Saturday, April 30, 2011

Nikmat dan Syukur

Assalamualaikum wahai pembaca blog So Full of Myself. Di saat aku menulis entri ni, aku baru je lepas berbaring2 atas katil. Berbaring2 lantas terlintas di kepala otak aku tentang kesusahan orang laen. Slalu nyer kita asyik fikir pasal kesusahan kita je. Kesusahan orang laen kita tak pernah nak fikir. Btol tak?

Amek contoh diri aku sendiri la. Aku slalu fikir gaji aku ni tak cukup. Bukan tak cukup untuk wat belanja makan dan bayar bil2 sumer. Yang tu cukup je. Tapi bila bab nak saving duit, memang tak banyak yang aku bole save. Kalo ada emergency nak pakai duit (repair kereta atau bayar road tax), kadang2 tak dapat nak saving pun.

Tapi tu la. Aku patut bersyukur. Kalo nak compare ngan orang yang susah, aku dikira beruntung gak la. Ada keje yang bole sara hidup aku. Duit gaji yang aku terima tu cukup untuk aku makan 3 kali sehari. Kadang2 lebih makan pun ada. Kalo compare ngan orang yang miskin?

Lagi pun dalam situasi skang ni, aku bole kawal perbelanjaan aku dan maintain untuk tidak overspent. Setiap awal bulan, aku dah set siap2 dah bape bajet maksimum untuk setiap perbelanjaan. So bole la aku pantau dan kawal money flow yang kuar. Kemahiran ni bole diguna pakai bila dah kahwin nanti. Hehehe... 

So takde la bila isteri ajak gi shopping dan "abang, nak ini. abang, nak itu.", aku terus belikan... Kalo ada bajet tu, of course la akan beli. Tapi kalo bajet dah lari, bole la jawab "dah2. takde duit". Haaaa... Bagus tak idea aku? Bernas tak?


[Kalo bajet takde, maka takde la reaksi macam kat dalam gambar nih]


Pastu pernah tak korang rasa tak berpuas hati bila kadang2 bila hujan turun. Lagi2 bila hujan turun, korang nyer keje atau perancangan menjadi terbantut. Mesti dalam hati korang berkata2, "nape la time2 camni hujan turun". Tak pun "kan bagus kalo hujan tak turun waktu ni".




Apa yang akan terdetik kat hati korang kalo time korang lalu kat kawasan kaki lama, tiba2 hujan turun. Pastu ada sorang lelaki yang gila, meluru ke arah hujan sambil berkata, "nikmat Allah dah turun. nikmat Allah dah turun." Apa yang akan terdetik kat hati korang masa tuh.
 
So kesimpulan nyer di sini, everything happen for a reason. Jadi, bersyukur lah...

Friday, April 29, 2011

Prince William & Kate - Officially Married

Itu lah dia popular headlines yang sedang berlaku skang. Tadi pun dah banyak channel TV yang siarkan secara langsung. Astro sampai 3-4 channel tayang. Tapi aku tak tengok pun. Hehehe... Perkahwinan ini berlangsung di hadapan 1,900 orang secara live dan dianggarkan lebih kurang 2 billion viewer di kaca TV around the world...






[Kiss at balcony complete the wedding]


[Kenal sape nih?]


Kenal gambar sape yang kat atas nih? Dia la adik Kate iaitu Pippa Middleton yang juga merupakan maid of honor pada hari yang bersejarah itu.

Selain daripada itu, antara tetamu jemputan ke majlis perkahwinan di raja Prince William dan Kate Middleton adalah David Beckham dan Victoria Beckham. Dasat Beckham ni... Siap dijemput menjadi tetami kehormat... Kalo nak tengok gambar2 tetamu jemputan yang laen, bole klik SINI.




Kalo nak baca lebih lanjut lagi pasal royal wedding ni, bole la klik link2 kat bawah ni.


Shanghai Auto Show 2011

Salam sumer... Apa khabar korang hari ni? Sihat? Okay. Aku tak kisah itu sumer. Kalo tak sehat sangat, camne korang bole tersesat baca blog aku kan. Makna nyer korang cukup sihat untuk membaca, walaupun korang mungkin tak cukup sihat untuk buat kerja2 berat.

Bulan lepas aku ada wat entri pasal kereta konsep terbaek 2011 kan. Hari ni aku nak wat entri pasal Shanghai Auto Show 2011 lak. Nama pun Shanghai Auto Show, mesti la diorang wat kat Shanghai kan... Tak kan wat kat KL Sentral lak. Ye dok? Hehehe...

Apa pun, layan je la gambar2 kereta konsep ni. Aku bole layan je la. Nak beli tak mampu. Sedih2... Cuma bole fantasize je ada kereta cenggini.

[Tengok kereta ye, bukan model]


[Gila cun ar kereta ni, nampak ganas]


[Nice, tapi kalo kaler laen, lagi best kot]


Tapi... Antara kereta yang aku paling tak paham. Kereta nih...


[Ni kereta ke hape]


Kereta yang konon nyer environmental friendly. Tapi design lebih kepada kereta buggy (kereta yang orang guna kat padang golf) berbanding ngan kereta yang digunakan kat jalan. What the eff...

Tapi gambar2 kereta yang aku letak kat entri ni, bukan sumer. Ada lagi kereta2 laen kalo korang nak tengok. Aku bubuh yang aku berminat je. Hehehe... Kalo korang nak tengok kereta2 yang laen, korang bole klik SINI.


Sumber: Yahoo! Autos

Thursday, April 28, 2011

Yang mana korang pilih?

1. Kaya. Berpengaruh. Berkerjaya. Kira nyer apa benda yang korang nak, korang bole beli. Kereta Ferrari? Porsche, Lamborghini? Rumah bunga-low, bunga-high. Sumer bole beli la... Cakap je bape... Tapi... Korang miskin kasih sayang.

2. Miskin. Kais pagi makan pagi. Kais petang makan supper. Kalo asyik kais2 makan KFC, itu iklan KFC nyer keje. Tapi miskin punyer miskin, kasih sayang korang terlalu la banyak... Sungguh kaya ngan kasih sayang... Tapi tu la. Korang kerja tetap pun takde. Belajar pun tak tinggi mana.

3. Hidup sederhana. Ada pekerjaan tetap. At least takde la kebulur tak makan 2-3 hari. Kasih sayang pun, Alhamdulillah. Cukup. Tak lebih. Tak kurang.


Yang mana satu pilihan korang? Pilihan aku? Kemudian nanti baru aku citer... Bagi aku abes layan drama My Princess dlu. Ngehehe...

Wednesday, April 27, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...