Wednesday, March 30, 2011

R3 Satria Neo

Yes... Proton mengeluarkan Satria Neo special edition yang digelar R3 Satria Neo. Ada 300 buah je yang bakal dijual di pasaran. Design yang cool... Aku minat. Korang aku tak tau la. Masing2 nyer taste. Tapi.... Ada aku kesah? Hahaha...


 [Wajah baru R3 Satria Neo]


Untuk lagi sneak preview kereta Proton ni, korang boleh klik kat SINI untuk tengok galeri gambar atau kalo nak tahu lebih lanjut tentang features kereta ni. Memandangkan korang baek hati melayan blog aku, aku kasik lagi gambar sneak preview untuk R3 Satria Neo nih.


[Beberapa gambar bahagian R3 Satria Neo]


Terlanjur wat entri pasal Proton nih, apa kata aku tambah lagi advertisement diorang. Ni just sebagai addition je la. Memandangkan entri ni agak pendek. Korang ingat lagi tak entri pasal kereta konsep keluaran Proton? Tuah-Jebat-Lekir-Lekiu-Kasturi. Kalo tak ingat, korang bole lawan ENTRI ni. Untuk sneak preview, korang bole klik SINI.

Untuk para peminat Formula 1, nak tengok perlumbaan F1 tapi tak beli tiket lagi, apa kata korang sertai Grand Prix VIP Challenge.




Grand Prize
2x tiket VIP Malaysian Grand Prix

Daily Prize
12x tiket Grandstand Malaysian Grand Prix

Untuk ketahui lebih lanjut macam mana nak menang, korang boleh la klik kat SINI.

Monday, March 28, 2011

Kisah Hati, Otak, Mata, Badan, Kaki dan Tangan

Pada suatu malam yang tak bape nak sunyi dan sejuk pun biasa2 saje, terdapat la seorang makhluk Tuhan yang cuba melelapkan diri...

Sambil bermonolog di dalam hati sendiri, "Tiba lah waktu untuk aku tidur..." Monolog dalaman oleh tuan empunya badan, resonate pada hati nyer. Hati yang menyedari yang tuan empunya "hati" ingin melelapkan mata, hati pun memberi signal kepada otak via perkataan yang tidak diucapkan dengan kata2 (???).

Hati yang sememang nyer baek hati dan prihatin terhadap tuan empunya badan, pun memberitahu kepada otak, "Wahai si otak, tuan kita hendak masuk tidur. Sudah tiba masa nyer beliau untuk zzzzzzzzzzzzzzzzz."

Otak yang sememang nyer dipenuhi dengan macam2 pengaruh daripada apa yang tuan empunya badan lihat, dengar dan cakap, membalas balik jawapan hati. "Baek yooo... Akan gua bagitau segenap anggota badan yang ada..."

Orang pertama yang otak hubungi adalah mata. Kira yang paling penting skali lah. Kalo anggota laen senyap, kalo mata tetap celik, tak dapat tidur gak kan... "Wassup mata. How are you doing... Hey, tuan empunya badan mahu melelapkan mata nyer skarang..." Tapi tidak diendahkan mata. Maka celik saje lah mata tuan empunya badan...

Tidak diendahkan, otak beralih pula kepada badan. "Hey badan, tuan empunya badan sudah mahu masuk tidur." Sekali lagi, otak tidak diendahkan. Badan asyik menukar posisi nyer. Kejap mengiring. Kejap terlentang. Kejap terbungkam. Maka bertukar posisi aje lah sepanjang malam ye tuan empunya badan...

Tidak berpuas hati, otak berpaling pula kepada tangan. "Yo tangan. Dengar ini gua mahu cakap. Tuan empunya badan sudah mengantuk, ingin tidur..." Sama seperti yang laen, tangan turut tidak mengendahkan otak. Disuruh diam, tapi dia tidak. Kejap diletakkan atas kepala. Kejap diletakkan di bawah bantal. Kejap di atas dada. Kejap di atas... Err... Err...

Setelah hampir nak berputus asa, otak memilih untuk mencuba wat kali terakhir lak. Kali ni dia ingin persuade kaki lak. "Keykie... Lama tak nampak (padahal satu badan)... Gua ada benda mahu ceri...ta?" Belum sempat otak menyelesaikan kata2 nyer, kaki terlebih dahulu tidak mengendahkan nyer. Sambil2 kadang mengangkang. Kadang2 mengepit. Kadang2 menyilang...

--Selang 30 minit--

Hati kembali berkomunikasi dengan otak via perkataan yang tidak diucapkan dengan kata2. Tapi nampak nyer giliran otak pulak untuk tidak mengendahkan siapa2. Kesimpulan nyer, kepada tuan empunya badan, tak dapek la den nak nolong...


[Entri yang entah apa2 daripada tuan empunya blog]


p/s: entri khas pasal tak dapat tidur semalam.

Sunday, March 27, 2011

4Minute - Huh!

Aku tak bape sihat ari nih. So takde mood nak blogging lama2... Apa kata korang layan lagi satu MV Korea ari nih. Kali ni daripada group 4Minute lak. Kira nyer entri back-to-back ngan entri Kara semalam.




Hm Hm Volume up
The moment you've all been waiting for
Attention everybody in this corner from the Cube
Ha ha show me

Say humph (huh huh, huh huh)
Say humph (huh huh, huh huh)
Say humph (huh) Say humph (huh)
Nan nae mamdaero nae meotdaero hae (huh huh, huh huh)

Naega TVe naogo sipda hamyeon (wae? wae?)
Jomdeo yeppeojigo sipda hamyeon (wae? wae?)
Modu da an doendagoman malhae What you do
Utgiji ma naneun nae mamdaero (uh huh, uh huh)

Nae saenggakbodan (nae saenggakbodan)
Jakku gateun geol barae (ttokgateun geotman barae)
Modu da naegeseo gateun moseumman barae Plz leave me
Baby you are kidding me!
Huh huh huh huh huh huh huh

I wanna be on magazine
Modu mamdaero in ma scene
Chingaling chingaling chingaling hai
Work it work it work it out

Ireon jeoreon maldeul da ijeobeoryeo (huh huh huh huh)
Da gateun kkum jiwobeoryeo (huh huh huh huh)
Say humph (huh) Say humph (huh)
Nan nae mamdaero nae meotdaero hae
Nuguboda naega naega I'm on the top
Igeot jeogeot jakku tto sikiji ma huh huh huh huh
Nal bakkuryeogo haji ma huh huh huh huh huh
Say humph (huh) Say humph (huh)
Nan nae mamdaero nae meotdaero hae
Nuguboda naega naega I'm on the top

