Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Saturday, March 28, 2015

Harga Terlajak Murah?

Korang pernah tengok tak orang selalu jual kat Facebook style macam ni?


harga terlajak murah, PM kami
[Contoh sahaja]


Style yang promote konon2 nyer harga terlajak laris, terlajak murah. Bukan RM 70, bukan RM 60, bukan RM 50, bukan RM 40. Wowww... Murah... Tapi sila PM. Bila PM, rupa nyer harga RM 55. Tapi memang betul pun statement dia. Dia tak sebut pun harga RM 55. Dia cuma sebut bukan RM 70, RM 60, RM 50 atau RM 40. So, kira betul la tu kan.

Honestly, aku tak berapa berkenan sangat style yang macam ni. Both as customer and seller. Aku jenis yang malas nak PM. Kalau boleh, nak tau terus harga. Lagi senang. Sebagai seller point of view, aku pun malas orang nak layan kalau ada 100 orang PM, tapi sorang pun tak beli. Setakat tanya harga je. Letih kot nak melayan. Dan kalau dalam 100 orang tu, sorang pun tak beli, kan boleh mental breakdown tu.

Tapi aku tak kata pun yang semua orang yang menjual style gini tu tipu. Ada je yang jual betul2 nyer harga murah. Bukan RM 70, RM 60, RM 50 atau RM 40, tapi RM 30. Ada je. Tapi lagi ramai la yang memanipulasi ayat tersebut.

Untuk iklan yang lebih accurate dan lebih ikhlas, mungkin lepas ni kena tulis macam ni pulak.

Bukan RM 70, bukan RM 69, bukan RM 68, bukan RM 67...
Bukan RM 60, bukan RM 59, bukan RM 58, bukan RM 57...
Bukan RM 50, bukan RM 49, bukan RM 48, bukan RM 47...



Friday, March 27, 2015

Korean Drama - Doctor Stranger

Lepas aku selesai tengok drama Master's Sun, aku khatamkan pulak drama Doctor Stranger. Drama ni aku consider sebagai agak berat. Technically tak berat la sebab file yang aku copy ni tak cecah gigabyte pun untuk satu citer. Cuma berat daripada segi jalan citer je. Hehehe...


doctor stranger, k-drama, review


Hhhhmmm... Citer ni berat la. Aku nak start citer sinopsis pun tak tau nak start dari mana. Macam penting je semua... Haishh... Ok la. Aku citer dengan mudah je. Watak utama, Park Hoon (lakonan Lee Jong-Suk) merupakan seorang doktor yang dilatih di Korea Utara (walaupun asal dia Korea Selatan). Macam mana tiba2 boleh kena latih di Korea Utara? Part ni yang aku skip sebab kalau citer, panjang gak la. And its a bit complicated sebab penuh dengan konflik. So tanpa perlu stress kan kepala otak aku, lets skip it. Lets skip it.

Senang citer, Park Hoon ni jadi doktor pakar bedah yang genius lepas kena latih di Korea Utara. Tapi dia dapat melarikan diri ke South Korea. Sebab apa dia lari? Sebab cornflake konflik2 yang aku skip tadi. So, yang ni pun aku skip gak. Hehehe... Dalam pada dia melarikan diri tu, kekasih dia Song Jae-Hee (Jin Se-Yeon) yang ikut sekali kena tembak lalu jatuh dalam sungai. Dia pasrah je la... Kan?

Bila dah kerja di Hospital Myungwoo University di mana dia compete dengan seorang lagi top surgeon, Han Jae-Jon (Park Hae-Jin), kekasih dia yang kena tembak tadi tuh bekerja pulak kat situ jugak menggunakan nama laen. Actually dia tau awek dia ni masih hidup tu dah lama dah. Tapi yang ni pun aku skip gak. Hahaha... So, ending dia... Pun aku skip gak. Korang tengok je la drama ni kalau berminat nak tengok. Hehehe...




