkin raja beruk kot sebab besar giler. Muka dia ada kaler biru2 sket. Tak tau spesies beruk apa. Naseb baek jauh lagi. Dan beruk tu macam takut2 sket. Tapi kehadiran beruk tu memang mengganggu kejap pemikiran aku.


kota lukut, entrance kota lukut
 [Gambar ni cilok kat Google je]


Gambar kat atas ni merupakan entrance kepada Kota Lukut. Tangga yang kitorang naik (rujuk gambar mula2) tu sebenar nyer kat belakang kota. So bila naik2 je, jauh nun di sana merupakan pintu masuk Kota Lukut. Dan beruk bermuka biru tu elok je bertenggek kat pokok besar tu bersama2 dengan beruk2 kecil yang lain. Sebab dari jauh pun dah nampak besar. Agak2 korang akan teruskan perjalanan tak? Hehehe...

Tapi seriously, memang tak berjaga Kota Lukut ni. Semak sana sini. Kalau diikutkan, ada je beberapa tempat yang menarik kat Kota Lukut ni. Contoh nyer tapak Istana Raja Wok (anak perempuan Raja Ju'maat), Perigi Raja dan Perigi Beracun. Tapi since nak ke perigi2 ni jalan bukan main penuh dengan semak-samun, so niat tu dilupakan je la. Kejap je kitorang kat atas ni. Pastu turun balik.

Ada gak terbaca kat forum yang mengatakan diri diorang macam diperhatikan masa naik kat atas ni. Tapi aku takde la rasa macam tu. Tapi meremang bulu roma tu ada la kadang2. Mungkin sebab sunyi dan rasa insecure sebab takut ada binatang buas.

Kepada yang malas nak naik (sebab takde benda menarik pun), korang boleh visit Muzium Kota Lukut yang terletak berhampiran je dengan Kota Lukut ni. Jalan kaki pun sampai dah. Sejarah Kota Lukut? Nanti2 je la aku citer.


14 comments:

Dunia Zumal said...

Best gak p tempat bersejarah camni boleh refresh otak pasal sejarah...

Cetusan Minda said...

saya dah bk kali pi PD tapi tak pernah singgah kota lukut ...

Mrs. A said...

Mrs. A lagilah tak pernah pergi pun tempat ni walaupun dekat dan dah banyak kali pergi PD

ma ❥ said...

Grr takutnya. Tkde gambar beruk tu?

Aisya Ahamad said...

Sayang eh tak terjaga. Kalau tak boleh jadi satu lg tempat tarikan. View cm cantik je.

FiZ aka Miss Pija said...

Macam menarik jugak tempat ni.

aswadz said...

@zumal: menarik kadang2 singgah tempat bersejarah.

@CM: laen kali boleh cuba singgah.

@mrs_a: rugi la kalau tak pergi.

@ma: tak terfikir pun nak snap. sebab tengah berjaga2 kan.

@aisya: view memang nampak bandar dan laut. memang tempat strategik untuk dijadikan kubu pertahanan.

aswadz said...

@pija: menarik lagi kalau tempat ni tak terbiar.

Amanina Mads said...

bab tak terjaga tu yg buat tempat nk scary semacam. kalau ke kellie castle memang rasa seram mcm org perati.

Mizz Aiza said...

Sayang tempat bersejarah macam tu tak dijaga..

Siti Yang Menaip said...

ngeh3.. menarik ni.. x penah tahu pun sjarah tempat ni..
rasa mcm penah lalu n pernah dngr nama tmpt..

aswadz said...

@amanina: kellie castle tu memang dah seram pun. sampai diorang wat aktiviti lawatan paranormal belah malam.

@aiza: a'ah. satu kerugian.

@siti: aku pun baru tau je. hik3...

Khai♥Rin : anies said...

sy penah lalu je tp x de hati nk sggh ;-)

aswadz said...

nape takde hati? huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...