Naega jjarbeun chimareul ibeumyeon (no oh, no oh)
Meoril jjarpge jareugo sipda hamyeon (no oh, no oh)
Modu da isanghadago malhae What you do
Utgiji ma naneun nae mamdaero (uh huh, uh huh)

Nae moseupbodan (nae moseupbodan)
Jakku dareun geol barae (je meotdaerodeul malhae)
Modu da maeumdaero nareul bakkuryeogo hae Plz leave me
Baby you are kidding me!
Huh huh huh huh huh huh huh

I am gonna be famous
Ijebuteon dangdanghan Ladies
Chingaling chingaling chingaling hai
Work it work it work it out

Ireon jeoreon maldeul da ijeobeoryeo (huh huh huh huh)
Da gateun kkum jiwobeoryeo (huh huh huh huh)
Say humph (huh) Say humph (huh) nan nae mamdaero nae meotdaero hae
Nuguboda naega naega I'm on the top

Keep it ma way U can't touch us nal kkeokkeuryeo hadaga neon dachyeo
Real musiceuro mujanghan Young ladies sunjinhan pyojeongeun neol wihan Ma fake skill
Oh, oh beolsseo sumeobeoryeonni deo kkokkkok sumeora meorikarak boilla
Ireon nal gamdanghal su itgenni huh? ajik boyeojulge sandeomiya huh!

Ireon jeoreon maldeul da ijeobeoryeo (huh huh huh huh)
Da gateun kkum jiwobeoryeo (huh huh huh huh)
Say humph (huh) Say humph (huh)
Nan nae mamdaero nae meotdaero hae
Nuguboda naega naega I'm on the top
Igeot jeogeot jakku tto sikiji ma huh huh huh huh
Nal bakkuryeogo hajima huh huh huh huh huh
Say humph (huh) Say humph (huh)
Nan nae mamdaero nae meotdaero hae
Nuguboda naega naega I'm on the top

Friday, March 25, 2011

Kara - Jumping

Dah lama aku tak wat post pasal music video dari Korea kan. Hehehe... Kali aku nak korang layan lagu daripada kumpulan Kara. Asyik2 4Minute ngan SNSD jek...

Lagu2 Kara yang sebelum2 ni seperti Mister ngan Rock You nampak macam biasa2 je. Tapi lagu Jumping ni, agak superb... MV diorang skali...




Jumpin' jumpin' jumpin' now
Jumpin' jumpin' jumpin' now
Jumpin' now jumpin'

Seulpeun gieok jiullae jom jom
Meoreojimeun neoreul jabeullae jump jump
Nal gidaryeotteon gu shiganeuro dashi gallae

Aesseo barae ye aesseo barae iye
Aesseo barae aesseun mame geuttaye you and I
There's nothing better only you

Chorus
Gieok sok neoreul kkaewo jumpin' jumpin' jumpin' now, Only you
Jamdeun sarangeul kkaewo jumpin' jumpin' jumpin' now, Only you
Geuttaero jumpin' now, only you
Noyege jumpin' now, only you

Jumpin' up jumpin' now
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/k/kara/jumping.html ]
Dashi barae ye dashi barae iye
Dashi barae aesseun mamae geuttaeye you and I
There's nothing better only you

Chorus

Take on me, take on me, take on me yeah
You, you, you, you
Take on me, take on me, take on me, yeah
Neon naui daia Only you

Eoreum seok neoreul neogyeo jumpin' jumpin' jumpin' now, only you
Nokseun chueogeul dakka jumpin' jumpin' jumpin' now, only you
Geuttaero jumpin' now, only you
Idaereo jumpin' now, only you

Nothing only you

Chorus

Jumpin' jumpin' jumpin' now
Jumpin' jumpin' jumpin' now
Jumpin' now jumpin' now

Thursday, March 24, 2011

Mahkamah Berhantu!!

Mahkamah yang dimaksudkan adalah mahkamah yang terletak di Menara Cyberport (bukan cyberpet ye kawan2) kat Jalan Bukit Meldrum. Naseb baek meldrum. Aku nyaris2 nak terbaca merudum tadi. Mesti ada antara korang yang baca the first time "merudum" kan. Hahaha...

Baru je pindahkan mahkamah tu kat situ, terus ke kacau ngan hantu2 di sana. Agak nyer sker bebenor hantu tu gamok nyer. Yela kan. Ada penghuni baru... Mesti la nak celebrate sakan...

Antara insiden2 yang berlaku kat bangunan 30 tingkat tuh termasuk la pintu yang terbuka dan tertutup dengan sendiri dan ada gak pekerja kat situ ternampak penjelmaan hantu kat dalam ofis sampai pekerja tersebut terkena histeria.

Wahhh... Menarik tuh. Lepas ni bole la sruh Uncle Seekers menyiasat kawasan mahkamah tu waktu malam. Pastu Uncle Seekers pun pilih la sukarelawan yang cun2, letak kat dalam salah satu bilik dalam mahkamah tu tengah2 malam. Mana la tau, kot2 sukarelawan tu bole terdengar hantu tengah wat perbicaraan mahkamah.

Kalo kena ganggu, mesti sukarelawan tu dengan suka dan rela hati nyer melawan gangguan2 tersebut. Pastu bila nak abes show, dia citer la pengalaman yang dasat2 kat penonton yang sememang nyer takde dengar atau nampak apa2 melalui kamera video.

Menarik... Menarik...


Sumber: Yahoo! News

Wednesday, March 23, 2011

Buyung Gagu

Korang pernah dengar nama tempat "Bukit Gajah Mati"? Kalo pernah, korang tahu legenda atau sejarah tempat ni? Aku pun pernah dengar gak nama tempat ni. Tapi tak tau langsung apa2 sejarah mahupun legenda yang berkaitan dengan tempat ni. Until a few days ago bila terbaca kat Yahoo! News.

Kalo korang nak tau, Bukit Gajah Mati ni terletak di Kampung Gagu, Jelebu. Menurut penduduk setempat, seekor gajah jantan ditanam di situ setelah dibunuh oleh sekumpulan penduduk kerana memijak sampai mati beberapa orang penduduk kampung sekitar sebelum Perang Dunia Kedua.

Baru2 ni penduduk kampung tersebut digemparkan dengan Buyung Gagu, gajah terakhir di hutan Jelebu ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Nogori Sombilan... Penangkapan Buyung Gagu bermakna tamatlah legasi gajah di Kampung Gagu.