Macam aku cakap daripada awal tadi lagi, citer ni agak berat walaupun techinically tak berat sebab tak cecah satu gigabyte sebab bercampur2 konflik dia. Plus konflik politik lagi. Episod awal2 dah boleh tengok hero menangis. Watak hero dalam citer ni memang selalu manly tears. Dia ni memang pakar bab menangis kot. Tapi ada seorang member aku tu memang suka bebenor ngan hero ni. Sebab dia kuat menangis gak kot. Hahaha...

Part2 bedah membedah tu best gak la. Bukan selalu tengok citer macam ni. Sekali pakej semua. Konflik, bedah membedah, cinta, hero menangis banyak. Memang complete pakej la kata orang. Hahaha... So, berapa bintang agak2 aku bagi?




Tuesday, March 17, 2015

Cuti Seminggu dan Kahwin

Owh, bukan aku yang kahwin ye...

Cuti sekolah seminggu. Bila cuti sekolah, banyak lah jemputan kenduri kahwin yang datang. Dan cuti sekolah kali ni, adik ipar aku kahwin. Belah perempuan pada Sabtu yang lepas. Belah lelaki pula Sabtu ni. So untuk mengelakkan kepenatan melanda, cuti je lah seminggu. Sama cuti macam bebudak sekolah.


perkahwinan, adik ipar
[Semoga berkekalan hingga ke Jannah]


Sempat juga pergi ke majlis kenduri member lama aku dlu. Member universiti. Sabtu lepas jugak. Sama ngan tarikh adik ipar aku kahwin. Nasib baek dekat je dengan kampung wife aku. So dapat jugak la curi masa untuk ke sana.

Dalam pada cuti seminggu pun, aku still tak berapa rajin nak update blog. Mungkin juga sebab faktor internet yang agak kurang mengizinkan aku untuk update blog selalu. Tapi takpe. Time cuti2 ni, kena la chillax kan. Hahaha...


Saturday, March 7, 2015

Perfume Miniature di Stylista Vendor Concept Kulim

Saje aku nak kongsikan dekat sini, untuk makluman korang. Kot2 la ada yang tak tau lagi, especially untuk warga Kulim, Kedah. Online shop Rexylla kini dah jadi salah satu vendor kepada butik Stylista Vendor Concept. Kalau korang nak beli perfume miniature yang original, boleh pergi ke butik ni.


perfume miniature, vendor, butik vendor, kulim, stylista vendor concept
[Perfume miniature original]


Perfume miniature Rexylla dijamin 100% original dan yang pasti, harganya murah. Korang boleh dapatkan perfume miniature 5 ml dengan harga RM 38 sahaja. Perfume vial pun ada jugak. Macam2 brand ada. Korang cuma perlu pilih je.


perfume miniature, vendor, butik vendor, kulim, stylista vendor concept, perfume miniature lelaki
[Perfume miniature for him]


perfume miniature, vendor, butik vendor, kulim, stylista vendor concept, perfume miniature perempuan
[Perfume miniature for her]


Butik ni bukan setakat jual perfume Rexylla sahaja. Ada banyak lagi dress, blouse dan tudung daripada vendor2 yang lain. Kalau nak cari barang kosmetik juga boleh datang ke sini. Kalau penat2 pilih barang, boleh lepak dekat mini cafe diorang.

Oh, lupa pulak. Butik Stylista Vendor Concept ni terletak berhampiran dengan Giant/ Kulim Landmark Centre. Atau lebih tepat lagi, deret lot kedai atas 7-11, sederet dengan Affin dan RHB Bank, Tune Hotel dan Old Town White Coffee. Butik dibuka pada setiap hari kecuali hari Rabu daripada pukul 11 pagi hingga 9 malam.


perfume miniature, vendor, butik vendor, kulim, stylista vendor concept, lokasi, kulim landmark centre

Lokasi
No. 11, First Floor, Jalan KLC1
Kulim Landmark Centre
09000, Kulim, Kedah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...