Sunday, June 11, 2017

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa

Hari ni dah masuk hari ke-16 kita berpuasa. Rasa nyer belum terlambat kalau aku nak wish selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa untuk tahun ni. Lagi separuh bulan je untuk kita kumpul pahala banyak2 dalam bulan yang mulia ni.


ramadhan, puasa


So macam mana puasa korang tahun ni? Aku? Alhamdulillah. Belum ada yang tertinggal. Hahaha... Daripada 15 hari berpuasa (tak termasuk hari ni), baru 3 kali aku pergi Bazaar Ramadhan. Tu pun kalau ikutkan, 2 tu tak patut kira sebab terpaksa. Satu sebab Khamis lepas, habis keje aku terus balik Kuala Kangsar. Nak tak nak kena singgah beli kuih untuk berbuka dalam kereta. Malas nak singgah RnR sebab confirm penuh. Satu lagi sebab balik Kuala kejap je, jadi hari Jumaat beli makanan kat bazaar je. Sabtu pagi gerak balik Kulim. 

Jadi yang sebenar2 nyer aku gi bazaar sebab nak pergi bazaar cuma sekali je. Big improvement tu. Jimat banyak duit dan mengelakkan pembaziran akibat rambang mata tengok makanan. Plus tahun ni aku rasa macam daya tarikan nak pergi bazaar tu dah kurang. Mungkin faktor usia kot. Huhuhu...

Korang lak macam mana? Banyak gi bazaar ke atau korang@pasangan korang memasak kat rumah je? Cer citer...


3 comments:

ewanthology said...

p bazar tu ada terbeli karipap oksigen x?. hehehe

Nurul Rasya said...

Selamat berpuasa. Sini takde bazar ramadan so mampu tengok gambar dekat IG je. Sob sob.

aswadz said...

@ewan: setakat yang aku beli, belum jumpa lagi karipap oksigen.

@rasya: kat jepun takde bazaar ek. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...