Buyung Gagu di masa kecik, dia bersama dengan 3 ekor gajah dewasa. Tapi gajah2 dewasa tu dah lama mati dan Buyung Gagu hidup bersendirian sejak itu, kadang kala dilihat berkeliaran di kawasan hutan jajahan nyer.


[Buyung Gagu]


Tapi Empangan Teriang yang dibina pada 2009 memutuskan beberapa jalan hutan yang kemungkinan menjadi laluan hutan gajah tersebut, menyebabkan Buyung Gagu keliru dan kadang2 tersesat sampai di pinggir kampung.

So, sejak empangan tu terbina, Buyung Gagu start la muncul kat kawasan kebun dan rumah penduduk. Jadi penduduk kampung mula la rasa bimbang akan keselamatan mereka. In case la kalo gajah ni mengamuk. Kot2 la gajah tu pekik "Owh, korang la yang bunuh sedara-mara aku dlu2 ek!!"

Buyung Gagu ni lak jenis yang bijak. Kadang2 dia meninggalkan tapak kaki yang kecil, membuatkan penduduk ingat ada anak gajah yang tersesat. Pada hari laen lak, dia akan tinggalkan jejak seperti laluan seolah2 ada sekumpulan gajah yang masuk ke kawasan kampung. Rupa2 nyer dia yang punyer keje.

Tak cukup ngan itu, Buyung Gagu pun ikut jadual waktu dia. Kadang2 kalo dia kemaruk nak makan pisang yang sedap, dia sebat pisang kat kebung orang kampung. Setahun sekali dia tumbangkan pokok kelapa, makan umbai kelapa. Jadual waktu dia tu mungkin dia catatkan kat iPad versi gajah kot.

Misi2 penangkapan Buyung Gagu, korang bole baca sendiri kat SINI.


[Operasi menenangkan Buyung Gagu]


Sumber: Bernama

Tuesday, March 22, 2011

Misteri "menakutkan" sekitar KL terbongkar

Korang ingat lagi entri aku yang pasal sesuatu yang menakutkan akan berlaku di KL pada Sabtu dan Ahad lepas? Kalo tak ingat, bole baca kat SINI. Ni entri susulan kepada entri tersebut.

Entri susulan sebab rahsia "sesuatu yang menakutkan" tu skang dah terbongkar... Rupa2 nyer ada 2 ekor pontianak sedang berkeliaran kat area Damansara - Bukit Bintang. Baca kat SINI kalo korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang apa yang diorang wat kat sana.


[Pengunjung yang ketawa selepas sedar yang dia telah ditakutkan
oleh manusia yang menyamar pontianak]


Baca temu ramah yang dibuat oleh salah seorang ahli Says dengan pontianak2 tersebut.


Dxsonique: Biar Betul ni pasal apa?

Pontianak: Biar Betul.

Dxsonique: Jadi, awak ingat orang takut ke dengan pontianak?

Pontianak: Biar Betul.

Dxsonique: Adakah awak rasa saya lelaki paling kacak dalam dunia?

Pontianak: Biar Betul.


Kalo nak tahu, pontianak tu asyik sebut "Biar Betul" sebab nak promote mesej dan kempen yang dianjurkan oleh surat khabar Harian Metro rupa nyer. Kalo nak baca tentang kempen Biar Betul ni, bole klik kat SINI.


[Biar Betul! merupakan mesej dan kempen daripada Harian Metro]


Kalo nak tengok lagi banyak gambar dan gelagat pontianak dan pengunjung2, bole klik kat SINI.

Nuklear di Malaysia

Tentu ramai yang dah terbaca pasal kerajaan nak bina reaktor nuklear di Malaysia, yang dijangka pada tahun 2021. Aku tak nak citer panjang2. Sebab masing2 ada pandangan masing2.

Untuk aku, aku pun follow pendirian Tun Dr. Mahathir. Bagi aku, pembinaan reaktor nuklear di Malaysia cuma akan mengundang bencana kat penduduk Malaysia je. Memang la nuklear tu bole jadi sumber alternatif untuk menggantikan minyak.

Tapi berbaloi ke kalo tiba2 ada berlaku masalah atau kebocoran radiasi, ramai rakyat yang terkorban, cacat atau mengalami mutasi gen. Berbaloi ke?

Tambahan lak, Jepun yang sememang nyer berganda2 lagi maju daripada Malaysia, berganda2 lagi hi-tech daripada Malaysia, bila berlaku letupan kat reaktor nuklear diorang, terus jadi serabut. Tu pun still berhadapan dengan masalah kebocoran radiasi. Siap makanan dikhuatiri tercemar lagi. Baca SINI.

Kesimpulan nyer, korang rasa berbaloi tak? Korang bersetuju ngan pendapat aku tak?


Sumber: Yahoo! News

Monday, March 21, 2011

Itu la kau...

Berlaku beberapa hari lepas, mungkin juga beberapa minggu yang lepas atau tak berkemungkinan, beberapa bulan lepas.


Gadis X: Weh... Camne nak wat ni??? Aku gaduh ngan pakwe aku la. Sampai skang dia tak nak cakap ngan aku.

Aku: Laaa... Ape pasal lak korang gaduh nih... Aduh la...

Gadis X: Tak tau lah aku...

Aku: Kau la tuh. Tiap2 ari melayan video An*** Ha** sampai tak terjaga kebajikan pakwe sendiri. Ko bole dengar An*** Ha** pot pet pot pet dalam vlog dia. Tapi bila pakwe ko nyanyi sket je kat ko, ko cakap "can you please stop it" la, siap bole tanya lagi "kalo tiap2 ari tak nyanyi tak bole ke?" kat pakwe ko. Yang tak bole blah tu ko cakap dia annoying. Padahal suara dia sedap je dowh... Kalah Anuar Zain, apatah lagi Justin Bibir.

Gadis X: ......... aka speechless

Aku: Laaa... Nape senyap?

Gadis X: Kau annoying...

Aku: Erk....

Sunday, March 20, 2011

Sehari yang kurang daripada 24 jam?

Hahaha... Macam sarkastik la tajuk entri aku nih. Well, aku dah cuba the best untuk cari tajuk yang lebih sesuai untuk entri. But I just can't seem to find the right one. Jadi aku rasa aku berpuas hati dengan hanya letak "sehari yang kurang daripada 24 jam?" sebagai tajuk entri walaupun aku tau mesti ramai yang tak dapat tangkap tentang apa yang aku nak sampaikan dengan hanya baca tajuk entri je.

Apa yang sebenar nyer aku nak sampaikan actually benda yang agak berat gak untuk dihadam. Entri ni bukan entri yang lawak, sinis, sarkastik mahupun entri yang giler2... Entri ni more to fact rather than fiction. So korang ready nak hadam isi entri ni? Hehehe...

Kalo korang perasan la, mostly entri2 aku sejak kebelakangan ni sumer berkisarkan tentang tragedi tsunami di Jepun. Daripada permulaan bencana, kepada hoax dan kepada kempen membantu mangsa tsunami. Dan kalo ikutkan ada beberapa lagi entri pasal kejadian tersebut.

So aku rasa kali ni maybe entri terakhir yang berkaitan pasal bencana di Jepun yang aku akan sentuh. Anyway, aku harap rakyat2 Jepun berjaya mengharungi kesukaran yang diorang hadapi dan bounce back to their usual life. Tanpa diorang, tiada lah sumber anime aku nanti (owh, ada udang di sebalik batu rupa nyer).

Berbalik kepada objektif sebenar entri ni, aku nak citer kan gempa bumi 8.9 skala Richter yang menggoncang Jepun ari tuh. Tahukah korang yang kejadian tersebut telah memendekkan masa sehari Bumi?

Kajian telah dibuat oleh ahli geofizik NASA terhadap kejadian gempa bumi tersebut dan hasil kajian menunjukkan yang masa dalam sehari di Bumi telah berkurang sebanyak 1.8 mikrosaat. 1.8 mikrosaat = 0.0000018 saat. Macam takde efek lak aku tengok....

Kejadian gempa bumi tersebut telah mengubah taburan jisim Bumi membuatkan putaran Bumi menjadi lebih cepat. Nak lagi satu fakta yang menarik? Kalo korang nak tau, kini Jepun juga berada lebih hampir dengan Amerika Utara sebanyak 13 kaki. Macam mana benda tu berlaku?


 [Gambar yang diambil oleh NASA sebelum dan selepas gempa bumi]

Gempa bumi yang berlaku minggu lepas telah menyebabkan rekahan yang berada 15 batu di bawah dasar laut (186 batu panjang dan 93 batu lebar) menjadi rapat sebanyak 13 kaki. So, secara tak langsung nyer, kedudukan Jepun dan Amerika Utara menjadi rapat sebanyak 13 kaki. 

Owh, maksud aku dengan kedudukan menjadi rapat tu adalah daripada segi kedudukan geografi. Bukan nyer daripada segi diplomatik, politik mahupun sarkastik...

Tapi aku tak nak explain panjang2 pasal hal ni. Kang ada yang pecah kepala sebab tak paham explanation aku. So kepada sape yang berminat atau curious nak tahu dengan lebih lanjut, korang bole baca kat SINI.


Sumber: Yahoo! News

Saturday, March 19, 2011

Man Juara Raja Lawak

Man telah dinobatkan sebagai juara Raja Lawak musim ke-5 semalam. Tahniah diucapkan kepada beliau. Bagi aku, Man memang antara yang menyerlah pada musim ni, walaupun most of the time undian dia berada kat bottom three.

Tapi last2 dapat gak masuk final. Jadi juara lak tuh. Anyway, antara banyak2 minggu, antara yang aku paling sker adalah pada minggu ke-9. Sila la tonton...



Sesuatu yang menakutkan akan terjadi di KL minggu ni?

Ye. Itu lah yang aku baca tadi. Sesuatu yang menakutkan akan berlaku di sekitar KL pada minggu nih. Kat mana aku baca tadi? Owh... Aku baca kat Youthsays tadi. Hehehe...

Relax2. Dia actually cuma iklan je. Iklan yang diiklankan di Youthsays. So don't worry. Takde benda yang menakutkan berlaku di sana. Mengikut apa yang aku baca, "kejadian" yang menakutkan ni akan berlaku di sekitar kawasan Kompleks Pertama dan Sogo sampai ke Jalan Bukit Bintang or maybe sampai ke KLCC sekali...

Hari dan waktu kejadian adalah Sabtu dan Ahad, pada pukul 12 tengah hari hingga 4 petang. So kepada sape2 yang agak2 nyer ada urusan kat sana, apa kata korang bawak kamera korang sekali. Kalo ada apa2 yang berlaku, kan ada gadget untuk capture gambar dan tampal kat blog... Since dia cakap minggu ni, so mungkin hari ni dan esok la kan...

Agak2 nyer, ada apa ek yang menakutkan tuh? Diorang nak set up rumah hantu? Rumah hantu yang bergerak? Ke diorang nak wat Halloween Parade kat tengah2 bandaraya tuh?


[Contoh rumah hantu, tapi di Jepun la. Hehehe...]


Kalo korang nak tahu lebih lanjut lagi pasal apa yang aku citer nih, korang bole baca kat SINI.

Friday, March 18, 2011

Supermoon dan Bencana di Jepun

Korang pernah dengar teori pasal "supermoon" yang dilaporkan ada kaitan dengan kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun? Konon2 nyer graviti bulan akan mempengaruhi cuaca Bumi dan menyebabkan aktiviti gunung berapi menjadi lebih aktif.

Supermoon ni adalah term yang diorang gunakan untuk describe position bulan waktu orbit bulan berada paling dekat dengan Bumi. Fenomena supermoon ni dijangka akan berlaku pada 19 Mac 2011 aka Sabtu ni, which juga jatuh pada tamat nyer tempoh lesen memandu aku. Well, dah renew dah pun...




Fenomena supermoon pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Cuma tahun ni bulan akan dijangka berada dalam keadaan full moon, yang menjadikan kehadiran nyer dirasai oleh seluruh penduduk dunia. Sampai ada yang menggunakan term "extreme supermoon" sebab dah la jarak bulan dan Bumi pada waktu tu dijangka adalah yang paling hampir dalam 18 tahun, ditambah lak ngan fasa bulan penuh pada waktu tuh.

Seperti yang kita tahu dan aku sendiri tahu, bulan mempengaruhi pasang surut air laut. Kalo fakta ni korang tak tahu, better balik ke sekolah rendah. Hehehe...

Apa yang menjadi debate skang adalah astrologer (bukan ahli atau pekerja ASTRO) mengatakan yang fenomena supermoon ni akan bakal menyebabkan tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

On the other hand lak, saintis menyangkal dakwaan astrologer dengan mengatakan bahawa bulan tidak membawa pengaruh terhadap gempa bumi dan letusan gunung berapi. Saintis mengatakan yang gempa bumi berlaku sebab pergerakan plat2 bumi bawah tanah yang bergerak manakala tsunami lak berlaku disebabkan pergerakan lantai dasar laut.

Sebab apa ada teori pasal supermoon dan bencana alam nih? Untuk pengetahuan korang, tsunami di Indonesia dan taufan Katrina berlaku pada tahun 2005 berlaku sekitar fenomena supermoon. Tahun ni lak, gempa bumi dan tsunami di Jepun dan gempa bumi di Beijing yang berlaku baru2 ni juga berlaku sekitar fenomena supermoon.

Well, maybe a coincidence. Or maybe not. Terpulang la kat korang nak percaya ke tak kan. Kalo aku, percaya pun tak. Tak percaya pun tak. Maksud nyer, aku wat bodo je... Kalo bencana nak berlaku, dah ketentuan Allah kan. Lagi2 dah nak akhir zaman ni. Kalo takde supermoon pun, aku tengok bencana alam menjadi2 gak.

Tapi, bagi sape2 yang nak bagi pendapat korang, sila tinggalkan mesej anda di ruangan komen.


Thursday, March 17, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Ni bukan review filem ek. In fact, aku tak tengok pun lagi filem nih. Just nak share aka menyemakkan lagi blo aku. Entri kali pasal filem yang tengah tayang kat pawagam skang, iaitu Hikayat Merong Mahawangsa atau pun The Malay Bloodlines Chronicles.


[Poster Hikayat Merong Mahawangsa]


[The Malay Bloodlines Chronicles]


Legenda Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sebuah hikayat yang wujud sebelum kedatangan Islam memaparkan Stephen Rahman-Hughes, Ummi Nazeera dan Rahim Razali sebagai teraju utama. Filem ni berkisahkan tentang penubuhan negeri Kedah dan tampuk pemerintahan nyer.

Berlatarkan sekitar 120 Masihi, citer ni mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan bernama Merong Mahawangsa yang berasal daripada keturunan Iskandar Zulkarnain. Dia dipilih angkatan Rom bagi mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk dikahwinkan dengan Puteri China dari Dinasti Han.




Anyway, aku teruja nak tengok sejauh mana improvement CGI sedara Yusry KRU. Tengok trailer macam menarik jek... Utusan menyatakan yang Hikayat Merong Mahawangsa ni merupakan kerja terbaek Yusry, malahan produksi terbaek KRU Studios. Blog The Other Khairul lak rate filem ni 6 out of 10.

So nak tengok ke tak? Tapi nak tengok takde geng la. Kena gi sorang2 lak. Cik Vanilla nun di pantai Timur. Ada sape2 nak join aku tengok tak?


Sumber: Utusan Malaysia Online

Wednesday, March 16, 2011

Kempen Membantu Mangsa Tsunami Di Jepun

Susulan daripada kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun baru2 ni, Groupon Malaysia telah membuat satu kempen untuk membantu mangsa tsunami tersebut yang akan disalurkan melalui persatuan Malaysian Red Crescent kepada Japanese Red Cross.

Sebelum aku go in detail pasal kempen ni, meh aku citer sket pasal Red Cross nih. The Red Cross ni merupakan organisasi tahap international yang selalu memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa2 bencana dan membuat misi penyelamat.

Malaysian Red Crescent dan Japan's Red Cross, kedua2 persatuan ni merupakan sebahagian daripada The Red Cross. Berhubung dengan kejadian gempa dan tsunami tersebut, Japanese Red Cross telah menghantar sebanyak 62 pasukan penyelamat dan 400 ahli perubatan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Apa yang korang perlu buat untuk membantu mangsa2 tsunami ni? Korang hanya perlu donate RM 3 kepada Red Cross via Groupon Malaysia dan donation korang akan digandakan. Digandakan yang macam tuh? Well, for each RM 3 yang korang derma, Groupon Malaysia akan tambah lagi RM 3, iaitu jumlah yang sama korang derma.

Dengan itu, jumlah wang yang akan disalurkan kepada persatuan Japanese Red Cross adalah RM 6. Kepada yang berminat, korang bole klik kat SINI atau link kat bawah tuh. Kepada yang ragu2 dan musykil dengan kempen ni, apa kata korang test tengok dlu. Well, it doesn't hurt kan kalo korang just tengok je.



[Bantuan kemanusian kepada mangsa tsunami di Jepun]


Korang juga mungkin berminat untuk membaca entri2 yang berkaitan dengan kejadian tsunami yang berlaku di Jepun Sabtu lepas. Sila lihat link di bawah.


Tuesday, March 15, 2011

Nuklear radiation dan hujan asid

Entri ni merupakan susulan daripada entri BBC Flashnews Hoax? semalam. Aku sebenar nyer lepas publish entri semalam, aku rasa curious lak nak tau sama ada betol ke tak radiasi daripada nuklear ni bole menyebabkan terbentuk nyer hujan asid. Kalo bole, macam mana mekasnisma nyer.

And guess what... Nuclear radiation tidak mengakibatkan berlaku nyer hujan asid... Kalo tak percaya, korang bole search sendiri tengok. Korang taip je dalam bentuk soalan. Pandai2 la si Google tu jawab.


Q: Does nuclear energy cause acid rain?

A: No. Acid rain usually refers to rain which has been made more acidic than normal because it has absorbed gases emitted by the burning of fossil fuels. The key gases are nitrogen oxides (usually referred to as NOx) and sulphur dioxide (SO2). Acid rain can damage trees and reduce fish stocks in lakes and streams. Nuclear power stations do not emit either NOx gases or SO2.


Q: Is nuclear fision responsible for causing acid rain?

A: No, nuclear fission is not responsible for causing acid rain.

Nuclear power plants produce heat, but not the atmospheric contaminants that are the causes of acid rain. It is sulfur, which is present in small quantities in fossil fuels (like coal and oil) that is the precursor to acid rain.

Sumber: WikiAnswers



Q: Radiation can cause acid rain?

A: No. Nuclear radiation is not a factor in the production of acid rain.

========= Follow up ===========

Actually, rain has been acidic for a couple billion years. That's because there have always been CO2, SO2 and other gases in the atmosphere that react with water to make acidic solutions. Only recently has rain become more acidic do to increased levels of CO2, SO2 and NOx due to the actions of mankind.



Q: Does nuclear power cause acid rain?

A: No, that is caused by burning coal and producing sulfur dioxide
Sumber: WikiAnswers

Monday, March 14, 2011

BBC Flashnews Hoax?

"A Nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4.30 AM today. If it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer - BBC Flashnews."


You know what guys? I think this is just a hoax. And to those who believe in it, should go to their nearest hospital to check for any brain damage. The cause of the brain damage is probably came from this hoax message, in which they eventually forward it to someone else just as soon as they read the message.

Eh, aku speaking English ke tadi? Wahhh... Kagum dengan diri sendiri. Hahaha... Anyway, sebab apa aku cakap entri ni hoax?


1. Diorang cakap info ni daripada BBC Flashnews. Tapi aku search info2 ni kat web, takde satu web pun yang bagi link kepada the actual news daripada BBC? Tak korang rasa pelik ke?

2. Fukumi tak wujud. Baca the first sentence pun korang dah kena tipu. Dah kena tipu bulat2 pun korang tak sedar. Dah la tak sedar diri kena tipu, pastu forward lak kat member supaya diorang pun tertipu skali (sape yang tak tertipu tu bagus la). Untuk pengetahuan anda sumer, reaktor nuklear yang ada leaking tu (tak tau la explode ke tak, aku tak pasti) terletak di kawasan Fukushima. Tak caye kalu, sila baca ENTRI ni.


Kebenaran tentang hujan asid tu bagi aku hoax semata2... Tapi kemungkinan hujan asid tu berlaku di Jepun sendiri, aku tak pasti. Apa yang aku tau, tahap radiasi adalah rendah dah cuma diorang tengah bekerja kat reaktor tu je yang ada possibility untuk exposed kepada tahap radiasi yang tinggi.

Tak bole dibandingkan dengan kes Chernobyl yang dlu, sebab kes Chernobyl tu 400 kali ganda contamination berbanding dengan bom atom jatuh kat Nagasaki dan Hiroshima. Dan kalo korang baca kes Chernobyl ni kat wikipedia, dia takde mention langsung pasal acid rain. Begitu juga dengan artikel ni.

Acid rain tak acid rain, pandai2 la orang Jepun jaga diri diorang. Kita yang jauh2 ni nak risau2 apa lak. Kedudukan Malaysia ni dah sket punya jauh pun korang nak risau lagi. Cuba kalo Malaysia ni kat kedudukan yang dekat macam Korea tu. Baru la logik korang nak mencicit ke, nak sms mesej hoax ke. Tak cukup jauh lagi ke kedudukan Malaysia ni? Nak letak dekat Kutub Selatan baru rasa selamat?

Aku pelik ngan orang Melayu nih. Sumer benda nak dijadikan sumber ketakutan. Freemason la, Illuminati la. Ni acid rain jatuh kat Malaysia lak. Tapi bagus gak sometimes korang risau benda2 gini. Dapat tunjukkan keprihatinan korang. Waktu ni la dapat tunjuk keprihatinan korang. Selalu nyer tak dapek orang nak tengok. Hehehe...

Kalo nak berlaku hujan asid tuh, tak yah tunggu reaktor nuklear bocor pun takpe. Ada cukup je gas carbon dioxide, carbon monoxide, nitrogen atau sulfur dalam udara, maka terhasil lah hujan asid. Nak baca lagi lanjut, bole tengok wikipedia atau baca kat SINI.

Apa pun, berita yang tersebar ni hoax, hoax dan HOAX... Tak caye, baca sendiri berita2 kat bawah ni. Kalo tak cukup lagi, korang cari sendiri...




Tapi... TAPI... Weh, entri ni tak abes lagi. Jangan klik butang pangkah kat browser korang tuh. Ni nak bagi tau. Walau apa pun korang nak fikirkan, nak percaya ke tak. Up to you la kan. Kalo korang rasa nak selamat, korang duduk la dalam rumah korang masa hujan.

Aku tak nak tak pasal2 korang tuduh aku lak jadi penyebab korang kena kanser pada masa hadapan, just sebab korang baca entri aku nih. Hehehe...


UPDATED: Korang mungkin teringin untuk membaca latest entri aku yang bertajuk Nuklear radiation dan hujan asid.

Tsunami Jepun 2011 - Entri Susulan

Ini entri susulan kepada Tsunami Jepun 2011 - Satu Kemusnahan. Selepas 2 hari bencana alam yang dasat ini menimpa negara Jepun, apa yang berlaku pada beribu2 mangsa gempa dan tsunami tersebut.




Menurut Yahoo! News Weeked Edition, kematian akibat bencana tersebut berkemungkinan melebihi 10 000 hanya di sesebuah kawasan. Kalo campur ngan kawasan2 laen, aku rasa berganda la jawab nyer angka kematian tu.

10 000 kematian dijangkakan di kawasan Miyagi, yang mempunyai populasi seramai 2.3 juta orang penduduk dan merupakan salah satu daripada tiga kawasan yang teruk ditimpa bencana tersebut. Tapi setakat ni jumpa 379 kematian di Miyagi yang telah disahkan.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan juga menyatakan bahawa kejadian gempa bumi disusuli dengan gempa bumi tersebut merupakan krisis terbesar Jepun selepas peperangan 65 tahun yang lepas. Tak cukup dengan tu, kini Jepun mengalami krisis nuklear lak, disebabkan salah satu tangki reaktor diorang yang dikhuatiri bocor.

Buat masa skang ni, pasukan penyelamat telah diarahkan untuk mencari mangsa yang hilang di sepanjang kawasan pantai yang dilanda tsunami. Selain daripada itu, masih ada berjuta2 penduduk yang masih terputus bekalan makanan dan elektrik.

Sebenar nyer banyak lagi benda yang nak diulaskan berdasarkan apa yang aku baca. Tapi terlalu banyak sangat, tak larat lak aku nak taip. At least aku dah summarize kan apa yang berlaku kat Jepun buat masa skang nih. Kalo korang nak tahu ngan lebih lanjut, korang bole baca kat SINI.

Berikut adalah sedikit sebanyak gambar selepas gempa bumi dan tsunami melanda Jepun.


 [Kemusnahan di utara Jepun]

[Bot terbalik]


[Lambakan kereta yang musnah-punah]


[Kereta sangkut atas bumbung]


[Kapal2 terdampar]


[Bombo cuba memadamkan api yang marak di bangunan Cosmo Oil]


Sebenar nyer ada beratus2 lagi gambar yang korang bole tengok kat SINI. Tak larat aku nak letak sumer. Kalo larat pun, nanti entri ni akan menjadi super panjang dan korang akan menghabiskan keseluruhan masa korang just untuk tengok sumer gambar je.

Tapi aku ada satu benda yang tak puas hati dengan surat khabar tempatan nih. Cuba korang tengok gambar kat bawah ni.


[Gambar dicilok dari blog Teh Tarik Gelas Besar]


Kalo nak tahu, ni surat khabar Berita Harian edisi Berita Minggu. Agak nyer Berita Harian ni tak reti nak jaga hati orang ke? Apa perasaan orang Jepun kalo diorang ternampak gambar nih? 

Katakan la negara kita kena tsunami dan tiba2 kuar paper kat negara laen, lukis gambar Cicakman, Keluangman tak pun Upin Ipin mencicit lari apabila dikejar tsunami. Tak ke korang akan marah? 

So aku rasa aku sependapat dengan Nami dengan mengatakan bahawa Berita Harian patut meminta maaf sebab publish gambar yang tak patut nih. Bengong...


p/s: Zoy, lukisan anda tak kelakar...


UPDATED: Berita Harian telah pun memohon maaf atas ilustrasi terbabit. Baca SINI.


Sunday, March 13, 2011

Serangga Misteri

Well... Aku nak cakap misteri sebenar nyer. Tapi its actually just a camouflage. Tapi identiti serangga tersebut tidak diketahui. So bole la ia dipanggil sebagai serangga yang misteri. Misteri, tapi tak pelik. Peristiwa ni berlaku beberapa minggu yang lepas. Baru ari ni aku berkesempatan nak wat entri pasal ni.

Aku terserempak ngan serangga ni kat bawah pouch rumah aku. Tu pun aku tengah sibuk transfer barang ke kereta. Nak balik Kulim time tuh.

Mula2 aku tak perasan serangga ni. Sebab bentuk dia cam ranting kayu yang kecik2 tuh. Serius macam ranting kayu. Kalo korang tengok sekali imbas, memang tak perasan la. Disahkan oleh SIRIM. Aku perasan pun sebab nampak serangga ni terkuit2...

Nak tengok serangga tu macam mana? Sila rujuk gambar kat bawah...


[Nampak tak? Ke korang pun tak perasan lagi?]


[Pose yang laen. Korang dah perasan tak?]


[Aku dah label siap2 untuk korang]


Cik Vanilla cakap serangga ni mungkin adalah mentadak. Tapi dia sendiri tak pasti. Korang rasa serangga ni sejenis mentadak gak ke? Anyway, camouflage dia 100% berjaya. Kalo manusia pun bole tertipu, apatah lagi pemangsa2 yang laen. Di bawah ni aku upload kan video yang aku tangkap.




So apa pendapat korang? Korang kenal serangga ni?

Saturday, March 12, 2011

Tsunami Jepun 2011 - Satu Kemusnahan

Kemusnahan... Devastatation... Tu je perkataan yang bole menggambarkan kejadian gempa bumi 8.9 pada skala Richter yang melanda Jepun, disusuli dengan tsunami yang setinggi 10 meter. Gempa bumi yang berlaku semalam merupakan yang terbesar dan terganas dalam 300 tahun sejarah Jepun.




Susulan dengan tsunami yang berlaku di Jepun, beberapa amaran tsunami juga dikeluarkan di seluruh Pasifik sehingga sejauh Amerika Selatan, Kanada, Alaska dan seluruh pantai barat Amerika Syarikat. Amaran tersebut turut dipaparkan di laman web Google semalam.

Gempa bumi dan tsunami di Jepun menyebabkan beberapa kawasan mengalami kebakaran dan sesetengah bandar ditenggelami air yang diakibatkan oleh tsunami yang melanda kawasan tersebut. Lebih 1000 orang dikhuatiri terbunuh manakala 20 000 orang dipindahkan daripada kawasan Wakayama susulan daripada amaran tsunami yang dikeluarkan.

Selain itu, 3000 orang yang tinggal berdekatan dengan loji nuklear di kawasan Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut. Berkenaan dengan loji nuklear tersebut, kerajaan Jepun menyatakan tiada kebocoran yang berlaku tetapi tahap radiasi semakin meningkat yang menyebabkan penduduk di sekitar kawasan terbabit dipindahkan. Gempa bumi juga dilaporkan membawa kemusnahan besar di bahagian utara Jepun.


[Klip video saat tsunami melanda kawasan perairan Jepun]


[Sebuah bot terperangkap dalam ombak tsunami]


[Tsunami membanjiri kawasan bandar]


Susulan dengan kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun, Maria Ozawa menjadi popular di Twitter (ni orang Indonesia nih) yang concern dengan keselamatan pornstar tersebut. Anda bole baca kat SINI. Untuk berita yang lebih lanjut, korang bole lawat link2 kat bawah ni.


Friday, March 11, 2011

Kereta Konsep Terbaek 2011

Nak tengok kereta konsep yang menarik? Well, today is your lucky day. Ari ni aku share ngan korang antara kereta konsep yang terbaek 2011.


1. Audi e-tron

Rear-drive electric concept car. Kereta ni hanya prototaip semata2 dan tiada dalam perancangan untuk production.




2. Citroen Survolt

Twin eletric motor yang menghasilkan 300 kuasa kuda. Mempunyai enjin yang senyap. Kereta konsep ini membawa satu tapak ke hadapan dalam menuju ke arah "silent racing". Design kereta? Two thumbs up...



3. Deltawing Concept

Design umpama kereta F1 yang mampu mengurangkan air force ketika pemanduan. Tapi kadang2 tengok kereta ni macam kereta Batman (versi kartun) pun ada dari tepi.



4. GMC Granite Concept

Design kurang menarik pada pendapat aku. Tapi somewhat, it looks cool. Mungkin ada dalam senarai top 10 best concept cars 2011 sebab performance dia kot. I don't know. Sumber tak nyatakan pun.



5. Jaguar C-X75

Jaguar nyer design slalu menarik. Aku tak tau la pasal apa aku tertarik ngan design diorang ni. Padahal bentuk design diorang mostly lebih kurang sama jek... Tapi still, design ni cool, tapi tak leh kalahkan design untuk Citroen Survolt.


6. Lancia Stratos

Design yang agak old school. Maklumlah, design ni diambil daripada kereta Ferrari F430 Scuderia. Apa yang improve? Dia nyer power-to-weight ratio.



7. Peugeot SR1

Kereta ni merupakan konsep GT hibrid dan sama seperti Audi e-tron, kereta ni juga takde dalam list untuk production. Tetapi dia nyer internal-combustion/ eletric propulsion system akan muncul dalam kereta Peugeot 3008 Hybrid4 crossover.


8. Pininfarina Alfa Romeo 2uettottanta

Design kereta yang ko-ubah-macam-mana-pun-still-nampak-sama yang tidak berbumbung. Add to that, nama yang kalo disebut, bole terbelit lidah. Bole digunakan kalo nak maen tongue twister game ngan member2.



9. Porsche 918 Spyder

Design yang menarik daripada Porsche. Laen daripada yang laen. Untuk kereta ni, production is confirmed... So sape yang berminat, bole la kumpul duit mulai sekarang. Hehehe...



10. Renault Dezir

Kereta 2-seat yang menggunakan Nissan-Renault powertrain technology. Kereta konsep ini mempunyai design yang bakal diadaptasi kepada kereta Renault pada masa akan datang.



Sumber: Yahoo! Autos

Thursday, March 10, 2011

Minyak sebagai Renewable Energy???

Pernah tak korang terfikir, pada masa akan datang, dunia akan kehabisan minyak? Well, mesti la ada kan. Isu ni cam dah lama kot. Hahaha... Aku tanya sekali lagi, kali ni soalan laen lak. Tapi still berkisarkan pada benda yang sama.

Pernah tak korang terfikir, pada masa akan datang, bila minyak btol2 dah abes, korang nak guna apa untuk menggerakkan kereta korang yang still guna RON95 dan RON97. Even kereta yang guna kuasa eletrik pun still guna minyak pada permulaan perjalanan.

Di mana kereta yang menggunakan totally kuasa elektrik adalah slow dan tak sesuai untuk pemandu2 di Malaysia yang sker memecut macam haraammm di jalan raya mahupun lebuh raya. Jadi, apa jawapan korang untuk soalan aku tadi?

Pakai minyak tanah? Minyak masak? Minyak gamat? Minyak dagu? Baeklah. Korang jawab la soalan aku tadi tuh sorang2. I mean, keep it to yourself. Entri ni bukan lah untuk aku membincangkan sama ada jawapan korang adalah salah atau pun btol. Bukan juga ruang untuk aku berkongsi jawapan aku dengan korang sumer.

Aku cuma nak kongsikan sedikit maklumat berkenaan dengan perkara yang aku sentuh tadi. Bukan sentuh secara realiti, tapi sentuh secara minda. Rohani. Cara nyer, telah pun aku lakukan dengan bertanyakan soalan "pernah tak korang terfikir, pada masa akan datang, bila minyak btol2 dah abes, korang nak guna apa untuk menggerakkan kereta korang yang still guna RON95 dan RON97".

Sebuah syarikat bioteknology di Massachusetts telah membuat statement yang diorang bole hasilkan diesel dengan menggunakan ingredient yang sama untuk rumput tumbuh dan hidup segar di hadapan rumah korang. 

Amende ingredient tuh? Tak tahu? Sah, korang tdo kat dalam kelas masa cikgu korang mengajar matapelajaran Sains dlu. Jawapan dia cahaya matahari, air dan karbon dioksida.

Menurut Joule Unlimited (company yang wat statement tadi tuh) telah mencipta genetically-engineered organism yang akan menghasilkan diesel atau ethanol sebagai by-product hasil daripada proses fotosintesis. 

Tetapi menurut saintis di National Renewable Energy Laboratory, teknologi diorang adalah unproven dan maybe akan bermasalah jika nak dibuat pada skala yang besar. Yela. Satu dunia kan. Agak nyer bape banyak organisma yang perlu diorang kumpul kalo nak wat world scale. Lab scale toksah citer la...

Anyway, dengan research, benda ni tak mustahil gak kan. Cuma mungkin sukar untuk direalisasikan dalam masa terdekat. And by research gak, mungkin diorang bole hasilkan minyak petrol lak instead of diesel jek. Takkan kereta dasat2 tapi last2 pakai diesel.

Tapi aku sure yang benda ni bakal mengubah industri oil & gas di seluruh dunia... Nak baca lebih lanjut, korang bole lawat page kat bawah ni.


Sumber: Yahoo! News

Wednesday, March 9, 2011

Best Korean Pop Award: SNSD



Girl's Generation aka SNSD menggondol anugerah Best Korean Pop di 2011 Seoul Art & Culture Award yang berlangsung di Olympic Gymnastics Stadium di selatan Seoul. Kemenangan diorang hasil daripada penjualan album kedua diorang, "Oh!".




Tak puas? Kalo tak puas, apa kata korang layan persembahan diorang kat award tuh.




2011 Seoul Art & Culture Award juga menyaksikan Rain memenangi kategori World Star Award, setimpal dengan populariti beliau sebagai penyanyi dan pelakon di seluruh dunia.


Sumber: Yahoo! News

Tuesday, March 8, 2011

Untuk Wanita

Cuba teka, apakah persamaan mereka...


Lisa Surihani


 Melissa Maureen Rizal


Sazzy Falak


Nora Danish


Diana Danielle


Persamaan mereka adalah artis? Free hair? Salah jawapan tu. Jap2... Mungkin gambar tak mencukupi...


Anonymous


Anonymous


Cik Vanilla


Awek cun? Pun salah gak. Mungkin gambar still tak cukup lagi.


Anonymous


Anonymous


Jadi dah bole teka? Tak kan tak leh lagi kot. Dah banyak sangat gambar aku letak ni. Kalo tambah lagi, berjela2 lak entri aku kali ni.

Persamaan nyer adalah, mereka sumer adalah wanita. Tak kira la cun ke tak cun. Meletop ke tak meletop. Hot ke tak hot. Free hair ke bertudung ke. Satu persamaan adalah mereka sumer adalah wanita. Tapi yang bawah ni bukan wanita ek. Awas...


Ni bukan wanita...


Apa significant nyer entri aku kali ni. Hehehe... Hari ni merupakan Hari Wanita Sedunia... So dengan ni aku ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita 2011 kepada wanita2 di luar sana, termasuklah awek2 yang aku kenal out there, tak terkecuali yang aku kenal dan aku sayang...




************************** Iklan Sempena Hari Wanita Sedunia **************************




Pregnancy and childbirth related deaths are the number one killers of girls aged from 15 to 19 in low-income countries, one of the many facts that young people are not aware of. Click HERE for more information.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...